Sunday 28 August 2011

tawa-tawi

datuk vs pakcik
jefri issack: aku benganglah kemana-mana aku pergi orang panggil aku pakcik..aku ni muda lagi laa..
bob beckham: rilexlah jeff..ct norhaliza dan Lee chong wei tupun muda lagi..tapi orang panggil dia datuk..diaorang tak bengang pun..

kerja rumah
cikgu: surihani..mengapa awak tak siapkan kerja rumah awak..?
surihani: maaf cikgu..semalam mak saya suruh saya basuh pingganlah,cuci longkanglah,sapu sampahlah,jadi takde masa nak siapkan kerja rumah,cikgu..
cikgu:siapa mak awak..biar cikgu jumpa dia dan beri dia nasihat..
surihani: guru besar cikgu..

Pak Lebai
Suatu petang ketika Pak Lebai Dol berjalan kaki ke masjid dia terkejut melihat seorang budak perempuan memanjat pokok tanpa memakai seluar dalam..
PLD: Astaghfirullah...hei..budak!ambik duet ni pergi beli seluar dalam..
  Lalu budak perempuan itu berlalu dan menceritakan peristiwa ini kepada ibunya..dan ibunya berhajat untuk melakukan perkara yang sama seperti anaknya.
Esoknya..ketika Pak Lebai Dol dalam perjalanan ke masjid alangkah terkejutnya dia melihat ibu budak itu pula memanjat pokok tanpa pakai seluar dalam..
 PLD: Astaghfirullahal aziiim..nah! ambil duet ni pergi beli pisau cukur..!
(dipetik dari Mastika)

GAMBAR

Joni baru sahaja mengambil sekeping gambar dari kedai gambar lalu menahan sebuah bas untuk pulang ke rumahnya.Di dalam bas yang sesak tu Joni memegang gambar sambil berdiri di celah-celah penumpang bas yang lain.Tiba-tiba bas melakukan kona baring menyebabkan gambar yang dipegang oleh Joni terlepas lalu terbang dan akhirnya hinggap di celah kain seorang wanita yang sedang terlelap di bangku penumpang.
   Joni mencari-cari gambarnya dan apabila gambarnya ditemui terlekat di riba wanita itu.perlahan-lahan Joni merapati wanita itu dan berkata..
 Joni: kak..boleh tak angkat kain sikit..saya nak ambil gambar..
(DIPETIK DARI MASTIKA)

PENGANTIN BARU

Sepasang pengantin baru akan menghadapi malam pertama di rumah pengantin perempuan.Lalu nenek pengantin perempuan itu berpesan kepada cucu kesayangannya yang dia akan tidur di luar pintu bilik  cucunya yang akan menghadapi malam yang pertama,
 nenek: cu..nenek ada kat luar sini..apa-apa hal beritahu nenek ya?
pengantin perempuan: baik nek..
 Di dalam kamar pengantin ketika pasangan ini mula-mula menanggalkan pakaian,pengantin perempuan terkejut melihatkan kaki pengantin lelaki rupa-rupanya kudung sebelah dan memakai kaki palsu..lalu pengantin perempuan itu berlari keluar biliknya untuk memberitahu akan hal itu kepada neneknya..
pengantin perempuan: nek! nek!..satu kaki nekk..!
sambil tersenyum neneknya menjawab,"baguslah..atuk kau dulu cuma 5 inci je.."
(diceritakan secara lisan oleh seorang ustaz)

HITAM TAK NAMPAK
 Peristiwa ini telah berlaku pada diriku sendiri.Ketika itu aku bersama teman-teman bujang menyewa sebuah rumah untuk didiami.Salah seorang teman yang baru jadi ahli kelab bujang ini bernama Sham(memang nama sebenar)berasal dari Pahang.Sham mempunyai kulit yang gelap seperti orang india..tak taulah dia ni keturunan india ke atau apa..tapi memang persis orang india,cuma wajahnya tetap wajah melayu.
Oleh kerana kulitnya yang gelap teman-teman serumah memanggil dia dengan gelaran 'acappan' sempena nama pelawak india yang popular tu..Dan yang sportingnya Sham sikitpun tak kesah walaupun disindir bertubi-tubi oleh teman-teman yang lain..dia senyum saja bila orang menggelarkannya 'acapan' atau'keling'..tapi hanya aku seorang saja yang memanggil namanya dengan nama asalnya,Sham.
 Pada suatu malam lebih kurang jam 11 aku dan yang lain dah mula nak masuk tidur,Sham pula bekerja syif petang dan mungkin dalam perjalanan pulang.
 Memang betul..baru aku keluar kamar untuk ke bilik air,aku nampak cahaya lampu motor Sham menuju ke rumah.Aku berkata dalam hati,yang Sham dah balik.Memang lampu ruang tamu semuanya dah ditutup..tapi aku terus ke bilik air tanpa membuka suis lampu.Sham pula masuk ke rumah tanpa membuka suis lampu kerana ia menyangka semua orang sudah tidur.Lagipun cahaya lampu jalan di luar boleh memasukki ruang tamu rumah kami yang gelap.Jadi adalah sedikit cahaya untuk Sham bergerak di dalam rumah tanpa membuka lampu.
  Setelah membuang air di tandas aku kembali ke bilik.Ketika aku berada di ruang dapur yang agak gelap( cahaya lampu jalan tak sampai ke dapur kerana dilindungi oleh dinding dapur)aku berlanggar dengan Sham yang ketika itu juga hendak ke bilik air.
Kami terkejut..!dan aku berkata pada Sham,'sorrylah Sham..aku tak nampak..!Gelap sangat..!"Lalu Sham pun berkata sambil ketawa,'Ohh..kau pun dah pandai kutuk aku yee..haha.."kami sama-sama ketawa..
 Dan aku tak tahu di mana Sham sekarang..moga-moga dia sehat walafiat.

kipas hikmat

 Alkisah bermula pada suatu petang tatkala aku dan teman-teman serumah berkumpul ramai-ramai dalam sebuah bilik untuk menonton sebuah filim keluaran jalan ampas bertajuk 'kipas hikmat' lakunan S Kadarisman dan lain-lain.
 Di dalam filim fantasi terbitan tahun 50-an ini S Kadarisman memegang watak antagonis bernama Panglima Karim-(kalau tak silap) seorang menteri istana yang pada mulanya setia pada raja dan akhirnya belot kerana hendak memiliki kipas hikmat kepunyaan raja yang kononnya punya sakti dan kuasa.
  Setelah berjaya merampas kipas hikmat kepunyaan raja dia akhirnya bersama kuncu-kuncunya mula melakukan kezaliman dan kekacauan demi untuk kepuasan nafsunya.
 Teman-teman serumah mula ketawa pada aku kerana nama aku sama dengan nama watak jahat yang dibawa oleh S Kadarisman itu.Tapi aku buat biasa saja sambil tangan aku memegang sangkar kipas angin yang berada di sebelah aku.Kami terus menonton hingga filim itu hampir tamat.
    Tetapi berlaku peristiwa lucu apabila kami sedang menonton filim yang hampir tamat itu.Dalam filim itu Panglima Karim yg wataknya dipegang oleh S Kadarisman itu akhirnya mati terbunuh  oleh kipas hikmatnya sendiri..bilamana dia berjaya ditewaskasn oleh hero filim tersebut dan kipas hikmat kebanggannya turut sama membunuhnya..ibarat senjata makan tuan..
   Ketika Panglima Karim terbunuh dalam adegan filim itu secara tak sengaja jari aku telah termasuk di celah-celah sangkar kipas angin yang berada di sebelah aku.Aku pun terjerit seketika kerana kesakitan dan pada waktu yang sama Panglima Karim dalam adegan itu turut rebah kerana dibunuh.
        Teman-teman aku semua ketawakan aku.Ada yang berkata,takkanlah Pamglima Karim tu mati dalam filim tu kau pun sama kena kipas angin..hahaha..mereka terus ketawa.
           Memang tak sangka terjadi seperti kebetulan,Sebab nama aku dan nama watak antagonis itu sama,Karim..dan sama -sama menjadi mangsa kipas.LOL
    Itulah secebis kisah benar yang pernah terjadi pada aku beberapa tahun dulu ketika aku di rumah bujang.

No comments:

Post a Comment