Sunday 28 August 2011

SENTUHAN KECUNDANG

Ini adalah satu peristiwa lucu yang pernah aku alami pada tahun 1989 ketika lagu Sentuhan Kecundang nyanyian Ekamatra sedang ngetop.Sebagai seorang peminat muzik aku pun tak pernah lepaskan peluang untuk membeli kaset-kaset artis yang aku minati termasuklah kaset kump Ekamatra ini.Pada masa itu Cd belum ada lagi, zaman orang menikmati muzik dan lagu melalui kaset sahaja.
    Setelah aku beli,beberapa hari kemudian seorang teman bernama Rahim ingin meminjam kaset Ekamatra yang aku beli itu.Mulanya berat jugak nak beri pinjam memandangkan teman ini tak pandai nak menjaga harta orang ,aku bimbang kaset ni akan rosak di tangannya..manalah tahu..Tapi dia bersikeras nak pinjam juga dan berjanji akan menjaganya sebaik mungkin.Terpaksalah aku bagi pinjam walaupun dalam hati merungut..kalau kaset tu rosak bukannya dia nak ganti..
    Dalam lirik lagu Sentuhan Kecundang ada tertulis lirik yang berbunyi ..'putus tak bisa disambung..kusut tak terurai.hilang tak bisa diganti..patah kekeringan..'jadi aku berpesan pada Rahim agar menjaga kaset ini baik-baik..sekiranya rosak atau hilang harus diganti..lebih kurang sama maksudnya dengan lirik lagu tersebut yang terdapat pada side B track 5 pada kaset tersebut.
    Beberapa hari kemudian Rahim datang ke rumah bujangku dan memberitahu berita sedih mengenai kaset tersebut.Dengan senyuman keranya dia memberitahu bahawa kaset tersebut telah terputus talinya..sudah tak boleh dimainkan di radio kaset..Jadi dengan perasaan marah bercampur pura-pura ketawa aku menyuruhnya ganti saja yang baru..kerana tali kaset yang putus tak boleh disambung lagi..bertepatan dengan lirik lagu tersebut yang didendangkan oleh Rahmat Ekamatra..tapi Rahim beri alasan yang dia tiada duet nak menggantikannya dengan yang baru memandangkan dia pun tiada pekerjaan tetap..wang pun selalu kepokaian..hahaha..Yang mampu dia berkata hanyalah ucapan maaf sambil menyesali ensiden yang mengharukan itu..aku hanya duduk diam sambil meminta kaset itu dikembalikan segera agar bisa aku merawatnya.
  Dengan sedikit kepakaran membaiki tali kaset yang putus aku pun mula merawatnya dengan cermat dan berhati-hati..maklumlah tali kaset ni sensitif dan mudah kusut atau terputus.Aku ambil sedikit salotip dan memotongnya di bahagian yang terkoyak pada tali kaset itu dan menyambungnya semula dengan berhati-hati dan penuh waspada.Mutu lagu akan terjejas sekiranya cara perawatannya tidak dilakukan dengan cermat.
  Tapi yang paling menyakitkan hati aku ialah lagu kegemaranku Sentuhan Kecundang yang kecundang..tali kaset yang putus itu rupa-rupanya melibatkan lagu ini..di track terakhir side B.Aku mula rasa tak keruan bimbang sekiranya kaset ini dimainkan di radio kaset nanti,lagu Sentuhan Kecundang akan mengalami gangguan seketika..maklumlah.terdapat salotip yang menyambungkan talikaset yang terputus..Aku berdoa agar ia tidak ada apa-apa..kalau nak 'sangkut'pun biarlah pada lagu-lagu lain yang kurang sedap.jangan lah melibatkan lagu favorite aku tu.Hahaha..
 Aku pun mula memasang kaset tersebut di radio kaset..mula-mulanya ok..kaset boleh dimainkan semula seolah-olah tiada apa yang berlaku pada kaset tersebut.tapi bila sampai di lagu Sentuhan Kecundang aku mula berdebar-bimbang kalau tali kaset ni akan tersangkut pada jarum pemain kaset itu.Akhirnya betul dugaanku..bila sampai lirik ..'namun tewas akhirnya..kaset tiba-tiba terhenti serta merta..aku terkejut!Rupa-rupanya bahagian tali yang terputus tadi melibatkan lirik..'putus tak bisa di sambung..'.Hanya lirik ini saja yang 'hilang' akibat talikasetnya telah terputus dan disambung semula dengan menggunakan selotip..Yelah..nak beli kaset baru mana ada duet..kaset ori tu......Aku terpaksa berpuashati..asalkan lagu tersebut masih boleh didengar lagi walaupun satu lirik telah hilang..Akhirnya tali kaset yang kusut berbelit di dalam pemain kaset tadi berjaya juga dibetulkan..
  Hari minggu aku pulang ke kampung dengan membawa kaset itu bersama..hasrat hati nak pasang kaset itu di radio kaset milik abangku di kampung..Pada waktu itu aku belum punya radio kaset lagi..cuma mampu beli kaset sahaja tapi radionya tak mampu lagi..haha..
  Aku mula memasang kaset itu di radio kaset milik abangku..aku tahu radio kaset abangku itu memang dah uzur..penutup deck kasetnya pun dah hilang entah ke mana..tapi masih berfungsi.Aku pun selitkan saja kaset Ekamatra ini ke dalam pemain kaset dan mula tekan 'play'..mula-mulanya ok..macam biasa sahaja..Aku mula dengar lagu-lagu lain dulu..sambil itu aku membaca suratkhabar.Aku terleka seketika ketika lagu Sentuhan Kecundang' mula ambil giliran..aku terlupa akan talikasetnya yang ada 'masaalah'.Tiba-tiba..tup!kaset terhenti tiba-tiba.aku pun terkejut!Laa...talikaset itu telah kusut berserabut di dalam pemain kaset itu..Dengan hati sayu bercampur geram aku mula menarik perlahan-lahan tali kaset yang berbelit di dalam pemain kaset tersebut..kusut teruk!!aku berfikir mungkinkah riwayat kaset ini akan berakhir di sini..?
    Sambil membetulkan tali kaset yang berserabut kusut berbelit itu..aku tukarkan 'mode' kaset kepada radio..yelah..sambil betulkan tali kaset yang tak terhurai ni,lebih baik aku dengar radio dulu..Tetapi yang buat aku maha terkejut bilamana lagu Sentuhan Kecundang sedang diputarkan di radio..Tapi yang kelakarnya masa aku tukar mode kaset ke radio..lirik lagu 'kusut tak terhurai' yang kedengaran dulu..Seolah-olah memahami situasi yang aku alami saat itu.Hahahaha..
   Kemudian aku terfikir..adakah ini satu kebetulan..?Lirik lagu..'putus tak bisa disambung' bertepatan dengan kes tali kasetnya yang putus dan lirik ini telah 'hilang'.Kes yang kedua ketika tali kaset ini terkusut ketika dimainkan..lagu yang sama diputarkan di radio terutama pada lirik 'kusut tak terhurai' yang kedengaran dulu waktu aku tukar mode kaset kepada radio.
    Akhirnya aku terpaksa membuang saja kaset ini memandangkan tali kasetnya telah tidak dapat diselamatkan lagi.Sambil menahan kesedihan aku melupuskan kaset ini ke tong sampah untuk selama-lamanya..Sampai kini walaupun CD dah mula menggantikan kaset sebagai alat hiburan aku tidak berhajat nak membeli semula kaset/CD Ekamatra ini..sebabnya zaman sekarang lagu Sentuhan Kecundang atau apa-apa lagu pun boleh didapati dengan mudah melalui mp3 atau download terus dari internet.Dan begitu juga dewasa ini CD lagu-lagu kompilasi terbaik boleh didapati di mana-mana.Ini bukan zaman 80-90an lagi..Tetapi peristiwa itu tak akan aku lupa sampai bila-bila.
  Itulah kisahnya..suratan atau kebetulan..Tapi yang pasti lagu Sentuhan Kecundang ciptaan Datuk M Nasir yang dimuatkan di dalam album tunggal Ekamatra pada tahun 1989 dulu tetap hebat dan menjadi salah satu lagu favorite aku sampai bila-bila..dan pastinya aku akan terkenang semula akan kesah lucu ini.
   Sekian saja..jumpa lagi di lain waktu dan jika panjang umur.InsyaALLAH.
                                      LenJugrano..28/8/2011-28/ramadhan/1432h
              lenjugrano_99@yahoo.com

No comments:

Post a Comment