Pada suatu malam setelah pulang dari kerja shif petang di sebuah kilang,aku dihubungi oleh adik aku di kampung yang memberitahuku mengenai anakku yang demam.Pada waktu itu anakku berada di kampung sempena cuti sekolah dan tinggal bersama adikku di kampung.Setelah mendapat panggilan itu aku mengejutkan isteri aku yang sedang tidur samaada dia mahu mengikutku pulang tetapi isteriku enggan kerana
harus bekerja pada pagi esoknya.Oleh kerana isteriku tak mahu ikut aku terpaksa pulang berseorangan dan memandu sendirian untuk pulang ke kampung yang mengambil masa kira-kira satu jam dari bandar Klang ke kampungku di Banting.
Setelah siap berpakaian aku pun memulakan perjalanan pulang dengan memandu kereta.Waktu ketika itu menunjukkan pukul 2.00 pagi dan mengikut hitungan aku mungkin aku akan sampai ke kampung lebih kurang pukul 3.00 pagi kalau tiada masaalah di jalanraya.Sambil memandu di malam yang gelap itu sendirian macam biasa aku mendengar lagu di radio untuk menghilangkan kesunyian.Perjalanan agak lancar kerana tidak banyak kenderaan di jalanraya dan persekitaran jalan pun agak terang kerana disuluhi lampu-lampu jalan yang melimpah.
Setibanya aku di kampung Batu10,Sijangkang tidak jauh dari kilang Jomalina aku terlihat sesuatu di tengah jalan.Ia betul-betul berada di lorong kiri jalan dan aku tak pasti apakah bendanya itu.Aku boleh melihatnya dari jauh objek itu kerana keadaan jalan yang terang yang membenarkan aku melihat dari jarak jauh.Semakin dekat aku dengan objek itu barulah aku tahu apa sebenarnya yang terletak di jalanraya itu.Ia adalah tiga ekor anak anjing yang masih kecil yang sepatutnya berada di sisi ibunya..tetapi ketiga-tiga ekor anak anjing itu berada di dalam keadaan tidak bergerak dan duduk saling menghadap antara satu sama lain.
Aku tak dapat berbuat apa-apa selain dari cuba mengelak dari melanggar ketiga-tiga ekor anak anjing itu dan mujurlah aku berjaya mengelak.Aku pun terus saja memandang cermin pandang belakang untuk mengetahui samada anak-anak anjing itu selamat atau tidak.Syukurlah,aku dapat melihat ketiga-tiga anak anjing itu bergerak ke tepi jalan.Ketika itu tiada kenderaan lain di jalanraya cuma aku sendirian.
Sambil itu aku tertanya-tanya di dalam hati..dari mana datangnya ketiga-tiga ekor anak anjing itu?Ia agak mustahil boleh berada di jalanraya pada waktu sebegini lagipun tiada penempatan orang cina di kampung itu.Lagi satu yang menimbulkan persoalan bagaimana anak anjing yang masih terlalu kecil boleh berada di jalanraya di tengah malam buta.Kalau anjing dewasa itu perkara biasa tetapi melihat anak anjing yang seusia begini memang jarang dilihat kecuali kalau kita berada di perkampungan orang cina yang banyak membela anjing.Penempatan kaum cina adalah dua kilometer di hadapan iaitu di pekan Telok Panglima Garang dan bagaimana anak anjing yang kecil itu boleh terlepas dari jagaan pembelanya dan sampai di tengah jalan di sebuah kampung melayu?
Aku meneruskan perjalanan setelah berjaya melupakan insiden pelik tadi.Malam yang pekat ku lalui dan hampir mencecah jam 3.00 pagi dan aku cuma berada hanya beberapa kilometer untuk sampai ke kampungku.Setelah mengambil arah ke kanan untuk mengambil jalan lurus ke kampungku aku memandu agak perlahan kerana jalannya yang agak gelap dan banyak lampu jalan yang tidak berfungsi.Tiba di suatu kampung aku terkejut kerana ada suatu benda bergerak-gerak di tepi jalan.Aku teringat tiga ekor anak anjing yang aku jumpa di Batu 10 tadi.Aku harus berhati-hati agar aku tidak melanggar anak-anak anjing sekiranya objek yang sedang bergerak itu adalah anak anjing.Alangkah terkejutnya aku kerana benda bergerak yang aku lihat di tepi jalan itu adalah tiga ekor anak anjing yang sama usianya dengan anak-anak anjing yang aku jumpa tadi dan warna bulunya juga serupa..Pelik!Macam mana tiga ekor anak anjing yang sama boleh terbang ke kampung ni dan bermain di tepi jalan?Ia berlaku betul-betul di hadapan rumah orang melayu dan agak jauh dari rumah orang cina yang berhampiran.
Sampai di rumah aku tertanya-tanya..dari mana datangnya tiga ekor anak anjing yang sama usia dan sama warna bulunya boleh berada di dua tempat berbeza di sepanjang perjalanan aku.Jarak waktunya hanya 30 minit.Sedangkan pada hari-hari biasa pun aku tak pernah melihat anak anjing yang seusia begini di tepi jalan.Itulah kali pertama dan terakhir aku melihat anak anjing seusia begini yang biasanaya mendapat penjagaan dari ibunya atau pemiliknya dan tidak pernah dibiarkan bermain di tempat yang merbahaya seperti di jalanraya.Sampai sekarang peristiwa tersebut sentiasa bermain di fikiran dan masih belum mendapat jawapan.Apa yang aku tahu Allah boleh melakukan apa saja yang tidak ada seorang manusia pun boleh melakukannya atau menduganya..
LenJugrano..23.Jan 2012
No comments:
Post a Comment