JENAKA SLUMBERS
Pinggan mangkuk
Latip : Tiap-tiap hari kau balik lambat bini kau tak marah ke Lik..?
Jalik: Maunya tak marah..!Tiap kali aku balik rumah ,bini aku baling aku dengan
pinggan mangkuk,dah habis pinggan mangkuk kat rumah aku...
Latip: Kau tak cakap ke yang kau ada overtime?
Jalik: Dah...dia cakap dapat gaji nanti dia suruh aku beli pinggan mangkuk yang baru.
Pesakit di wad mental
Seorang jururawat yang bertugas di wad mental telah ditanya oleh seorang pesakit
Pesakit: Dulu cik nurse kerja kat mana?
Nurse: Kat bangunan bawah..(menjawab dengan acuh tak acuh)
Pesakit:Tentu boss cik nurse tu garang ye sebab tulah awak berhenti,kan?
Belikan kereta
Jalik:Apa yang kau menungkan tu,Joned?
Joned: Makwe aku suruh aku belikan kereta yang baru.
Jalik : Apalah makwe kau tu.!.Kau cari je makwe yang lain yang tidak meminta-minta.
Joned:Tapi aku terpaksa belikan jugak walaupun berat hati ini..
Jalik:Sebab?
Joned: Selain dia tu cantik,dia juga yg drive kereta tu ke mana-mana sebab aku tak tahu
memandu!
Intan atau kaca
Don: Antara intan dan kaca,mana satu pilihan kau?
Samidi : Tentu aku pilih Intan,,diakan cantik,lawa dan seksi.Kalaulah dia jadi bini aku,perhh!.
Don: Woi..!! Aku rasa elok kau pilih kaca!
Samidi: Apasal pulak?
Don: Untuk cermin diri kau tu..muka macam hantu jepun!
Samidi:Laa..gurau pun tak boleh!
Jantina
Cikgu Suraya: Selain manusia,haiwan dan tumbuhan juga mempunyai jantina.
Maniam; tapi cikgu..saya rasa pokok getah cuma ada satu jantina jugak!
Cikgu Suraya: Ha..apa jantinanya?
Maniam: Betina cikgu..sebab semua pokok getah mengeluarkan susu cikgu!
Memancing
Wartawan: Dah berapa lama pakcik memancing?
Pakcik: Lama jugak dik,,lebih kurang enam tahun!
Wartawan: Maksud saya,dah berapa lama pakcik memancing? Saya tengok dari pagi
tadi pakcik memancing satu ekor ikan pun tak dapat?
Tidur
Cikgu Yati : Pakcik..anak pakcik si Talib tu selalu tidur dalam kelas masa saya mengajar.
Pakcik Erik: Ye ke cikgu?
Cikgu Yati : Betul pakcik!
Pakcik Erik: Baguslah tu cikgu sebab di rumah dia susah nak tidur...
Tutup
Selepas makan di sebuah restoren Dojer ke cashier untuk buat bayaran;
Dojer : Tadi saya makan ikan tiga rasa,telur goreng dan jus oren, Berapa cik?
Cashier: RM15 encik.
Dojer: Mahalnya..!Kalau di restauren saya, saya bagi RM12 je..
Cashier: Apasal encik tak makan di restauren encik?
Dojer: Dah tutup!
Tukar duet
Lisa : Teksi..teksi..!!
Teksi: Ye dik..nak pergi mana?
Lisa: Tak de ke mana -mana pakcik..
Teksi : Habis tu apasal panggil teksi?
Lisa: Nak tukar duet keciklah pakcik,nak naik bas tapi duit semua besar-besar.
Teksi : Cheh!
Gurau
Kemat ingin bergurau dengan temannya Sarip yang bodoh-bodoh alang.
Kemat: Sarip..baik kau balik sekarang!Mak kau sakit...!
Sarip : Ye ke..? (Sarip terus berlari pulang ke rumah)
Beberapa jam kemudian
Sarip: Apalah kau ni Kemat..mak aku tak sakitlah!Diakan dah meninggal
lima tahun lepas..kau buat aku saspen je..
Kemat; Hahaha..
Baskaran
Suatu hari Maniam ke sebuah kilang untuk menemui kawannya yang bekerja di situ.
Maniam: Hello pakcik..
Guard: Apahal encik?
Maniam: Baskaran ada tak pakcik?
Guard: (Diam)
Maniam: Pakcik..Baskaran ada tak pakcik?
Guard: Hello encik..bas mana ada pakai karan,semua pakai diesel!
Maniam: Ayo pakcik..bukan baslah..saya mau jumpa Baskaran,saya punya kawanlah!
Kaya
Ajis : Sop,dah lama kau berhutang dengan aku,bila kau nak bayar?
Usop: Nanti bila aku dah kaya raya sok,aku bayarlah hutang kau!
Ditakdirkan Usop tiba-tiba jadi kaya raya tak terkira hartanya.
Ajis: Sop..sekarang kau dah kaya raya jadi aku nak minta hutang lama.
Usop: Hutang?...nanti dulu..Pengawal!
Pengawal:Ya tuan!
Usop: Kau usir monyet ni dari sini!!
Pengawal: Baik tuan!..Shoh..! shoh!..pergi..pergi!
Ditakdirkan Usop jatuh miskin hina.
Usop: Jis..tolonglah aku..aku dah papa kedana,Tolong pinjamkan aku duet!
Ajis: Ha ha ha..kau dah gila agaknya nak pinjam duet dengan monyet! Ha ha ha..
Kalau 1
Susan: Kalau I mati,you kawin lagi tak?
Andy : Bergantung pada girlfriend I..kalau dia nak kawin dengan I,I kawinlah!
Susan: Amboi...dah ada girlfriend nampak...?
Andy: Sediakan payung sebelum hujan..hehehe
Kalau 2
Andy: Kalau abang padam dulu,you kawin lagi tak?
Susan: Itu kena tanya boss you..
Andy: Apasal kena tanya boss I pulak?
Susan: Boss you pernah janji kalau you mati,dia nak ambil I jadi bini dia.
Andy: Kurang hajar punya bosss!
No comments:
Post a Comment