Saturday, 13 July 2013

kenangan manis di Pangandaran

 
 
 
 
 
 



                KENANGAN MANIS DI PANGANDARAN,JAWA BARAT INDONESIA


Pada 25 Disember 2013 yang lalu aku dan keluarga telah berkesempatan
berkunjung ke sebuah pantai yang cantik dan indah yang terletak di Jawa Barat
iaitu pantai Telok Pangandaran. 


salah satu lokasi menarik di Pangandaran
 
 
 
 
Pantai di balek bukit ini berpasir putih,masih lagi bersih Jika nak dibandingkan dengan pasir di pantai utama yang berwarna hitam dan air pantainya pun keruh.Untuk sampai ke pantai di balek bukit ini anda harus menaiki bot yang disediakan dengan bayaran yang berpatutan atau mendaki bukit yang menyajikan pemandangan hutan tropika yang indah.Kebersihan pantai di balek bukit ini belum lagi tercemar dan sungguh menawan hati.
 
 
 
PEMANDANGAN DARI GUA PARAT WAJAH PANTAI PASIR PUTIH YANG INDAH DAN DAMAI
 
ANDA BOLEH MENYEWA ALAT SNORKLING JIKA INGIN MENYELAM
Di pantai utama Pangandaran
JEKET-JEKET KESELAMATAN DISEDIAKAN UNTUK PENGUNJUNG.
DI SEBERANG PANTAI YANG BERBUKIT DI SITULAH TERLETAKNYA PANTAI UTAMA
 
Pengunjung bersiar siar menikmati keindahan pantai
Ketika sedang bersiar di tepian pantai saya terlihat seekor rusa..
mmm..nak mandi agaknya.
Gambar: Seorang pelancong sedang melihat kelibat
seekor rusa .
 
Pemandu bot bersedia untuk mengambil pengunjung untuk pulang ke pantai utama.
Dengan sedikit bayaran berpatutan anda akan menikmati pelayaran yg indah.




PANTAI PANGANDARAN

Pantai Pangandaran terletak di daerah Ciamis,Jawa Barat
dan lokasinya 
di selatan Pulau Jawa.Dari Jakarta ia mengambil masa lebih
kurang 7-8 jam
 merentas desa dan bukit bukau yang indah memandangkan
bumi Jawa Barat yang bergunung-ganang.


Walaupun perjalanan yang diambil agak lama
tetapi ia menawarkan
pemandangan  cukup indah di sepanjang perjalanan.lebuhraya
 hanya menghubungkan
Jakarta ke Bandung sahaja.Bermula dari Bandung perjalanan
mula agak perlahan kerana
perjalanan yang agak sesak dan padat memandangkan tiada sistem
jalanraya yang teratur
tetapi tidak membosankan.Anda berpeluang melihat desa-desa
yang kebanyakkannya dihuni
oleh bangsa Indonesia keturunan Sunda.


Sawah padi bertingkat yang dibuat di lereng-lereng gunung.
Gunung-gunung yang diselaputi awan memang pemandangan
 biasa
 memandangkan bentuk muka bumi Jawa Barat yang bergunung -ganang.

Setibanya di bandar Ciamis yang manis terdapat banyak pengangkutan
 yang bersedia membawa anda ke Pangandaran.
Jangan bimbang kerana hotel atau rumah penginapan terdapat di mana-mana
samada
 di kota Ciamis atau di Pangandaran sendiri.Nikmatilah percutian anda di sana
bersama keluarga anda atau  sahabat handai.




Di lokasi pantai yang berbentuk telok anda diberi dua pilihan samada
bersantai di pantai
 utama yang paling ramai pengunjung atau anda boleh bersantai di pantai
 yang lebih bersih
 dan indah di seberang telok yang tersembunyi di sebalik bukit dan gua.
Banyak bot-bot yang
 boleh membawa anda ke sana dengan bayaran yang murah atau anda
 memilih untuk
berjalan kaki mendaki bukit dan anda disajikan dengan pemandangan
 hutan yang penuh
dengan habitat dan flora yang mengasyikkan.
Dengan sedikit bayaran anda boleh
menyaksikan hutan hujan dan unggas berkeliaran mengiringi perjalanan kita.

GUA PARAT


Tetapi harus berhati-hati kerana banyak monyet berkeliaran menggamit pelancong yang datang.Sebuah gua juga terdapat di situ yang di dalamnya menempatkan pusara penjaga gua dahulu kala.Setibanya di pantai yang terletak sebalik bukit anda mesti merasa kagum dengan keputihan pasir pantai yang belum tercemar.Di pantai inilah paling ramai pengunjung melakukan aktiviti snorkling dan menyelam kerana airnya yang jernih dan pasirnya yang putih memang memukau.

Di sini selain bersantai atau mandi manda anda boleh menikmati perlbagai makanan Indonesia yang enak-enak yang di jual dengan harga yang berpatutan.Pakaian-pakaian yang bertemakan Pangandaran terdapat di mana-mana.Hotel dan rumah penginapan turut disediakan.Sekiranya anda berminat untuk menunggang kuda atau menaiki kereta kuda ,anda akan diberi layanan istimewa.Jurufoto-jurufoto bebas dan professional sedia memberikan perkhidmatan untuk mengambil gambar anda dan keluarga.


Burung merak yang terdapat di hutan semenanjung Pangandaran.

MONYET LIAR SEDANG MENIKMATI MINUMAN BOTOL

MENCARI ILHAM DI TEPIAN PANTAI PANGANDARAN

*****************************

Pada tahun 2006 pantai Pangandaran dan sekitarnya telah
dilanda tsunami
yang kecil tetapi memusnahkan banyak harta benda dan juga kehilangan nyawa.
 Setelah itu pihak pemerintah Indonesia telah membaiki semula struktur-struktur
pembangunan
 dan berjaya menggamit semula pelancong dari dalam dan luar negara.

*********************************************



Penulis bergambar di tangga gua Parat yang terletak  
di semenanjung Pangandaran.


Di sebalik bukit semenanjung Pangandaran
Airnya yang jernih dan pasirnya yang putih sungguh
 mempersonakan.


Bawalah keluarga anda ke sini ,ianya pasti menyenangkan.
Tak rugi rasanya
 kita melancong ke sini
kerana pantai Telok Pangandaran memang indah dan terkenal
di seluruh Indonesia
terutama di Pulau Jawa.

Penulis telah berkunjung ke pantai Telok Pangandaran
di selatan Jawa Barat pada cuti hari krismas
25 Disember 2013 bersama keluarga.


THANK YOU FOR VISITING.


Penulis/Jurufoto:
LenJugrano
1/5/2014
SKI
Malaysia.

No comments:

Post a Comment