Jumpa lagi..banyak kisah lucu pernah terjadi di dunia ini..ada yang berlaku pada aku dan orang lain..bukan hidup namanya kalau tiada yang lucu..di samping yang sedih-sedih gittuu..
Aku dan Zaki
Peristiwa ini berlaku beberapa tahun yang lalu semasa aku dan sahabat ku Zaki bekerja di bengkel membaikpulih alat hawa dingin di Taman Permata Hulu Klang.Zaki sebenarnya seorang pelatih dari sebuah pusat belia yang dihantar ke bengkel tempat aku bekerja untuk mendapat latihan dan kemahiran.Jadi dia bukanlah pekerja tetap di situ tetapi dia harus mengikut segala garis panduan yang ditetapkan semasa bekerja di situ.
Suatu pagi itu masa aku dan Zaki minum teh di restoran Bang Ramlee masa rehat 'tea-time',Zaki memberitahu aku yang dia nak kerja separuh hari sebab adiknya dari Kelantan nak datang rumahnya di Selayang.Katanya,adiknya itu tak tahu apa-apa pasal KL yang dia tahu cuma turun kat Puduraya sahaja.Dia bercadang nak ambik adiknya yang dijangka sampai tengahari nanti di Puduraya.Dia segan nak jumpa kerani di ofis minta pelepasan separuh hari..supervisor pulak buat kerja luar.Jadi dia minta pertolongan aku untuk cari idea macamana nak cari jalan agar dapat balik tengahari nanti.
Akhirnya aku dapat idea dan bila aku ceritakan pada Zaki,dia setuju dengan plan aku.Lepas minum kami berjalan menuju ke publik phone yang terletak tak jauh dari situ.Zaman tu belum ada telefon bimbit lagi, jadi payahlah sikit.
Sebenarnya aku berlakun jadi adik Zaki yang baru datang dari Kelantan.Aku dail nombor telefon ofis dan bercakap dengan amoi ofis yang namanya Miss Lee.Kat ofis dia seorang saja sebab syarikat kecil..Bila Miss Lee jawab,aku cakap nak bercakap dengan Zaki dan mengaku kononnya adik Zaki dari Kelantan.Kedengaran suara kerani tu panggil Zaki di bengkel..kemudian terdengar sahutan kawanku Suhaimi yang sedang bekerja di bengkel mengatakan Zaki pergi minum.Lalu kerani yang tak berdosa tu memberitahu aku yang Zaki tiada di bengkel dan bertanya jika ada sebarang pesan.
Lalu aku beritahu dia yang Zaki sudah berjanji nak ambil saya di puduraya jam 12 tengahari nanti dan minta agar dia cepat datang sebab saya tak biasa di KL dan tak tahu rumahnya di mana.Mujur Miss Lee memberitahu yang dia akan sampaikan pesanan ini segera kepada Zaki setelah Zaki pulang dari minum teh.Zaki yang berada di sebelah aku ketawa bagai nak gila tengok aku berlakun jadi adik dia,HHAHAHA..
Lepas letakkan gagang telefon aku beritahu Zaki agar buat muka selamba bila kembali ke bengkel nanti untuk mengelak sebarang curiga atau prasangka.Kami pun berjalan semula ke bengkel yang tidaklah jauh sangat.Setibanya saja di bengkel Suhaimi memberitahu Zaki tadi ada adiknya telefon dan suruh pergi ofis segera berjumpa Miss Lee.Zaki pun segera naik ke ofis yang terletak di mezzanin floor untuk berjumpa kerani tersebut.Sambil tu aku berpura-pura bertanya Suhaimi kenapa adiknya telefon..Suhaimi kata dia tak tahu.
Sepuluh minit kemudian Zaki turun dari ofis dengan senyuman dan muka happy dan beritahu aku yang dia boleh balik sekarang juga.Dia bersalam dengan aku dan ucapkan terimakasih dan terus saja berlalu.Suhaimi yang memandang aku bertanya kenapa dia bersalam dengan aku.Dengan muka selamba aku cakap,akulah yang telefon tadi.Suhaimi terkejut dan bila aku ceritakan semuanya akhirnya dia ketawa berdekah-dekah.
Seminggu kemudian Zaki terpaksa meninggalkan bengkel tempat kami bekerja kerana dia dapat tawaran menjadi polis pelatih di Pulapol.Dari sejak itu aku tidak lagi bertemu Zaki hinggalah ke hari ini dan tak tahu di mana dia sekarang.Harap Zaki akan aku temui suatu hari nanti InsyaAllah.
FA CHAI
Ini kesah teman cina aku namanya Fa Chai.Dia Line Leader di kilang tempat aku bekerja.Dia kelakar orangnya dan ramai member suka pada dia.Tapi tabiat buruk dia ,dia suka tidur jika bekerja shif malam.Selalunya yang jadi mangsa asistan dia yang namanya Zack.Masuk kerja shif malam dia akan memberitahu Zack itu ini mengenai kerja dan sebagainya..dan kemudian dia akan ke bilik belakang untuk membuta.Zack inilah yang bertungkus lumus buat dua kerja.Kerja dia sendiri dan kerja Fa Chai.Fa Chai pula sedang lena diulit intan di kamar rahsia di belakang kilang.
Zack pun tak kesah sangat sebab dia dapat menimba pengalaman dan dia berhajat nak ambil tempat Fa Chai sekiranya Fa Chai kena buang kerja.Tepat jam tujuh pagi satu jam sebelum balik Fa Chai akan datang ke mesin dan bertanya Zack semua ok atau tidak.Biasanya ok sahaja.Mereka gandingan yang serasi dan saling memahami.Fa Chai pun akan berpura-pura sibuk sebelum balik seolah-olah dia bekerja sepanjang malam.
Suatu hari seorang kawan secara bergurau tanya Fa Chai,
Teman: Fa Chai..lu kerja malam asyik tidur saja tak takut boss ka?
Fa Chai: (selamba)Saya tak takut boss..saya takut nyamuk saja..
HAHAHAHAHA..
Beberapa minggu kemudian Fa Chai bertukar ke department lain disebabkan kenaikan pangkat dan bertugas di kilang cawangan di Serdang.Aku menggantikan Fa Chai dan Zack pula menggantikan seorang leader lain yang juga bertukar jawatan.Sampai sekarang kesah ini tak boleh lupa punya.
NAIK GAJI
Kesah ni berlaku masa kerja di sebuah sharikat swasta beberapa tahun dulu.Pada masa tu aku dah bekerja hampir enam bulan dan belum menerima kenaikkan gaji semenjak kenaikan pertama masa aku dalam tempoh percubaan.
Seorang pekerja lama di situ yang orang panggil dia Mangkok bertanya aku mengenai kenaikan gaji aku.Aku cakap gaji belum naik lagi.Aku pun tak tahu apa-apa.Lalu dia berkata semua orang dah naik gaji kenapa kau tak naik lagi?Aku cuma geleng kepala aje..maklumlah aku orang baru di situ.Dia nasihatkan aku pergi jumpa boss kalau nak minta naik gaji..aku cuma diam saja.Mangkok ni punya cakap macam bagus aja.aku pun tak kenal sangat dengan mangkuk ni..Entah orang mana malas aku nak ambik tahu.Aku buat kerja aku macam biasa.
Tapi dalam pada itu tergerak jugak aku nak jumpa boss pasal kenaikan gaji ni.Mungkin betul cakap mangkok tu ramai orang dah naik gaji cuma aku saja yang belum.Aku bercadang nak jumpa HR esok kalau ada masa nak tanya pasal kenaikan gaji Manalah tahu kalau diaorang boleh tolong,lagipun ketua HR itu kakak boss dan aku biasa dengannya.
Esoknya aku terus masuk ofis HR dan berjumpa terus dengan kakak boss bertanya pasal gaji dan dia berkata dia tak tahu apa-apa..kena tanya boss..dia jawab.
Aku tanya lagi,macamana nak jumpa boss?
Dia jawab,lu pergi naik atas dia ada dekat ofis.Lu cerita sama dia...
Aku pun beranikan diri pergi ke ofis boss di tingkat atas dan ku lihat ada seorang tetamu di dalam ofis boss.Aku tak peduli..aku terus saja ketuk pintu dan boss membenarkan aku masuk
Boss tanya,ada apahal?
Aku jawab,nak tanya pasal gaji boss..saya dah kerja 6 bulan lebih tapi belum naik gaji baru lagi,lain orang semua sudah naik..
Boss pun cakap nanti dia akan rundingkan hal ini denagn HR nanti dan aku pun mengangguk dan terus berlalu tinggalkan bilik boss yang berhawa dingin tu.Aku puas..haha
Aku kembali semula ke ofis HR dan memberitahu pada kakak boss mengenai perkara ini dan dia kata ada harapan boleh naik gaji.Dia jugak kata takda pekerja lain berani jumpa boss minta naik gaji ,cuma aku seorang saja yang buat.Aku terkejut..tapi takada apa-apalah..yang penting gaji aku naik.
Esoknya kakak boss ketua HR itu memanggil ke pejabat.Aku pun pergi dengan sejuta harapan.Alangkah gembiranya aku bila kakak boss beritahu gaji aku akan dinaikkan cukup bulan nanti.Boss sudah approve katanya.Aku happy dan tak sabar nak beritahu kat mangkuk semalam tu.
Bila aku jumpa mangkok tu aku pun ceritalah yang aku pergi jumpa big boss semalam minta naik gaji.Dia punya terkejut tanya aku balik betulke aku jumpa boss?Aku cakap,yelah..semalam aku pergi ofis dia minta naik gaji.Kalau tak caya pergilah tanya HR.Akhirnya dengan muka macam siput sedut dia mengaku yang apa yang dia cakap kelmarin saja-saja nak buat lawak.Lawak tak lawak yang aku tahu bulan depan gaji aku naik.Mangkok tu juga kata yang semua pekerja termasuk diri dia sendiri belum naik gaji lagi..saja nak uji aku kononnya.Pirah..dengan orang lain kau boleh buat lawak dengan aku sorry..!!Akhirnya dia buat lawak aku yang dapat naik gaji..hahahaha..
KERETA
Ini member aku punya cerita.Beberapa tahun dulu member aku yang nama samarannya Jab telah berjanji tidak akan balik kampung di Banting selagi tak punya kereta.Aku bertanya mengapa macam tu sekali?Yelah..zaman tu nak beli kereta bukannya senang ,bukan macam sekarang,semua orang mampu beli kereta.
Dia memberi alasan itu dan ini mengapa dia berjanji macam tu,Aku cuma pujuk dia supaya selalulah balik kampung kerana adik perempuannya rindukan dia.Aku selalu terjumpa adik perempuannya di Banting kalau aku balik kampung,Dia selau bertanya tentang Jab yang dah berbulan tak ballik kampung.
Macam biasalah..kalau balik kampung aku naik bas sahaja sebab aku memang tak mampu pakai kereta.Zaman tu siapa yang ada kereta kira macam orang kayalah..kecualilah kalau berjawatan besar..ada kereta kecil atau kereta buruk sudah memadai.
Sebenarnya dia cemburu dengan member aku yang lain yang sudah pakai kereta secondhand buruk.Bukan orang lain dengan si Jab,jiran belakang rumah dia jugak.Sebab itulah agaknya dia segan nak balik kampung.Member dah ada kereta sedangkan dia naik bas ke hulu ke hilir.
Aku nasihatkan dia,pedulilah sama orang lain.Dia yang pakai kereta bukan kau yang bayar.Tapi dia tetap dengan keputusannya tak mahu balik kampung selagi tak mampu pakai kereta.Sukahati kaulah Jab
Tahun berganti tahun..dah lama aku tak jumpa Jab.Aku dah tak kerja di sharikat yang dulu aku sama bekerja dengan Jab.Kalau balik kampung lalu depan rumah dia aku tertanya-tanya dah pakai kereta ke si Jab sekarang?Yelah..zaman sekarang semua orang dah mampu memiliki kereta sendiri termasuklah aku.Aku pun dah beli kereta baru (bukan secondhand punya) untuk kemudahan aku ke mana -mana.Aku terfikir juga,si Jab yang dulu berjanji tak nak balik kampung selagi belum punya kereta dah tentu dah mempunyai kereta sekarang.Maklumlah..dia berjanji dulu tu sepuluh tahun dulu.Takkan sepuluh tahun dia taknak balik walaupun takde kereta,Tak masuk akal lainlah kalau dia dah buang keluarga.
Setelah bertahun aku pakai kereta dan bertahun-tahun jugak aku tak jumpa si Jab.Kampung si Jab di Banting tu bukan jauh dari rumah aku,dekat saja.Tapi aku kenal dia masa bekerja di syarikat swasta di USJ.Bila berkenalan rupanya orang kampung berdekatan.Kami memang kawan baik dan selalu balik kampung sama-sama dulu tapi naik baslah pada masa itu.
Suatu petang aku ke pekan Banting kerana ada urusan.Kereta aku parking tak jauh dari kedai dua ringgit yang top di situ.Aku masuk ke kedai dua ringgit nak cari barang keperluan.Secara tak sengaja aku terjumpa si Jab dengan dua orang anaknya.Aku terkejut sebab si Jab rupanya dah kahwin dan ada 2 orang anak tapi isterinya tiada bersama,kat kampung katanya.Maklumlah dah bertahun terputus hubungan..dia kawin pun aku tak tahu.
Aku tanya dia,mana kereta kau?
Sambil ketawa dia jawab,mana ada kereta..
Aii..dulu kau janji taknak balik kampung selagi tak beli kereta?Apa dah jadi Jab?
Jab jawab..alahh..itu dulu punya cerita hahaha..
Memandangkan hari nak hujan aku pelawa Jab dan anak-anaknya naik kereta aku dan akan menghantar mereka pulang ke kampung.Mulanya Jab menolak tapi terpaksa bersetuju sebab hari semaikn mendung dan hujan renyai mula turun.Kesian tengok Jab dan anak-anaknya berjalan kaki ke bus stand yang agak jauh dari kedai dua ringgit itu.Akhirnya Jab setuju.
Dalam perjalana hujan semain lebat dan aku bersembang dengan Jab kesah lama-lama dulu semasa kerja di USJ dulu.Jab kata dia bekerja di Puchong dan dah beli rumah di sana.Bini diapun orang Puchong.Aku tanya dia bila nak beli kereta..zaman sekarang kereta dah murah dan mampu beli.Lagipun dia dah berkeluarga sudah semestinya memerlukan kenderaan.Tapi dia beri alasan belum mampu lagi pakai kereta...rumah lagi nak bayar,anak lagi.katanya.Aku mengiakan saja.Aku tak boleh buat apa.
Akhirnya sampai juga ke rumah Jab yang lama aku tak singgah semenjak aku tak bekerja bersamanya lagi di USJ.Setelah mereka turun dan ucapkan terimakasih aku pun terus pandu kereta pulang ke rumah makbapak aku di kampung yang tidak jauh dari kampung si Jab.
Terkenang janji si Jab sepuluh tahun dulu tak mahu pulang kampung selagi tak punya kereta..tapi hari itu aku hantar si Jab pulang ke kampungnya naik kereta aku sendiri yang mana aku tak pernah terbayangkan sepuluh tahun dulu.
Sekarang ni dah bertahun aku tak jumpa si Jab selepas aku hantar dia pulang tigaempat tahun dulu.Tentu si Jab dah mampu pakai kereta agaknya.Aku pun telah terputus hubungan dengan dia sejak hari itu.Tak tahu kereta apa si Jab pakai sekarang ni..
SAFETY FIRST
Di mana-mana akan kita terjumpa papan tanda yang berbunyi UTAMAKAN KESELAMATAN.
Apalagi di dalam kilang.Papan tanda safety first di mana-mana bagi mengingatkan pekerja-pekerja menjaga aspek keselamatan semasa bekerja.
Seorang pekerja dari Bangladesh yang terkial-kial cakap melayu cuba mengeja papan tanda yang bertulis UTAMAKAN KESELAMATAN.Setelah membacanya dia terasa keliru akan maksud ayat tersebut.Berkali-kali dia cuba memahami maksud perkataan tersebut.
Pada suatu hari dia bertanya kepada temanku yang juga seorang line leader.
Bangladesh'' allo kawan..ini apa makan?..sambil tangannya menunujuk ke arah papan tanda tersebut.
Temanku pun menjawab,'' itu safety firstlah baya..''..'' lu ashik ingat makan sajaa..'' kata temanku sambil ketawa.
Setelah diberitahu maksud perkataan tersebut Bangla itu terus berlalu sambil dalam kepala otaknya masih tertanya-tanya apa kena-mengena makan dengan safety first?Mungkin dia menyangka kita mesti menjaga keselamatan ketika makan.Itulah agaknya yang difikirkan Bangla tersebut.HAHAHAHA
COLI
PERISTIWA INI BERLAKU SEMASA AKU DALAM TINGKATAN TIGA.SUATU HARI CIKGU JAMALIAH YANG JUGA GURU SEJARAH TELAH MEMBERI UJIAN SEJARAH DAN MEMINTA KAMI MENYIAPKAN KERTAS UJIAN SEJARAH PADA MASA ITU JUGA.SETELAH SIAP CIKGU JAMALIAH TELAH MENGAMBIL SEMUA KERTAS-KERTAS JAWAPAN UNTUK DIPERIKSA DAN BELIAU AKAN MEMBERI KEPUTUSAN UJIAN INI PADA KEESOKKAN HARINYA.
ESOKNYA,KETIKA CIKGU JAMALIAH MEMASUKI KELAS,MUKANYA MASAM SAHAJA ,TIDAK SEPERTI BIASA,WAJAHNYA SEOLAH MENIMBULKAN RASA KURANG SENANG PADA KAMI,,MUNKIN KAMI GAGAL DALAM UJIAN SEJARAH AGAKNYA,BEGITULAH YANG KAMI FIKIRKAN.
CIKGU JAMALIAH MEMBERITAHU SESUATU YANG TIDAK KENA DENGAN SALAH SATU KERTAS UJIAN TERSEBUT.BILA KAMI BERTANYA,CIKGU JAMALIAH ENGGAN MENJAWABNYA.DIA HANYA BERKATA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU TELAH MEMBERI JAWAPAN YANG MEMALUKAN CIKGU.SALAH SEORANG MURID BERTANYA,APAKAH SOALAN ITU,TAPI CIKGU JAMALIAH ENGGAN MEMBERITAHUNYA TAPI SEBALIKNYA DIA MENGAMBIL KAPUR LALU TULIS DI PAPAN HITAM,PERKATAAN YANG CIKGU TULIS IALAH C.O.L.I.SEMUA MURID-MURID KETAWA TERBAHAK-BAHAK DAN CIKGU JAMALIAH PUN IKUT TERSENYUM TERSIPU-SIPU.MALULAH TU..
KAMI BERTANYA LAGI,SIAPA YANG BERI JAWAPAN ITU TETAPI CIKGU MERAHSIAKAN.DIA SURUH KAMI TANYA KEPADA KAWAN-KAWAN KAMI SENDIRI BILA CIKGU SUDAH MENINGGALKAN KELAS NANTI.
SEBAIK CIKGU BEREDAR.SEORANG KAWAN KAMI YANG BERNAMA MUHAMAD MEMBERITAHU YANG DIALAH YANG MEMBERI JAWAPAN ITU.KAMI SEMUA KETAWA,SALAH SEORANG SAHABAT KAMI BERNAMA YATI BERTANYA MUHAMAD KENAPA BERI JAWAPAN -COLI ?DENGAN KETAWA MUHAMAD MENJAWAB YANG DIA TAK TAHU YANG COLI ITU PAKAIAN DALAM WANITA.PADA SANGKAANNYA COLI ITU ADALAH NAMA MATAWANG GERMAN SEPERTI YANG TERTULIS DALAM KERTAS UJIAN SEJARAH.LAGIPUN CIKGU JAMALIAH ADA MEMBERITAHU KLU UNTUK MENJAWAB SOALAN TERSEBUT.CIKGU MEMBERITAHU UNTUK SOALAN MATAWANG GERMAN,IA MEMPUNYAI 4 HURUF SAHAJA.SEBAB ITULAH MUHAMAD MEMBERIKAN JAWAPAN DEMIKIAN YANG PADA SANGKAANNYA COLI ITU NAMA MATAWANG GERMAN.HAHAHA,,KAMI SEMUA KETAWAKAN MUHAMAD YANG SUKA BUAT LAWAK DALAM KELAS.LOL..............
No comments:
Post a Comment