Monday, 24 October 2011

My Cassette Collections 2


HELLO..INI ADALAH ANTARA KOLEKSI KASET-KASET YANG ADA DI DALAM KOLEKSI AKU (JILID 2).
-semua kaset adalah ori-
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


KEMBARA

TAJUK ALBUM: GENERASIKU
ARTIS : KEMBARA
PENERBIT: KEMBARA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
DITERBITKAN: 1983

KEMBARA ADALAH: M NASIR & A ALI

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-GERHANA (m nasir)
2-KIAMBANG (a ali/s amin shahab)
3-KOLAR BIRU (m nasir)
4-KAWAN (m nasir)
5- JALAN SEHALA (m nasir)

SIDE B:
1-DI PERHENTIAN PUDURAYA (m nasir)
2-EMPAT PENJURU (m nasir)
3-DUNIA TANPA CINTA (m nasir)
4-MUSIM (m nasir/eunossassah)
5-KAMI ANAK ZAMAN INI (m nasir)

KOMEN:
Inilah album pertama atau kaset pertama yang aku beli selepas pertama kali abang aku  beli radio kaset.Selama ini aku tak pernah beli sebarang kaset kerana di rumahku di kampung tiada radio yang ada pemain kaset.Cuma radio lama kepunyaan arwah ayah.Album inilah yang pertama aku beli..tetapi bukan yang ini tetapi yang cetak rompak punya hahaha..setelah kaset yang palsu itu rosak barulah aku beli semula kaset yang ori.Semua lagu di dalam album ketiga Kembara ini aku suka.Kembara ketika album ini dihasilkan hanya tinggal M Nasir dan A Ali sahaja meneruskan perjuangan setelah S Sahlan meninggalkan Kembara.Satu-satunya lagu nyanyian A Ali ialah Di Perhentian Pudu Raya sementara lagu Musim A Ali berduet dengan M Nasir.Lagu-lagu lain adalah nyanyian M Nasir dan A Ali sebagai suara latar sahaja.A Ali turut menyumbangkan lagu Kiambang nyanyian solo M Nasir.Pada awalnya M Nasir telah menolak lagu ini untuk dirakamkan tetapi akhirnya ia terpaksa mengalah kerana melodi lagu ini yang menarik memaksa  M Nasir menyanyikan lagu tersebut.

LAGU-LAGU HIT:
1-GERHANA
2-KIAMBANG
3-KOLAR BIRU
4-DI PERHENTIAN PUDU RAYA
5-EMPAT PENJURU


********************************************************************

KEMBARA

ARTIS: KEMBARA
TAJUK ALBUM: KEMBARA
PENERBIT: KEMBARA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
DITERBITKAN: 1981

AHLI KEMBARA: M NASIR,A ALI & SAHLAN

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-EKSPRES RAKYAT ( M NASIR/S AMIN SHAHAB)
2-SENANDUNG BURUH KASAR (A ALI/ M NASIR/S AMIN SHAHAB)
3-LAGU UNTUK SEORANG IBU (M NASIR/S AMIN SHAHAB)
4-AGAR KAU MENGERTI (EDDYNOOR ALI/M NASIR)
5-OH BULAN ( M NASIR)

SIDE B:
1-HATI EMAS ( M NASIR)
2-MALAM ( M NASIR)
3-RAGAM MAT DAN MINAH ( A ALI/S AMIN SHAHAB)
4-HIDUP CARA SENDIRI ( A ALI/S AMIN SHAHAB)
5-KOTA DAN GADIS (M NASIR)

LAGU HITS:
1-EKSPRES RAKYAT
2-SENANDUNG BURUH KASAR
3-HATI EMAS
4-MALAM
5-LAGU UNTUK SEORANG IBU
6-OH BULAN

LAGU PILIHAN LEN JUGRANO:
1-HATI EMAS
2-AGAR KAU MENGERTI
3-KOTA DAN GADIS
4-SENANDUNG BURUH KASAR
5-MALAM
6-HIDUP CARA SENDIRI

KOMEN:
Album pertama KEMBARA diterbitkan oleh Kembara sendiri dibantu oleh Eric Yeoh dan Eddynoor Ali.Asal kumpulan Kembara seramai lima orang termasuk Eddynoor Ali dan Eddie Ali dan kemudian mereka keluar dari kumpulan ini lalu menubuhkan kumpulan mereka sendiri iaitu Kalibers.Mereka berdua sempat merakamkan sebuah lagu sebelum mengundur diri.Lagu Agar Kau Mengerti adalah lagu ciptaan Eddynoor Ali dan merupakan lagu yang tersangat aku suka di dalam album ini walaupun lagu ini tidak popular.
-----------------------------------------------------------------------------------------------


KEMBARA

ARTIS: KEMBARA
TAJUK ALBUM: SENIMAN JALANAN
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
PENERBIT: KEMBARA
DITERBITKAN: 1984

KEMBARA ADALAH:
M NASIR & A ALI

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-NUSANTARA
2-CETAK ROMPAK (vocal: A ALI)
3-KERONCONG UNTUK ANA
4-WARUNG SEDERHANA
5-UNTUK DUNIA YANG LEBIH BAHAGIA

SIDE B:
1-IMPIAN ANAK JALANAN
2-LINDUNGILAH KAMI
3-BENTENG SELERA
4-KUTU
5-KUPU-KUPU

SEMUA LAGU CIPTAAN : M NASIR

KOMEN:

Album Kembara yang keempat tanpa Sahlan yang telah keluar dari kumpulan ini.Di dalam album ini semua lagu dicipta oleh M Nasir dan A Ali cuma merakamkan sebuah lagu sahaja yang berjudul Cetak Rompak yang juga menjadi lagu latar untuk filem Kembara Seniman Jalanan.Lagu yang evergreen di dalam album ini sudah tentu lagu Keroncong Untuk Ana yang kekal popular hingga hari ini.Ini merupakan album terakhir A Ali bersama Kembara dan selepas itu beliau menubuhkan kumpulan duo Pelangi bersama John Goh.Antara sebab mengapa A Ali bertindak keluar dari Kembara kerana tidak sefahaman dengan M Nasir dan juga disebabkan masalah imigresen tentang permit kerja A Ali yang tidak disambung oleh kerajaan Singapura memandangkan Kembara berpaksi di Singapura ketika itu.

LAGU-LAGU HITS:
1-KERONCONG UNTUK ANA
2-NUSANTARA
3-KUTU
4-IMPIAN ANAK JALANAN
5-WARUNG SEDERHANA

PILIHAN LEN JUGARANO:
1-IMPIAN ANAK JALANAN
2-LINDUNGILAH KAMI
3-BENTENG SELERA
4-KERONCONG UNTUK ANA
4-NUSANTARA
5-CETAK ROMPAK
6-KUPU-KUPU

*********************************************************


KEMBARA

ARTIS: KEMBARA
TAJUK ALBUM: 1404 HIJRAH
PENERBIT: KEMBARA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
DITERBITKAN: 1984

KEMBARA ADALAH:
M NASIR-vocal
ZULKIFLI MUHAMAD -gitar & vocal
RAHMAN SURI (bass & vocal)
MD SHAH OTHMAN (keyboard & vocal)
SHAHROM BASIRON (drum)
PENYANYI JEMPUTAN: HABIBAH OTHMAN ( AL JAWAHER)-duet lagu Menentang Badai

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-BUNGA BAKAWALI (M NASIR)-voc: Zul
2-MENENTANG BADAI ( NASIR/S AMIN SHAHAB)-voc: m nasir & habibah
3-KERONCONG UNTUK ANA II (M NASIR/S AMIN SHAHAB)-voc: m nasir
4-KAMI ORANG MELAYU (M NASIR)voc: m nasir/kembara
5-RINDU (M NASIR)-voc: m nasir

SIDE B:
1-PERWIRA (M NASIR)
2-BUTA KERANA CINTA (M NASIR)
3-TARIAN HIDUP ( M NASIR)-voc:  nasir
4-BUKAN SENANG NAK SENANG (M NASIR/S AMIN SHAHAB)-voc: m nasir
5-NYANYIAN JIWA (M NASIR/S AMIN SHAHAB)-voc: kembara

LAGU-LAGU HITS:
1-KERONCONG UNTUK ANA II
2-MENENTANG BADAI
3-BUNGA BAKAWALI

PILIHAN LENJUGRANO:
1-BUNGA BAKAWALI
2-KERONCONG UNTUK ANA II
3-PERWIRA
4-KAMI ORANG MELAYU
5-NYANYIAN JIWA
6-MENENTANG BADAI

KOMEN:
Setelah A Ali keluar dari Kembara ,M Nasir telah mengumpulkan pemusik-pemusik yang selama ini berselindung di sebalik tabir di dalam pembikinan album-album Kembara yang terdahulu.Mereka di gabungkan menjadikan Kembara sebuah band dan bukanlah lagi trio/duo yang menjadi imej Kembara suatu ketika dahulu.Semua anggota band ini juga turut sama-sama menyumbangkan vokal mereka untuk beberapa lagu seperti Zul yang merupakan adek kepada M Nasir.Turut dinudang ialah penyanyi nasyid Al Jawaher Habibah Othman yang berduet dengan M Nasir menerusi lagu Menentang Badai.Lagu Keroncong Untuk Ana II turut dimuatkan sebagai kesinambungan lagu Keroncong Untuk Ana tetapi kurang hits.Secara keseluruhan album ini kurang memuaskan.Lagu Tarian Hidup adalah dipetik dari filem Azura yang dinyanyikan oleh Syed Sobri di dalam filem tersebut dan dirakam semula oleh M Nasir di dalam album ini.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%



KEMBARA

ARTIS : KEMBARA
TAJUK ALBUM: DUET
PENERBIT: KEMBARA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
DITERBITKAN:  1985

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-DI MANAKAH DIKAU (M NASIR/BAKRI JOHARI)
2-HARAPAN TERAKHIR (M NASIR)
3-HUJAN RINDU (M NASIR/S AMIN SHAHAB)-voc:Zul
4-GADIS BERPURDAH HTAM (M NASIR/S AMIN SHAHAB)
5-PUTAR ALAM ( MNASIR)

SIDE B:
1-ROZITA (M NASIR)
2-BALADA PELAUT DERITA (M SHAH OTHMAN/SALIM)-voc: Zul
3-MENCURAH JANJI DI DAUN KELADI (M NASIR/S AMIN SHAHAB)
4-PANORAMA JINGGA ( M NASIR/S AMIN SHAHAB)
5-DUIT (M NASIR)

LAGU-LAGU HITS:
1-DUET
2-MENCURAH JANJI DI DAUN KELADI
3-DI MANAKAH DIKAU

KOMEN:
Album terakhir Kembara sebelum berpecah dam mereka sempat merakamkan beberapa lagu untuk dimuatkan di dalam filem Kembara Seniman Jalanan.Tiada yang menarik di dalam album ini sekadar lagu Duet yang menjadi hits ketika itu.Lagu-lagu lain ternyata hambar tetapi tidaklah mengecewakan sangat.Aku paling suka lagu Hujan Rindu Putar Alam dan lagu Gadis Berpurdah Hitam ( ketiga-tiga lagu ini bukan nyanyian M Nasir)yang dikira menarik tetapi tidak popular.Ternyata Kembara kehilangan sentuhan keramatnya menerusi album terakhir ini.Kurang Mantop!!


=================================================================



SHIMA

ARTIS : SHIMA
PENERBIT ALBUM: KOPRATASA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: CBS RECORDS (SONY MUSIC)
DITERBITKAN : 1990

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-AKU WANITA (hanifa razak/sarina halim)
2-DI SEBALIK SEJUTA WAJAH (umarul/zur'ain)
3-CINTA PERTAMA (usop/sani)
4-SEJARAH CINTA KITA (ahmad satiman)
5-CEMBURU (sani sudin)

SIDE B:
1-HUJAN CINTA (ahmad satiman/siso)
2-MARI BERMIMPI (jai/loloq)
3-KENANGAN DI LA FAMOSA (usop)
4-MASIHKAH TERMERAH MENTARI PAGI (usop/siso)
5-MENJEJAK MATAHARI (m nasir/bob)

KOMEN:
Setelah meninggalkan kumpulan The Boys Shima mengorak langkah menjadi artis solo mengikut jejak Ella yang terlebih dahulu meninggalkan The Boys.Album pertama Shima ini diterbitkan oleh Kopratasa dengan menampilkan imej pop rock.Sebab aku menggemari Shima kerana dia satu kampung dengan aku di Banting malahan datuknya adalah bekas khatib di kampungku.Shima membawa imej pop rock yang sinonem dengan imejnya ketika itu.Album yang menarik dan tak rugi membelinya.

LAGU-LAGU HITS:

1-AKU WANITA
2-DI SEBALIK SEJUTA WAJAH
3-KENANGAN DI LA FAMOSA
4-MENJEJAK MATAHARI
5-SEJARAH CINTA KITA

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


DATO' SHAKE

ARTIS : DATO' SHAKE
TAJUK ALBUM: SEBELUM KAU
PENERBIT: JOHAN ABDULLAH
SYARIKAT RAKAMAN: KEMAS PASTI SDN BHD
EDARAN: SONY MUZIK
DITERBITKAN: 1994

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SEBELUM KAU (SHAKE/TAPAI)
2-HELLO SAYANG (SHAKE/JOHARI TEH)
3-NEON PERANTAU (JOHAN ABDULLAH/TAPAI)
4-SI BALARINA (SHAKE/JOHAN/JOHARI TEH)
5-ET MAINTENANT (G BECAND/P DELANCE)-CC

SIDE B:
1-TERPESONA (SHAKE/S AMIN SHAHAB)
2-PUISI LAGU SHAHDU (R ISKANDAR/JOHARI TEH)
3-NO MORE LIKE YOU (CC)
4-MENJADI SATU (SHAKE/TAPAI)-duet dgn Aisyah
5-BUNGA SARAJEVO (JOHARI TEH/SHAKE/DATO' IBRAHIM SAAD)

KOMEN:
Sebuah album melayu Dato' Shake yang kurang mendapat publisiti dan kurang dikenali.Dato' Shake yang sebelum ini mencipta nama di bumi Eropah terutama di Peranchis telah kembali ke tanahair untuk merakamkan beberapa buah album melayu dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Album beliau yang terdahulu mendapat sambutan hebat dan banyak lagu-lagunya menjadi hits tetapi tidak album ini.Ia sekadar koleksi pribadi aku yang menggemari kesemua lagu-lagu beliau terutama lagu-lagu berbahasa Perancis yang popular di suatu ketika dulu.Malangnya tiada lagu popular di dalam album ini.Terdapat sebuah lagu Perancis berjodol Et Meintenant yang agak menarik susunan musiknya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


MAN BAI

ARTIS: MAN BAI
                                                            TAJUK ALBUM: POSITIF
PENERBIT: MAN BAI
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: WARNER MUSIK ( WEA)
DITERBITKAN: 1999

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-AKU RAJA NE
2-MARTABAT
3-POSITIF
4-TERLALU LAMA
5-KACA ATAU PERMATA

SIDE B:
1-DI BELAKANG TABIR
2-KE MANAKAH LAGI
3-DIANA
4-BAYANGAN
5-BEBASKANLAH
6-SAMPAI BILA

KOMEN:
Album solo Man Bai ini mendapat sentuhan ramai komposer hebat seperti Pacai,Ajai,Asmin Mudin & David Paschoe (tak kenal)..Dikira boleh tahan dan vokal Man Bai amat memuaskan cuma jualan album ini kurang laris membuat nama Man Bai tenggelam di arena musik tanahair.Bekas vokalis Gersang ini gagal untuk meletakkan namanya sebaris dengan bekas-bekas vocalis rockband yang berjaya di dalam karier solo seperti Amy Search,Awie,Ella,Nash.Hattan,Aris ataupun Yantzen.Album bermutu tapi tak laku.Bagi aku lagu yang menarik ialah lagu Aku Raja Ne dan Diana.Lagu-lagu lain tidaklah mengecewakan sangat.

)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))0(((((((((((((((((((((((((((((((((((((


FRU

ARTIS: FIVE ROCKERS UNION (FRU)
TAJUK ALBUM: KELAHIRAN
PENERBIT: S AMIN SHAHAB
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: PASIFIC MUSIC (S) PTD LTD
DITERBITKAN: 1988

FRU ADALAH:
HATTAN ( VOCAL)
MON ( GITAR)
AHMAD SULAIMAN (BASS)
ZACK (KEYBOARD)
MUNIR (DRUM)

SEMUA LIRIK DITULIS OLEH S AMIN SHAHAB

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-KELAHIRAN (EDDIE MARZUKI)
2-SEBELUM WAKTU ( M NASIR)
3-DI HARI MINDAKU TERBUKA (ZAINOL ALI)
4-PERTENTANGAN (AHMAD SULAIMAN)
5-DAN MEREKA PUN TERTAWA (FAIZAL AZIZ)

SIDE B:
1-DALAM DUNIA EMPAT PERSEGI (SISO)
2-TENGKUJUH CINTA DI MINDAKU (SANI/SISO)
3-SALAH KERANA BENAR (WAN IBRAHIM)
4-BAGAI KERTAS DAN PENA ( M NASIR)
5-DAN BULAN PUN RETAK (SANI SUDIN)

KOMEN:
Ini adalah album tunggal FRU yang diterbitkan oleh S Amin Shahab dan album ini tidaklah mengecewakan.Susunan muziknya dikira ok dan lagu-lagunya pun enak didengar.Hattan yang menjadi vokalis utama menyampaikan lagu-lagu dengan baik.Cuma jualan album ini kurang memberangsangkan.Dua lagu ciptaan  M Nasir adalah lagu yang paling menarik jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu lain.Faizal Aziz juga menyumbangkan sebuah lagu yang berentak fast bertajuk..Dan Mereka Pun Tertawa.Ahmad Sulaiman pemain bass Fru adalah merupakan bekas penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album sebelum ini tetapi kecundang dan turut mencipta sebuah lagu berjodol Pertentangan.Beliau juga merupakan adik kepada penyanyi era 80an yang sudah lama menyepi,Sofie S.Secara keseluruhan aku berpuas hati memiliki album ini walaupun tiada lagu yang menjadi hit.

LAGU-LAGU PILIHAN LENJUGRANO:
1-SEBELUM WAKTU
2-..DAN MEREKA PUN TERTAWA
3-DALAM DUNIA EMPAT PERSEGI
4-DI HARI MINDAKU TERBUKA
5-BAGAI KERTAS DAN PENA

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


SHIMA & THE BOYS

ARTIS: SHIMA & THE BOYS
TAJUK ALBUM: KELKATU GUGUR SAYAPNYA
PENERBIT: LORD ( THE BOYS)
SYARIKAT RAKAMAN /EDARAN : CBS RECORDS (M) SDN BHD
DITERBITKAN: 1989

ANGGOTA KUMPULAN:
SHIMA ( VOKAL )
LORD (VOCAL/GITAR/KEYBOARD)
PIERE (BASS)
SATIMAN (KEYBOARD)
DIN ( DRUM)

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-PERDAYA CINTA (LORD/SANI)
2-KELKATU GUGUR SAYAPNYA (LORD/HABSAH HASAN)
3-PERINDU MALANG (LORD/SANI)
4-GURUN CINTA (LORD/NASIR JANI)
5-SENIMAN TUA (DIN/LORD/DIN)

SIDE B:
1-DALAM PERJALANAN INI (LORD/OMAR OTHMAN)
2-KU YANG MENCARI (LORD/EEE)
3-KEREDHAAN (LORD/CAHAYA PENA)
4-DI AWAL BISIKAN (LORD/SANI)
5-SELISIH FAHAM ( M NASIR)

KOMEN:
Setelah Ella mengundur diri dari The Boys untuk menjadi penyanyi solo muncul pula Shima dari Banting yang sebelum ini langsung tidak dikenali.Bersama The Boys lahirlah album ini yang menampilkan irama rock yang sudah menjadi muzik tradisi kumpulan The Boys sejak menyertai Battle Of The Band.Tapi kemunculan album ini tidak disedari oleh beberapa peminat rock tempatan dan jualan album pun kurang menggalakkan.Mungkin peminat masih merasai ketiadaan Ella dan Shima waktu itu adalah penyanyi pengganti dan bakatnya belum teruji.Setelah kegagalan album ini Shima jua turut mengikut jejak Ella untuk menjadi penyanyi solo.Ada beberapa lagu yang pernah menjadi hit seketika seperti lagu Perdaya Cinta.Kelkatu Gugur Sayapnya dan Selisih Faham(cipt. M Nasir).Album ini sederhana sahaja kualitinya.


*********************************************************


RAZZI RAHMAN

ARTIS: RAZZI RAHMAN
TAJUK ALBUM : CERPEN
PENERBIT: ZULKIFLI MAHAT
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: DENORIS RECORDS SDN BHD
DITERBITKAN: 1992

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-LAYUNYA TAMAN CINTA (WAN ZUL/AZAM DUNGUN)
2-CERPEN (FAUZI MARZUKI/BOB)
3-TAWA DALAM TANGO (ZUL MAHAT/NURBISA)
4-ALAM IMPIANKU ( M NASIR)
5-SYAKILA ( M NASIR)

SIDE B:
1-DARI SENIMAN NUSANTARA ( RAMLI SARIP/LOLOQ)
2-RAMBULAN KESIANGAN ( SAARI AMRI/S AMIN SHAHAB)
3-KITA INI PENGEMBARA ( M NASIR/HABSAH HASSAN)
4-CINTA DI ANTARA KITA (JOHAN NAWAWI)
5-CINTA UNTUK SEMUA (ZUL MAHAT/NURBISA)

KOMEN:
Razzi Rahman adalah seorang penyanyi yang berbakat besar dan penampilan pertamanya menerusi album ini  memang diakui hebat.Suaranya memang agak unik dan lain dari yang lain.Ini adalah album terbaik Razzi Rahman setelah kegagalan album keduanya.Beliau juga seorang pelakun dan pernah muncul di dalam filem Merah arahan Dato' M Nasir.Lagu hit di dalam album ini sudah tentu Rambulan Kesiangan ciptaan Saari Amri yang juga lagu kegemaranku.Lagu Syakila ciptaan M Nasir adalah dipetik dari filem Syakila dan asalnya lagu ini dinyanyikan oleh Rahim Maarof yang juga pelakun utama filem tersebut.Rahim Maarof mendendangkan lagu ini sebagai lagu runut untuk filem Syakila.Berbaloi juga memiliki album ini dan ia adalah album terbaik Razzi Rahman.Mantop!!

111111111111111111111111111111111111111111111111111

ISA RAHMAN

ARTIS : ISA RAHMAN
PENERBIT: HATTAN
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: IRAMA IMI SDN BHD
DITERBITKAN: 1992

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-MATA KECAMAN BIBIR DUSTAAN
2-PERTALIAN ABADI
3-MENGEJAR KEKAYAAN
4-AKU MENANTI
5-MERENGKUH SERPIHAN DUKA

SIDE B:
1-SI MATA DUNIA
2-EPILOG SEBUAH KEHIDUPAN
3-MANA SEGALA EGOMU
4-TIADA KAU DAN AKU
5-SEBUAH PELAYARAN

KOMEN:
Album percubaan dari Isa Rahman yang pernah mendapat jolokan Raja Rock Johor suatu ketika dulu.Isa adalah bekas vokalis kumpulan Crossfire dan Handy Black yang berasal dari Johor.Beliau juga pernah bersama sebuah kumpulan yang bernama Garuda dan sempat menghasilkan sebuah album..itupun tak laku.Album ini ternyata gagal  dan langsung tidak mendapat sambutan walaupun terdapat lagu-lagu yang menarik dan diterbitkan oleh Hattan.Mungkin nasib tidak menyebelahi Isa yang selalu gagal di dalam karier nyanyiannya.Namanya langsung tenggelam dan kurang diambil perhatian.

___________________________________________________________


METALASIA

ARTIS: METALASIA
TAJUK ALBUM: SILANTRA...BERMULANYA SEBUAH EPIK
PENERBIT: KING SHAH
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: TRICASTLE ENTERTAINMENT
DITERBITKAN: 2002

METALASIA ADALAH:
MUIX -VOCAL
KING SHAH-GITAR UTAMA/BASS
RITZ-GITAR 2
SAM MAYA-DRUM

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-AWALLULKALAM
2-SERANGAN KATARI (instrumental)
3-BAB 1:SILANTRA
4-BAB 2:MIMPI DAN ALAMAT
5-BAB 3: ISTANA API
6-BAB 4: BAHTERA PUAKA

SIDE B:
1-BAB 5: PUTERI NATYA SHASTRA
2- BAB 6: BISIKAN PUTERI
3-BAB 7: SENJATA SAKTI 7 GUNUNGAN
4- BAB 8: NAGA SAKTI
5- BAB 9: TANGISAN SILANTRA
6-BAB 10: SENJA MERAH DI KOTA LARANGAN

SEMUA LAGU DICIPTA OLEH: KING SHAH
SEMUA LIRIK DITULIS OLEH: SAM MAYA

KOMEN:
AKU BUKANLAH PENGIKUT SETIA METALASIA.KONSEP MUZIK MEREKA YANG BERIRAMA METAL INI TERLALU BERAT UNTUK DIIKUTI.KONSEP LAGU-LAGU MEREKA YANG BANYAK BERCERITA TENTANG DUNIA FANTASI DONGENG ( EPIK) YANG DIPERSEMBAHKAN DALAM ALBUM INI TIDAKLAH KETERLALUAN.IA SEOLAH KITA MEMBACA SEBUAH KOMIK BERLAGU DALAM IRAMA METAL YANG KERAS DAN BINGIT.TIDAK BANYAK YANG AKU KETAHUI TENTANG BAND INI KERANA MEREKA KURANG MENDAPAT PUBLISITI DAN BELUM PERNAH AKU MELIHATNYA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI KACA TV. AKU DIMAKLUMKAN GITARIS UTAMA KING SHAH PERNAH DINOBATKAN SEBAGAI ANTARA GITARIS TERBAIK DI ASIA ATAU DI DUNIA DAN PERNAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA.TAHNIAH..!MALAYSIA BOLEH!-ALBUM INI TERLALU BINGIT DAN BISING TETAPI BUKANNYA KERANA MUZIKNYA YANG BERDESING TETAPI APABILA KASET INI DIMAINKAN KEDENGARAN BUNYI YANG BEGITU TAJAM SEOLAH TIADA UNSUR BASS DI DALAM MUZIK MEREKA.MUNGKIN PROSES PENERBITAN DAN RAKAMAN YANG TIDAK SEMPURNA.APAPUN..MUZIK MEREKA HEBAT DAN HARUS DIPUJI DAN VOKAL MUIX MEMANG TIADA TANDINGANNYA.MANTOP!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



STRANGERS

ARTIS: STRANGERS
PENERBIT: STRANGERS
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: WARNADA SDN BHD
DITERBITKAN: 1992

STRANGERS ADALAH:
MUS (VOKAL)-ex May
NAN (GITAR)-ex Saturnine
BLACK (DRUM)-ex Wings
BAD (BASS)-ex GET


LAGU-LAGU:

SIDE  A:
1-PARADOX (NAN/LOLOQ)
2-SATU PENGERTIAN (BAD/MUS)
3-KALIMANTANG (AIDIT ALFIAN/LOLOQ)
4-OPERASI BEBAS (YAYA GONG 2000/MUS)
5-MAHLIGAI IMPIAN (AIDIT ALFIAN/MUS)

SIDE B:
1-STRANGERS (NAN/MUS)
2-SANGSI (RAMLI SARIP/MUS)
3-PENENTUAN ( M NASIR/MUS)
4-KELIBAT DENDAM (NAN/AZMAN IDRIS)
5-BUKIT SUNYI (NAN/DODDY LESMANA)-duet bersama AIS F.M

ALBUM INI TELAH DIRAKAMKAN DI ARIESTA STUDIOS,JAKARTA.

KOMEN:
Aku kurang berpuashati pada album ini walaupun mendapat sentuhan pemuzik-pemuzik dari Indonesia seperti Gong 2000 dan dirakamkan oleh jurutera musik profesional dari Indonesia.Muzik memang tiada tandingannya kerana ia dimainkan oleh pemuzik-pemuzik terbaik di Malaysia seperti Nan,Black dan Bad tetapi vocal Mus agak mengecewakan.Cara penyampaian Mus biasa sahaja seolah-olah aku mendengar album May.Cuma lagu Paradoks sahaja yang aku rasa terbaik dan berbeza dari lagu-lagu yang lain..bila dengar lagu ini Mus adalah Strangers..tapi bila mendengar lagu seterusnya seperti aku mendengar album May atau Wings..Untuk lagu slow balad cara nyanyian Mus memang membosankan.Dia tidak dapat lari dari imejnya yang suka bawa lagu bernada Major yang membosankan.Lagu-lagu begini mungkin memang kegemaran Mus seperti lagu-lagunya di dalam album solonya suatu ketika dulu.

LAGU PILIHAN LenJUGRANO:

1-PARADOKS-yang paling best!!
2-KALIMANTANG
3-STRANGERS
4-BUKIT SUNYI

lllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll

ROY

ARTIS: ROY
PENERBIT: ROY,M NASIR,ARAB & AIDIT,JENNY CHIN
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : EMI
DITERBITKAN: 1993

LAGU-LAGU:

 SIDE A:
1-RATNAKU-M Nasir/Nurbisa
2-KASIH SEKETIKA-Saari Amri/Siso
3-SUSAH SENANG-Arab/Arab
4-CINTAMU CINTAKU-Marina MS/Seri Bayu
5-RAPSODY DIOMAND-Roy &Mie FTG/Loloq

SIDE B:
1-DAIRI MIMPI-Manan Ngah/Jeff
2-SENYUMAN DALAM TANGISAN-Roy/Loloq
3-URBANISASI-M Nasir/Bob
4-LAUTAN MADU BERBISA -Zul Nadzar/Dilla Hussien
5-MAHLIGAI BAHAGIA-Aidit/Arab

KOMEN:
Secara keseluruhan album Roy ini kurang menyengat jika dibandingkan dengan album Diari Mimpi.Mendapat sentuhan dari komposer besar seperti M Nasir,Jenny Chin dan Arab/Aidit tetapi album ini begitu hambar.Lagu Ratnaku ciptaan M Nasir pun terlalu biasa melodinya dan vokal Roy tidak tercabar membawa lagu ini.Lagu Kasih Seketika ciptaan Saari Amri bagi aku adalah lagu yang paling membosankan.Durasi lagu ini yang amat panjang 6:30 minit cukup membosankan tambahan pula lagu ini berentak perlahan.Jika aku memasang kaset ini aku terpaksa fast forward untuk mengelak lagu ini dari didengari.Boring banget deh!!Lagu Dairi Mimpi ciptaan Manan Ngah dirakam semula diberi nafas baru dengan arrangement yang baru..tapi aku rasa tak perlu.Lagu-lagu lain biasa saja tiada yang istimewa.Ia seolah sebuah album dari artis biasa dan bukannya album penyanyi yang mempunyai vocal yang luar biasa.Kurang memuaskan!!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

AL- MIZAN

ARTIS: KUMPULAN AL-MIZAN
TAJUK ALBUM: RAHMAT AIDILFITRI
KOLEKSI LAGU-LAGU TERBAIK AL-MIZAN
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: WARNER MUZIK (WEA)
DITERBITKAN: 1993

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-TANGAN KU HULUR MAAF DIPOHON (S ATAN/HARUN A MAJID)-1978
2-PANDUAN HIDUP (AKBAR NAWAB/ALEEM)-1979
3-SELAMAT BERHARI RAYA (ABDULLAH A JAMIL)-1978
4-SELAMAT BERBAHAGIA (AMAN BASIR/CC)-1979
5-ASSYAKIRIN (C/C)-1978
6-PAHLAWAN (C/C)-1979

SIDE B:
1-RAHMAT AIDILFITRI (ASMIN)-1979
2-DOAKU (ADLIM ES)-1979
3-SOLATULLAH (C/C)-1978
4-KESEDARAN HATI (S ATAN/HARUN A MAJID)-1978
5-JUNJUNGAN MULIA (S ATAN/DAKWAH CONTROL)-1978
6-ALHAMDULILLAH (P RAMLEE)-1978

VOKAL UTAMA AL-MIZAN: FARIDAH M AMIN

KOMEN:
MEREKA ADALAH LAGENDA.SEBUAH KUMPULAN NASYID YANG BERJAYA SEKITAR HUJUNG 70AN DAN DI AWAL 80AN.AKU MEMBESAR DENGAN LAGU-LAGU NASYID AL-MIZAN.LAGU JUNJUNGAN MULIA YANG MENGISAHKAN RIWAYAT HIDUP RASULLULLAH SAW MEMANG SEBUAH LAGU YANG EVERGREEN DAN SENTIASA DIPUTARKAN DI RADIO DARI DULU HINGGA SEKARANG DAN SENTIASA RELEVAN.VOKAL FARIDAH M AMIN MEMANG TERBAIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN VOKAL PENYANYI NASYID LAIN YANG ADA KETIKA ITU.JIKA TERDENGAR LAGU AL-MIZAN DI RADIO SEOLAH AKU KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK AKU.ALBUM KOMPILASI YANG MANTAP WALAUPUN ADA BEBERAPA LAGU LAGI YANG HEBAT TELAH TERCICIR.BERBALOI!!

.......................................................................................................................



P.M.R

ARTIS: P.M.R
(PENGANTAR MINUM RACUN)
TAJUK ALBUM: SELEKSI ALBUM EMAS P.M.R
PENGEDAR:LIFE RECORDS
DITERBITKAN: 2001

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-ADA RNGGAK ADA(KUE SERA SERA)
2-ADUH BIYUNG
3-DOKAR NIPON
4-KONG KODIR
5-PUTUS LAGI

SIDE B:
1-CINTA SAMA CINTA
2-BANJIR DI MALAM MINGGU
3-GOYANG DANGDUT
4-PALING JEMPOLAN
5-ASSOY ( PMR & TRIO KUCHICHA)

KOMEN:
KUMPULAN P.M.R DARI INDONESIA INI MULA MENCIPTA NAMA DI AWAL 90AN TETAPI NAMA MEREKA SUDAH TENGGELAM DAN TIDAK DIKENALI LAGI OLEH GENERASI BARU.AKU MEMILIH ALBUM INI KERANA IA MEMUATKAN BEBERAPA LAGU YANG TERPILIH DARI ALBUM-ALBUM P.M.R YANG LAIN.LAGU ADA ENGGAK ADA YANG TELAH MEMPERKENALKAN NAMA P.M.R DI MALAYSIA.PENYANYI UTAMANYA JOHHNY ISKANDAR(Allayarham) MENYAMPAIKAN LAGU-LAGU INI SECARA BERJENAKA DAN TENTUNYA KUMPULAN INI MEMBAWA LAGU BERIMEJ KOMEDI.BANYAK LAGU-LAGU LUCU YANG MENARIK TERUTAMA DI DALAM ALBUM KOMPILASI INI.LAGU KONG KODIR SEBUAH LAGU BAHASA MELAYU BETAWI ADALAH LAGU YANG PALING MENARIK.

pppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp


NOSTALGIA CINTA

ARTIS: ARTIS-ARTIS POLYGRAM
TAJUK ALBUM: NOSTALGIA CINTA
PENERBIT: ERIC YEOH
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
DITERBITKAN: 1990

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-FANTASIA BULAN MADU ( SEARCH)*
2-BIAS CINTA (DESIRE)*
3-AKAN KU KENANG (JUNCTION)*
4-KERANA (ALLEYCATS)*
5-DEMI CINTA SETI (JUNCTION)*
6-TERIMA KASIH (LOVINGBORN)*
7-EL (LEEZ)

SIDE B:
1-ROZANA (SEARCH)*
2-MASIHKAH KAU INGAT (KOPRATASA)*
3-MASIH ADA (ODYSSEY)
4-HANGATNYA CINTA (LYANA)*
5-KITA MASIH CINTA (HATTA & LYANA)
6-HANYA NYANYIAN DALAM SEPI (CHRIS VADHAM)*
6-PELITA KETENANGAN (ZAID & LEEZ)

*lagu-lagu popular

KOMEN:
Album kompilasi artis-artis Polygram ini menampilkan lagu-lagu dari beberapa artis yang popular sedikit masa dulu.Ada artis yang masih lagi bergiat aktif hingga sekarang seperti Search.Alleycats dan Kopratasa selebihnya adalah artis-artis yang sudah hilang di persada ingatan seperti Leez seoarang penyanyi baru yang sering menimbulkan kontroversi.Lyana adalah penyanyi baru berbakat tetapi tidak aktif menyanyi lagi sekarang.Lagu hitnya yang terdapat di album ini adalah Hangatnya Cinta yang popular di awal 90an.Zaid adalah vocalis kumpulan Belantara tetapi beliau berduet dengan Leez menerusi lagu Pelita Ketenangan.Kump Odyssey dari Singapura kurang popular di Malaysia dan lagunya kurang diminati.Lagu Bias Cinta dari Desire adalah sebuah lagu menarik dan popular seketika.Chris Vadham tampil dengan lagu hitnya Hanya Nyanyian Dalam Sepi dan Junction sebuah kumpulan rock dari Johor bersama dua buah lagu hitnya yang dipetik dari album pertamanya,Akan Ku Kenang dan Demi Cinta Setia.Kump Lovingborn pula muncul dengan lagu berhantunya Terima Kasih.Kompilasi yang agak baik.

*************************************************************


ARTIS-ARTIS NASYID PILIHAN

ARTIS: ARTIS NASYID PILIHAN
TAJUK ALBUM: UNTUKMU WANITA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: TELAGA BIRU SDN BHD
DITERBITKAN: 2004

MENAMPILKAN BERBAGAI KUMPULAN NASYID KONTEMPORARI DI MALAYSIA.ALBUM YANG MEMUATKAN LAGU-LAGU KHUSUS UNTUK PARA WANITA SEBAGAI MENGENANG JASA DAN TOKOH-TOKOH WANITA TERSOHOR DI DALAM DUNIA ISLAM.

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SUMAIYAH ( HIJJAZ)
2-RATU HATIKU (ALARME)
3-SERIKANDI PERTAMA (SAFF ONE)
4-BIDADARI (RABBANI)
5-ZAHRA (FAR EAST)
6-SESUCI HATI MASHITAH (SAFF ONE)
7-AINUL MARDHIAH (UNIC)

SIDE B:
1-WANITA (DURANI)
2-SEORANG GADIS (NOWSEEHEART)
3-PUTERIKU SAYANG (HIJJAZ)
4-NURUL IMAN (AMAR)
5-PERMATA KELUARGA (SAUJANA)
6-RABIATUL ADAWIYAH (IN TEAM)

KOMEN:
KOMPILASI NASYID TERBAIK UNTUK DIJADIKAN KOLEKSI.BANYAK LAGU TERBARU DAN ADA YANG BELUM POPULAR TETAPI MENARIK UNTUK DIDENGARI.GABUNGAN KUMPULAN NASYID LAMA DAN BARU.MANTAP!!


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


KOPRATASA

ARTIS: KOPRATASA
TAJUK ALBUM: EPISOD III
PENERBIT: KOPRATASA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN:POLYGRAM RECORDS
LABEL: POLYDOR
DITERBITKAN: 1988

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SESAT DALAM ILUSI (SISO)
2-KERONCONG GERHANA (SANI)
3-JAMBATAN IMPIAN (WANAFISU)
4-UCAPAN TAK BERSUARA (WANAFISU)
5-TRAGEDI DI UTARA (DR WAN ZAWAWI/UTHMAN AWANG)

SIDE B:
1-DI SUDUT JENDELA (WANAFISU)
2-PYANS MEMORI (SANI/PYANHABIB)
3-SANGKARINDU (SANI)
4-MAT JENIN (USOP/SANI)
5-KEMBARA MALAM (M SHAH/LATIF MOHIDIN)

KOMEN:
Album ketiga Kopratasa masih mengekalkan imej lagu-lagu puisi.Antara album terbaik Kopratasa dan diterbitkan sendiri oleh mereka.Mereka berganding dengan baik untuk menghasilkan album ini yang dikira boleh tahan walau tiada lagu-lagu yang popular seperti lagu Masihkah Kau Ingat yang dipetik dari album pertama Kopratasa.Yang menarik seniman PyanHabib turut menyumbangkan lirik untuk lagu Pyans Memori.Wan Hanafi Su (wanafisu)turut mencipta 3 lagu dan 2 lagu adalah puisi dari Latif Mohidin dan Usman Awang juga dikenali sebagai Tongkat Waran (Allahyarham)

KOPRATASA:
SANI SUDIN/SISO & USOP

LAGU-LAGU MENARIK:
1-JAMBATAN IMPIAN
2-UCAPAN TAK BERSUARA
3-PYANS MEMORI
4-SANGKARINDU
5-MAT JENIN

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




ASIA ALTERNATIVE

ARTIS: KUMPULAN MUZIK ASIA
NAMA ALBUM: ASIA ALTERNATIVE
SYARIKAT RAKAMAN: NADI MUZIK
EDARAN: BMG

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-PEN & INK (FRANCISM)-PHILIPINE
2-OWARANAI VACATION (SHEEN)-JAPAN
3-MATAHARI ( DENADA)-INDONESIA
4-LARILAH LARILAH (EXIST)-MALAYSIA
5-MANIPULATION (CONCAVE SCREAM)-SINGAPORE
6-WOMAN ON THE PLANET (SANDEE CHAN)-TAIWAN
7-CHANG MAN (AUDY)-THAILAND

SIDE B:
1-BLACK SKY (STEREO CRIMINAL)-JAPAN
2-MODEN DE (SUGAR HICUPP)-PHILIPINE
3-KAMUFLASE (KINDERN)-INDONESIA
4-LIFE (STOMPIN' GROUND)-SINGAPORE
5-SELAMBA JE! (ALLXS)-MALAYSIA
6-I NEED (THE FACE)-TAIWAN
7-COARHOM-GIMME YOUR KISS-(VASSANA)-THAILAND

KOMEN:
Ini adalah album terbaik jika anda peminat musik-musik alternatif.Kompilasi terbaik band-band Asia dimuatkan di dalam band ini seperti dari Indonesia,Singapura,Jepun,Filipina,Taiwan,Thailand dan juga dari Malaysia yang diwakili oleh Exist dan Axxls.Lagu-lagu yang hebat dan mantap dengan berbagai bahasa dan aneka rentak bercorak alternatif.Memang berbaloi memiliki album ini dan susah mahu icari album kombinasi seperti ini.Mantop!


0000000000000000000000000000000



LETTO

ARTIS : LETTO ( INDONESIA)
TAJUK ALBUM: DONT MAKE ME SAD
SYARIKAT RAKAMAN: PT. MUSICA STUDIO,INDONESIA
EDARAN: LIFE RECORDS
DITERBITKAN: 2006

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SEBELUM CAHAYA
2-PERMINTAAN HATI
3-MY LIBERTY MY GOODBYE
4-HANTUI AKU
5-MEMILIKI KEHILANGAN
6-EPHEMERA

SIDE B:
1-BUNGA DI MALAM ITU
2-INNOSENSE'S INNOCENCE
3-RASAKANLAH MAKNA
4-SEJENAK
5-KAU AKU DAN OBSESIKU
6-DON'T MAKE ME SAD

KOMEN:
Kumpulan Letto dari Indonesia mula dikenali di Malaysia lewat album yang memuatkan lagu Ruang Rindu.Ini album mereka yang dikira baik dan memuatkan dua lagu popular Permintaan Hati dan Sebelum Cahaya.Lagu Sebelum Cahaya adalah lagu yang terbaik di dalam album ini dan puas mendengarkan lagu ballad tersebut.Terdapat beberapa lagu Inggeris yang dikira boleh tahan sahaja.Album yang menarik.


uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



ANNY JOHANNA

ARTIS: ANNY JOHANNA
PENERBIT: AWANG BPR/AMRAN OMAR
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: SONY MUSIK
DITERBITKAN: 1997

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-CINTA BARA DAN KITA (saari amri/adinda amiro)
2-TERBUKA CINTA (awang bpr/zamri)
3-RAWAN (jp/julfikar)
4-ANTARA SEJUTA JELINGAN (idzahar/tapai)
5-KEKAL MERINDU (ly/baiduri)

SIDE B:
1-MENGULANGI DUSTA (salman/habsah hassan)
2-ANUGERAH CINTA (wan zul/dewi sri menanti)
3-TERPISAH DI SINI (adam ahmad/amran omar)
4-JERAT (belle/baiduri)
5-TERPINGGIR SEPI(jp/habsah hassan)

KOMEN:
Aku memang tidak mengenali langsung penyanyi bernama Anny Johanna ini.Kemunculan album ini pun tidak aku ketahui dan siapakah Anny Johanna masih misteri.Tiada publisiti mengenai kewujudan album ini.Aku terjumpa album ini di sebuah pasaraya dan dijual dengan harga cukup murah untuk satu unit kaset yang tidak laku dijual.Setelah membelek kaset ini aku menggaru kepala kerana tidak pernah mendengar namanya.Tanpa berfikir panjang aku membelinya sekadar untuk mendengar dan mengenalpasti sekiranya ada lagu-lagu yang menarik.Ternyata aku kecewa..tiada lagu yang menarik walaupun dicipta oleh insan--insan hebat di dalam dnuia seni muzik tanahair seperti Saari Amri.Wan Zul dan Awang BPR selaku penerbit album.Mana silapnya aku pun tak tahu.Vokal Anny Johanna biasa saja dan mengapa album ini tidak mendapat sambutan tidaklah diketahui.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


HATTA

ARTIS: HATTA
TAJUK ALBUM: REAKSI
PENERBIT: P.B.C
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
DITERBITKAN: 1989

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-REAKSI
2-KITA MASIH CINTA (duet bersama Liyana)
3-TAUFAN
4-BEKU DI LAUTAN RINDU
5-HITAM PUTIH

SIDE B:
1-NYANYIAN DAMAI
2-SEKURUN DI DASAR CINTA
3-TABIR HATI
4-RENTASI GARIS MASA
5-BEGITULAH AKU

SEMUA LAGU CIPTAAN : HATTA

KOMEN:
HATTA adalah bekas vokalis kumpulan rock Junction dan diberi peluang oleh Polygram untuk merakamkan album solo pertama tetapi ternyata tidak membuahkan hasil.Album ini gagal mengangkat nama Hatta untuk menjadi seorang penyanyi rock solo yang hebat.Akhirnya album ini terperap di rak-rak kedai kaset dan tiada siapa yang ambil peduli.Lagu-lagunya kurang memikat dan tiada yang istimewanya album ini.Kurang memikat hati.


nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn



UNTUKMU SAHABAT

ARTIS: KUMPULAN NASYID PILIHAN
TAJUK ALBUM: UNTUKMU SAHABAT
PENERBIT: MOHD REDZUAN MD NASIR
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: TELAGA BIRU SDN BHD
DITERBITKAN: 2005

ALBUM KHUSUS UNTUK SAHABAT DAN TEMAN

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-AYAT AL QURAN
2-AKRAB PERSAHABATAN-IN TEAM
3-HADIAH BUATMU TEMAN -SAUJANA/SAFF ONE,AMAR
4-SAHABAT-AMAR
5-HADIS
6-KAU BAGAI CAHAYA-SAUJANA
7-KAWAN-UNIC
8-KENANGAN SEMALAM-SAFF ONE
9-NOSTALGIA-SHOUTUL AMAL
10-KAWAN-RABBANI

SIDE B:
1-HADIS
2-UNTUKMU-DURANI
3-TEMAN SEJATI-SNADA
4-KAWAN-HIJJAZ
5-PERTENGKARAN KECIL-EDCOUSTIC
6-MASIH ADA WAKTU-EAST
7-UNTUKMU TEMAN-BROTHERS
8-KAU SAHABAT KAU TEMAN-HIJJAZ
9-HADIS

KOMEN:
Antara koleksi album kompilasi nasyid yang terbaik menampilkan berbagai kumpulan nasyid dari Malaysia dan Indonesia.Ada beberapa lagu yang jarang-jarang didengari tetapi memang menarik.Album ini memgandungi lagu-lagu yang berkaitan dengan persahabatan dan setiakawan mengikut lunas-lunas islam.Diselangi juga dengan petikan ayat-ayat Al Quran yang suci dan juga hadis nabi yang berkaitan dengan erti persahabatan yang hakiki.Tidak rugi memiliki album nasyid ini dan mungkin sukar didapati lagi di pasaran.Mantop!!

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

SANI SUDIN

ARTIS: SANI SUDIN
TAJUK ALBUM: SAYA
PENERBIT: SANI SUDIN
SYARIKAT RAKAMAN: SONY MUSIC ENTERTAINMENT
DITERBITKAN: 1993

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-LORAT 1
2-KOPI DAN ROTI
3-MEMO
4-PESAN
5-MANA SAJAKNYA

SIDE B:
1-LORAT 2
2-BAYANG-BAYANG
3-NYATAKAN
4-SAMPAI BILA
5-KEMARAU
6-LORAT 3

KOMEN:
Album solo pertama Sani Sudin yang juga anggota Kopratasa.Sani cuba mencari identitinya tersendiri melalui album ini dan cuba lari dari imej Kopratasa tetapi masih mengekalkan elemen puisi santai.Percubaan yang menarik tetapi sayang lagu-lagunya kurang menarik dan ada ketikanya terasa bosan mendengarnya.Mungkin album percubaan dari Sani Sudin untuk menguji pasaran.Tak pasti pulak ada album susulan dari Sani selepas album ini.Album ini hambar dan kurang menyengat.

gggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg


ZARITH

ARTIS: ZARITH
TAJUK ALBUM: EVA
PENERBIT: HATTAN/NAN
SYARIKAT RAKAMAN: AMANAH RECORDS
EDARAN: LIFE RECORDS
DITERBITKAN: 1991

 LAGU-LAGU:

SIDE A:
1- EVA (NAN/RUSLAN MAMAT)
2-BISIKAN KEBENARAN (NAN/AZAM DUNGUN)
3-DOSA ZAMAN SEKARANG (MAT RATTI/BOB)
4-SEPASANG SAYAP IMPIAN (HATTAN/AZIDA NS)
5-RUANG (ZUL MAHAT/AZAM DUNGUN)

SIDE B:
1-POTRET KENANGAN ( M NASIR/BOB)
2-HEI HEI DUNIA (NASIR SEARCH/AZAM DUNGUN)
3-KITA BOLEH (ARIS ARIWATAN/NIZAM ARJUNA)
4-CABARAN (HATTAN/AZAM DUNGUN)
5-CINTA SEDINGIN BAYU ( AWANG BPR/AZAM DUNGUN)

KOMEN:
Album yang menarik dari Zarith bekas vocalis kumpulan Mega yang popular suatu ketika dulu dengan lagu Pasti dan Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara.Setelah mengndur diri Zarith muncul dengan album solonya yang pertama terbitan Hattan dan Nan.Tidak mengecewakan.Album ini mempunyai lagu-lagu yang hebat dan menarik seperti lagu Eva.Potret Kenangan ( M Nasir) dan lagu Cinta Sedingin Bayu yang hits.Cuma vokal Zarith kurang mantap dan adakalanya kedengaran sumbang sana-sini.Apapun untuk peminat Zarith album ini tidaklah membosankan.Boleh tahan..

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv


ZARITH

ARTIS : ZARITH
TAJUK ALBUM: SEJUTA RAHMAT
PENERBIT: IJA MEDICINE
SYARIKAT RAKAMAN: VISTA EVOLUSI SDN BHD
EDARAN: UNIVERSAL
DITERBITKAN: 1999

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-KESUMAT RINDU (Burn Meditasi/Seth)
2-ANGELINA (Fauzi Marzuki/Usop)
3-BAYU SAVANA (Ija Medicine/Seth)
4-PSYCHO (Yusri Yusuf/Tok Wan)
5-BAGAI MENCABAR (Firdaus/Loloq)

SIDE B:
1-RAHMAT (M Nasir/Loloq)
2-HIJRAH (Razman/Loloq)
3-ANGIN DARI KIPAS (Samad/Adri Norzaidi)
4-UKL(UNIVERSITI KAKI LIMA)-(Ahmad Razali/Loloq)
5-SEBENARNYA ADA (Hattan/Bob)

KOMEN:
Album kedua Zarith (kalau tak silap).Jarak antara album pertama dengan album ini terlalu jauh (8 tahun).Mungkin ada yang menyangka Zarith telah meninggalkan dunia seni tetapi muncul tanpa disedari dengan album ini.Mungkin cita-cita Zarith terlalu tinggi untuk menjadi artis yang berjaya tetapi tidak kesampaian.Album ini mempunyai muzik iringan yang mantap kerana dimainkan oleh pemuzik-pemuzik mantap dan berkaliber di Malaysia tetapi mutu suara Zarith tetap tak berubah..masih seperti vocalnya di album pertama dulu.Tidak banyak lagu yang menarik kecuali lagu Rahmat ciptaan M Nasir yang aku kira bagus..lagu lain kurang mantop.Ramai pencipta -pencipta lagu yang terkenal menyumbangkan lagu ciptaan mereka tetapi Zarith gagal menyampaikan dengan baik.Sayang sejuta kali sayang.


000000000000000000000000-O-00000000000000000000000



U-TOPIA

ARTIS: U-TOPIA
PENERBIT: ARIS ARIWATAN
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: IRAMA IMI
DITERBITKAN: 1990

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-U-TOPIA
2-BERCINTA TAK BERSATU
3-MALAM SATU SURO
4-JEMALA KASIH
5-PENING

SIDE B:
1-FENOMENA ROCK N ROLL
2-MITHALI CINTAKU
3-DI BAWAH MALAM
4-SATRIA
5-DI SINI PASTI

KOMEN:
Aku memang berpuashati kelahiran album U-Topia ini.Ia album yang hebat walaupun ini album pertama.Lagu Mithali Cintaku ciptaan Sharina JD/Zurain adalah lagu paling hits di dalam album ini.Sampai sekarang lagu ini masih diingati dan diminati.Lagu Di Sini Pasti ciptaan M Nasir juga adalah lagu hits dan terbaik untuk keseluruhan album ini.Vokalis utamanya mempunyai mutu vocal yang cukup tinggi dan bersesuaian membawa lagu-lagu yang mempunyai range yang tinggi seperti lagu Di Sini Pasti,Pening,Satria dan Malam Satu Suro.Memang mantap abum ini.

LAGU-LAGU HITS:
1-MITHALI CINTAKU
2-DI SINI PASTI
3-JEMALA KASIH
4-BERCINTA TAK BERSATU

PILIHAN LenJUGRANO:
1-DI SINI PASTI
2-PENING
3-MALAM SATU SURO
4-JEMALA KASIH
5-FENOMENA ROCK N ROLL

3333333333333333333333333333333333333333333333


BLOODSHED

ARTIS: BLOODSHED
TAJUK ALBUM: THE BEST OF BLOODSHED
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: EMI
DITERBITKAN: 1999

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SAMARKHAND-Hamdan Ahmad/Man Boron *
2-PERISTIWA -cc/Rosedan*
3-CARILAH WAJAHMU-M Nasir/Siso*
4-DI BENDUNG KASIH_Bloodshed/Man Boron*
5-FESYEN-Bloodshed/Rosedan*
6-MARILAH BERJUANG-Bloodshed*
7-MISSI-Wan Rastari/Hamzah H.A
8-ENSAIKLOPEDIA SISWA-Bloodshed/A Ghafar Ibrahim

SIDE B:
1-BERMUDA-Bloodshed/Hamzah H.A
2-MATA CINTA-Bloodshed/Man Boron
3-HARIMAU-Bloodshed/A Ghafar Ibrahim
4-PERTUMPAHAN DARAH-Bloodshed/Man Boron
5-JANGAN TERPEDAYA-Bloodshed/Man Boron
6-TANAH AIR API DAN ANGIN-M Nasir/Usop*
7-WASPADA-Bloodshed/Man Boron*
8-SRIKANDI CINTAKU-M Nasir/Nasir Jani*

*-lagu-lagu yang menarik

KOMEN:
Ini adalah album koleksi terbaik Bloodshed yang dikumpulkan sepanjang Bloodshed berada dipersada muzik Malaysia.Lagu-lagu yang dipetik dari tiga albumnya yang lalu adalah yang terbaik dan menarik.Tetapi ada juga beberapa lagu yang menarik dan terbaik tercicir dari senarai .Album pertama Bloodshed ( Ilusi Sebuah Mimpi) diterbitkan oleh M Shariff kurang meletop tetapi ada beberapa lagu yang sedap seperti Fesyen dan Waspada.Manakala album kedua Bloodshed diterbitkan oleh M Nasir adalah album terbaik Bloodshed dan mengandungi lagu Srikandi Cintaku ciptaan M Nasir/Nasir Jani dan Samarkhand yang juga nama judul album kedua.Vocalis Bloodshed,Rosedan adalah vocalis Bloodshed sejak Bloodshed terbabit di dalam Konsert Battle Of The Band dan sempat merakamkan beberapa lagu di dalam album Battles Of The Band bersama SYJ,Lefthanded,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel yang diterbitkan oleh Warnada Record.
Untuk album ketiga Bloodshed vocalisnya telah bertukar kepada Amir(kalau tak silap) kerana Rosedan telah bergabung semula dengan band asalnya The Punnisher lalu menyepi diri dalam dunia rakaman.Tetapi suara  merdu Rosedan sentiasa kekal di ingatan kerana lagu Srikandi Cintaku setiap hari berkumandang di radio.Lagu ini juga boleh didapati di dalam banyak album-album kompilasi di pasaran.Album ketiga Bloodshed ( Vila Misteri ) diterbitkan oleh Bloodshed sendiri dengan vocalis baru tetapi kurang laris jualan albumnya.Untuk pengetahuan,nama Bloodshed telah bertukar kepada BLACKSHED atas arahan pehak berkuasa kerana makna Bloodshed yang menggambarkan sesuatu yang kurang baik iaitu Pertumpahan Darah (juga nama salah satu lagu di dalam album ini dari album pertama).Tetapi album ini kurang memuaskan kerana kelemahan vocal penyanyinya yang kurang pengalaman.The Best Of Bloodshed adalah album kompilasi terbaik Bloodshed yang bermutu dan terbaik.

LAGU-LAGU TERBAIK YANG TERCICIR DARI SENARAI
1-PANAH ARJUNA-album Samarkhand
2-KOTA ITU ILUSI-album Samarkhand
3-TANGISAN SALJU DI KHATULISTIWA-album Samarkhand
3-ILUSI SEBUAH MIMPI-album Ilusi Sebuah Mimpi
4-MEMORI BIRU-album Ilusi Sebuah Mimpi
5-MENGGENGGAM BARA-album Vila Misteri
6-FILO BERCANDI-album Vila Misteri
(bengang kerana lagu-lagu ini tiada dalam senarai)


8888888888888888888888888888888888888888888888888888888



AMY (SEARCH)

ARTIS: AMY (SEARCH)
TAJUK ALBUM: MAGIC
PENERBIT: M NASIR
SYARIKAT RAKAMAN: BMG PASIFIC SDN BHD
DITERBITKAN: 1994

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SAAT KU IDAMKAN- M NASIR/M NASIR
2-YEAH!U.D.I-M NASIR/LOLOQ
3-AKU DAH BOSAN -M NASIR/KEON
4-CINTA MATERIALIS- M NASIR/AZANM DUNGUN
5-MENGINTAI KELAWAR-M NASIR/USOP

SIDE B:
1-GHAIRAH-M NASIR/LOLOQ
2-INILAH PERJALANANMU-M NASIR/DR WAN ZAWAWI
3-LAGU CINTA DUNIA-M NASIR/S AMIN SHAHAB
4-KAU BUKAN SADURAN-M NASIR/KEON
5-DI MEDAN ASMARA-M NASIR/NURBISA

KOMEN:
INI ADALAH ALBUM SOLO PERTAMA AMY (SEARCH) SETELAH MENINGGALKAN KUMPULAN LAGENDA SEARCH.MASIH MENGEKALKAN IMEJ ROCK TETAPI AGAK BERBEZA DENGAN IMEJ ROCK YANG DIBAWANYA KETIKA BERSAMA SEARCH.ALBUM TERBITAN SIFU M NASIR YANG TELAH MENCIPTA SEMUA LAGU DI DALAM ALBUM INI.BOLEH DIKATAKAN ALBUM INI MENARIK DAN ADA BEBERAPA LAGU YANG TELAH MELETUP SEPERTI LAGU AKU DAH BOSAN.SAAT KU IDAMKAN DAN DI MEDAN ASMARA.BOLEH TAHAN..


########################################################

5 comments:

  1. Salam tuan.. masih simpan lagi album Sani Sudin : Saya. ? Saya berminat untuk memilikinya.. bagaimana caranya ya? email saya puyupaya@gmail.com. atau tuan boleh wsp saya di 0135236595. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalam Boss....nk tahu kalu boss ada keset lagu2 Instrumental PRamlee keluaran CBS Records (singapore) sekitar tahun2 81,82,83...dh puas sy cari dlm internet tp tiada....sy nak buat research lagu2 pramlee...kalu tuan ada alhambdulillah sy nak beli....TQ

    ReplyDelete
  3. email sy: shuk2811@yahpp.com atau HP: 0123733607

    ReplyDelete
  4. maaf tua...email sy: shuk2811@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. maaf tuan...email sy: shuk2811@yahoo.com

    ReplyDelete