Thursday, 20 October 2011

KOLEKSI KASET ALBUM..my casette album collections

Aku memang banyak menyimpan berbagai koleksi kaset album-album melayu atau inggeris.Ada beberapa koleksi kaset simpananku yang ku beli telah hilang diambil orang tanpa kebenaran,ada yang rosak kerana ada kaset yang tidak berkualiti walaupun kaset ori,hilang semasa proses berpindah rumah dan ada jugak kawan-kawan yang meminjam tetapi tidak dikembalikan semula atau terputus hubungan.
  Ketika itu era 90an kaset-kaset ori memang mendapat sambutan kerana waktu itu album penyanyi dalam format CD belum begitu meluas penggunaannya.Memang terlalu banyak kaset-kaset yang pernah aku beli sampai koleksi kaset di rumah sudah penuh sampai tidak disedari jika ada mana-mana kaset yang hilang atau tercicir.
   Di sini hanya beberapa album kaset yang masih ada dalam simpananku dan ada di antaranya tidak lagi terdapat di pasaran.Mungkin ada juga beberapa artis yang telah pencen atau meninggalkan dunia hiburan ekoran dari penjualan album yang tidak baik atau ketika itu jualan album tidak menentu kerana masaalah kegawatan ekonomi atau sebagainya.



                   ALBUM KASET PILIHAN



HAFIZ

ARTIS : HAFIZ
SYARIKAT RAKAMAN:  AIM PRODUCTION/TARGET RECORD SDN BHD
EDARAN: CBS RECORDS(M) SDN BHD
TAHUN DITERBITKAN: SEKITAR 1991/1992
PENERBIT ALBUM: JOHN GOH


LAGU-LAGU:


SIDE A:                                                         SIDE B:


1-TARIAN DUSTA                                   1-JIWA MUDA
2-TRAGEDI                                               2-KU KEHILANGAN
3-RESIPI CINTA                                       3-HALUAN
4-ORANG BUJANG                                 4-PELARIAN BENUA
5-AKU MENYINTAIMU                          5-SEMUGA TERBUKA HATIMU


LAGU HITS:


KU KEHILANGAN
ciptaan: Othman Mohamad
lirik: Seri Bayu


Komen:
 Hafiz hanya muncul dengan satu album sahaja.Ini adalah album tunggal beliau dan selepas itu Hafiz tidak berada di dalam dunia seni lagi.Lagu Ku Kehilangan yang menjadi hts seketika di tahun 1992 telah menaikkan namanya tetapi sambutan album ini kurang menggalakkan kerana kekurangan promosi atau ada sebab -sebab yang lain.Lagu ini juga menjadi kegemaranku dan disebabkan keindaan lagu ini mendorong aku untuk memiliki kasetnya.Album ini tidak terdapat lagi di pasaran ataupun dalam format CD,mungkin.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------




AYIE

ARTIS: AYIE
TAJUK ALBUM: LANGKAH PERTAMA
TERBITAN & EDARAN: SAMPOERNA MUSIC SDN BHD
TAHUN DITERBITKAN: 1994
PENERBIT: RAHIM OTHMAN

LAGU-LAGU

SIDE A:
1- RETAK
2-TIADA DATING LAGI
3-HUJAN
4-KASIH ABADI
5-SEKADAR WARISAN

SIDE B:
1-SANDIWARA CINTA
2-JUARA
3-KEJORA
4-LANGKAH PERTAMA
5-CINTA YANG PERGI

LAGU HIT: RETAK  (lagu/lirik: SAARI AMRI)

KOMEN:
AYIE ADALAH ABANG KEPADA PENYANYI SITI NORHALIZA.ALBUM SULUNG AYIE YANG DITERBITKAN OLEH RAHIM OTHMAN INI WALAUBAGAIMANAPUN GAGAL MEMIKAT HATI PEMINAT MUSIK DI MALAYSIA DAN AKHIRNYA AYIE MENINGGALKAN DUNIA SENI.SUSUNAN MUSIK DI DALAM ALBUM INI BERTARAF SEDERHANA SAHAJA DAN TIADA LAGU YANG MENAMBAT HATI PENCINTA MUSIK.ALBUM INI JUGA TIADA LAGI DI PASARAN.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAMI BERSAMAMU ZAITUN SAMEON

Ini adalah album khas bagi memperingati penyanyi Zaitun Sameon yang telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya.Album ini diterbitkan oleh BMG sebagai sokongan dari artis-artis yang terlibat.ramai penyanyi tanahair yang turut terlibat di dalam album ini seperti Ramlah Ram,Zur Eda,Wings,M Nasir,Lilian,Ziana Zain,Search,4U2C dan ramai lagi artis BMG.


PENERBIT: RAHIM OTHMAN,M NASIR & MAN SENOI
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: BMG PASIFIK
TAHUN DITERBITKAN: 1992


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-KAMI BERSAMAMU (artis BMG)
2-BERIKANLAH CAHAYAMU-Ramlah Ram
3-SUATU KISAH YANG INDAH-Zur Eda
4-EKSPO IMIGINASI-Wings
5-KENANGAN-M Nasir
SIDE B:
1-MARI BERGEMBIRA-Lilian
2-MUKA-MUKA KITA-Ziana Zain
3-MANUSIA OH MANUSIA -Search
4-SENI DAN DIRI-Lilian
5-REMAJA-4U2C


KOMEN:
Yang menarik album ini terdapat sebuah lagu ciptaan dan nyanyian M Nasir bertajuk Kenangan di mana lagu ini tidak terdapat di dalam album-album M Nasir.Ia sebuah lagu yang menarik.Wings juga menampilkan lagu Ekspo Imiginasi yang pertama kali diterbitkan khusus untuk album ini kemudian dirakam semula di dalam album Wings & Superfriends.Kemunculan penyanyi Lilian buat pertama kali di dalam album ini gagal melonjakkan nama beliau sebagai artis popular dan hingga kini nama beliau begitu asing di dalam industri musik Malaysia.
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

FISH


ARTIS: FISH
SYARIKAT RAKAMAN: WARNER MUZIK (WEA)
TAHUN DITERBITKAN: 1998
PENERBIT: AZNAN ALIAS (NAN)


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1- HUJAN KELULI
2-MEREKA TAK PERCAYA
3-SIAPA ANTARA KITA
4-TAKHTA
5-BULAN DI KAKI SUREAL


SIDE B:
1-JANGAN HILANGKAN NOMBOR ITU
2-RABA NESTAPA
3-TUA
4-DI AKHIR CERITA
5-ASAL BUKAN DARI POKETKU


Kumpulan FISH
vocal/gitar: Marlin
gitar1:Iskandar
bass:Jeffery
drum:Joe


Komen:
Ini adalah salah satu album yang agak menarik dan enjoy mendengarnya.Terdapat sebuah lagu yang mendapat perhatian di waktu itu iaitu lagu Hujan Keluli ciptaan kumpulan Fish sendiri.Malangnya album ini gagal meraih sokongan peminat muzik tempatan dan akhirnya kumpulan ini turut berkubur dan hanya meninggalkan sebuah album sahaja untuk diingati.Vokalis utamanya Marlin adalah bekas salah seorang kakitangan Luncai Emas yang bekerja di dalam studio milik M Nasir.Suaranya agak unik dan menyampaikan lagu dengan cara dan gayanya yang tersendiri..Kumpulan ini menampilkan musik alternatif rock.


===============================================================================

SAU Q




TAJUK ALBUM: DUA KOSONG KOSONG KOSONG
ARTIS: KUMP SAU Q
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : WARNER MUZIK MALAYSIA
PENERBIT: HATTAN
TAHUN: 2000


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-DUA KOSONG KOSONG KOSONG (m nasir/loloq)
2-SIAPA DI TUMITMU (m nasir/loloq)
3-HALILINTAR (js kevin)
4-UNTUK MAMA DAN TUHAN (arul/loloq)
5-SENDIRI RASA (js kevin)


SIDE B:
1-CICAK SUDAH BERKATA ( mas fuad/loloq)
2-DENAI (ucop/wazir)
3-RUGGED TAPI CINCAI (ronk/wazir)
4-PENANTIAN DI LEBUH AMPANG (js kevin)
5-SIAPA KUTU MALAYA (hattan/loloq)


KOMEN:


Sebuah kumpulan rock yang terbaik pernah lahir di Malaysia setelah era rock kapak di pertengahan 80an.Muzik mereka berkualiti dan menampilkan lagu-lagu bercoral metal dan bangin'.Tapi sayang ,album ini kurang mendapat tempat di hati pencinta rock tanahair dan akhirnya album ini gagal di pasaran walaupun mendapat sentuhan berbisa dari M Nasir,JS Kevin dan Hattan sendiri yang bertindak sebagai penerbit album sulung kumpulan ini.Lagu yang paling menarik bagi aku ialah lagu Siapa Kutu Malaya dan Cicak Sudah Berkata.Muzik mereka dikira hebat dan setanding dengan band metal yang sedia ada seperti XPDC.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
VAGRANT


ARTIS : VAGRANT
SYARIKAT RAKAMAN: ANTARCTIC SOUND PRODUCTION (ASP)
TAHUN DITERBITKAN: 1990
PENERBIT:SURYA BOOTY


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-PERCIKAN CINTA DI DATARAN MERDEKA
2-KERANA TAKDIR
3-JANUARI
4-TAQWALAH DUNIA
5-HATIKU


SIDE B:
1-NURANI (instrumental)
2-KAU DAN AKU
3-DUNIA
4-VAGRANT
5-ADAKAH CINTA LAGI


KUMPULAN VAGRANT DARI SERAWAK DIANGGOTAI:
Vocal: Baha
Gitar:Kiya
Bass: Yen
Drum:Dol


KOMEN:
 Album pertama Vagrant dari Serawak ini cukup memuaskan hati aku dan antara album terbaik yang dihasilkan di sepanjang era 90an..namun album kedua Vagrant yg diterbitkan 2 tahun kemudian gagal di pasaran.Suara vokalisnya Baha dikatakan mempunyai persamaan dengan suara vokalis Scorpions dari German,Klaus Meine.Kalau tak percaya boleh dengar album ini sekiranya masih ada di pasaran samada kaset atau CD.Banyak lagu yg bermutu seperti Kerana Takdir ciptaan Wan Zul/S Amin Shahab yang menjadi hits ketika itu susulan dari lagu Suci Dlm Debu (Iklim) ciptaan Wan Zul/S Amin Shahab yang meletup ketika itu.Lagu lain yang menarik seperti lagu Januari,Hatiku & Adakah cinta lagi.Memang puas hati memiliki album ini.




00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

KAMAL


ARTIS: KAMAL
TAJUK ALBUM: JALANAN BERDURI
SYARIKAT RAKAMAN: NOIZE MUSIC (M) SDN BHD
EDARAN: SONY MUSIC
PENERBIT: JOHAN NAWAWI
TAHUN DITERBITKAN: 1992


LAGU-LAGU:


SIDE A:


1-JALANAN BERDURI (Johan Nawawi/kamal/S Amin Shahab)
2-RENTETAN SUKMA (Yusuf Abdullah/Azam Dungun)
3-NAIK KERETA JAM!! (cc)
4-NORA (Johan Nawawi)
5-TIADA CINTA (Johan Nawawi/Nora)


SIDE B:


1-RAJUNA (Johari Teh)
2-BY THE LOOK IN YOUR EYES (Kamal)
3-BERLARI-LARIAN ( Johan Nawawi/Rozek)
4-CAHAYAMU (Johan Nawawi,Azman AH/Amran Omar)
5-SEKADAR KENANGAN (M Nasir/S Amin Shahab)


KOMEN:
Bagi aku biasa saja album ini..tiada yang istimewa.Cuma lagu Sekadar Kenangan ciptaan M Nasir/S A min Shahab dikira terbaik di dalam album ini tetapi lagu ini tidak menjadi hit.Ini adalah lagu yang menarik dan vokal Kamal teruji menerusi lagu ini.




((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((()))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
LEFTHANDED


ARTIS: LEFTHANDED
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : WARNER MUSIK (WEA)
PENERBIT: RAMLI SARIP
TAHUN DITERBITKAN: 1991


ANGGOTA LEFTHANDED:


RAMLI SARIP (VOKALIS UNDANGAN)
MAN KIDAL -GITAR UTAMA
SAMAD MEAN -GITAR KEDUA
YAN -BASS
MAN DAYAK-DRUM


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-SEMANGAT LAMINA (Ramli Sarip/Bob)
2-SATU TIDUR PANJANG (Ramli Sarip/Bob)
3-PESTA HIDUP DI KOTA RAYA (Ramli Sarip/Bob)
4-BLUES (Ramli Sarip/Dr Wan Zawawi)
5-IMPIAN SETAMAN (Ramli Sarip/Rosli Ali)


SIDE B:
1-SUATU BAYANGAN (Ramli Sari/Rosli Ali)
2-PERJALANAN CINTA ABADI (Ramli Sarip/Man Kidal)
3-AKAL (RamliSarip)
4-LINGKARAN SEJARAH KITA (Ramli Sarip/Hartinah Ahmad)
TENAT (Ramli Sarip/Art Fazil)


KOMEN:


Antara album terbaik Lefthanded walaupun sambutan album ini kurang menggalakkan.Album ini mungkin terlalu berat bagi peminat-peminat Lefthanded kerana menampilkan Ramli Sarip sebagai vokalis menggantikan Nash yang beralih kepada penyanyi solo.Tiada lagu hits yang menjadi killer song cuma beberapa lagu yang menarik untuk diberi perhatian seperti lagu Semangat Lamina dan Satu Tidur Panjang yang sering dimainkan di radio ketika itu.Selepas album ini Lefthanded menyepi seketika.


...........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
M NASIR


ARTIS: M NASIR
TAJUK ALBUM: UNTUK PECINTA SENI
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
PENERBIT: M NASIR
TAHUN DITERBITKAN : 1979


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-MARI BERDANGDUT ( MNASIR)
2-KEPULANGAN ( M NASIR)
3-SEPTEMBER LALU ( CC/M NASIR)
4-PELUKIS (M NASIR/S AMIN SHAHAB)
5-MENDUNG KELABU ( WAN IBRAHIM/M NASIR)
6-KALAU TAK TAHU MENARI (M NASIR)


SIDE B:
1-JOGET BIDUAN BIASA (OOI EOW JIN/M NASIR)
2-POHON SENA (SAM HUI/M NASIR)
3-PESTA MUZIK (A ALI/M NASIR)
4-TANTI ( M NASIR/S AMIN SHAHAB)
5-ANTARA DUA KASIH (A ALI/M NASIR)
6-SAAT TERAKHIR (A ALI/M NASIR)




KOMEN:


Ini adalah album pertama M Nasir yang ketika itu menggunakan nama Muhamad MN yang diterbitkan pada tahun 1979.Album tersebut memang tiada lagi di pasaran dan ketika  album ini diedarkan tiada siapa yang mengenali beliau.Cover asal album ini tidak diketahui dan ini adalah edaran semula album Untuk Pechinta Seni yang dihasilkan pada tahun1990 kerana nama M NASIR sudah menjadi satu fenomena .Tiada lagu popular di dalam album ini sekadar menjadi koleksi peminat setia M Nasir yang tidak pernah mendengar lagu-lagu dari album sulungnya.Dalam album ini lagu-lagu turut dicipta oleh  AAli dan Wan Ibrahim(arwah).Wan Ibrahim adalah pencipta lagu Senandung Semalam (Alleycats).Album ini juga mendapat sentuhan Ooi Eow Jin dan Sam Hui,juga terdapat sebuah lagu saduran dari kump Earth Wind & Fire  yang bertajuk September Lalu.


8888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
HALIZA


ARTIS: HALIZA
TAJUK ALBUM: KELAHIRAN CINTA
SYARIKAT RAKAMAN: SERI RECORD
EDARAN: HUP HUP @LIFE RECORDS
PENERBIT: S ATAN
TAHUN DITERBITKAN: 1985


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-KELAHIRAN CINTA (HERMAN TINO/HALIZA)
2-BIBIR BERMADU HATI BERDEBU (TIK/HARUN ABD MAJID)
3-SETELAH KAU KU KENAL (S ATAN/HABSAH HASAN)
4-MENANTI TANPA PASTI (BASHIR AHMAD/ANA)
5-AKU KAMAR YANG TERBIAR (BEN/HABSAH HASAN)


SIDE B:
1-CINTA YANG TIDAK BERKESUDAHAN (ABBAS BAKAR/ZAINAL)
2-CINTA TERPENDAM (JATT/HARUN A MAJID)
3-KEDAMAIAN DESA (SERI/SERIBAYU)
4-NOTA-NOTA HATI-HALIZA/SERIBAYU)
5-PERPISAHAN (A ALI/ZAINAL BAHARUM)


KOMEN:


Ini adalah satu-satunya album milik penyanyi Haliza Yusuf yang berasal dari Kancong Darat ,Banting .Direrbitkan pada tahun 1985 dan mendapat bimbingan dari penyanyi Herman Tino.Herman Tino telah memperkenalkan Haliza kepada komposer S Atan lalu terhasillah album ini.Lagu Kelahiran Cinta menjadi hits dan popular sekitar pertengahan dekad 80an dan menjadikan nama Haliza dikenali ramai.Tapi sayang Haliza mengundurkan diri dari dunia seni selepas mencipta nama seketika menerusi album ini.Secara peribadi aku memang mengenali artis ini sebelum beliau menjadi artis rakaman.Album ini mungkin tiada lagi di pasaran samada kaset atau CD.


444444444444444444444444444444444444444444444444

WOHNEN


ARTIS : WOHNEN
TAJUK ALBUM: WW 96
SYARIKAT RAKAMAN: A BUNGA TANJUNG PRODUCTION
EDARAN: VALENTINE SOUND PRODUCTION ( VSP )
PENERBIT: ZALIKAMARI
TAHUN DITERBITKAN: 1994


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-BILA CINTA BERKATA-KATA
2-GAPAILAH CINTAKU
3-WW
4-BUNGA DI HUJUNG LALANG
5-BERBUDI YANG SEIKHLASNYA


SIDE B:
1-RINDU
2-MERGASTUA KEHAIRANAN
3-SUATU PERSADA
4-IMPIAN YANG NYATA
5-WAWASAN REALITI


KOMEN:


ALBUM KEDUA WOHNEN INI KURANG MENARIK DIBANDINGKAN ALBUM TERDAHULU.WOHNEN MEMILIH IRAMA COUNTRY-WESTERN SEBAGAI GENRE PILIHAN TETAPI HASILNYA TIDAK MEMBERANGSANGKAN.ALBUM INI HANCUR DAN AKHIRNYA WOHNEN HILANG DALAM INGATAN.MASIH SIMPAN ALBUM INI BUAT KENANGAN.

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dR SAM RASPUTIN

ARTIS:dR SAM RASPUTIN
TAJUK ALBUM: SAYANG OH SAYANG
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
PENERBIT: M NASIR
GENRE: RAGGAE POP

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-DANGDUT RAGGAE ( M NASIR/S AMIN SHAHAB)
2-SAYANG OH SAYANG ( M NASIR/S AMIN SHAHAB)
3-CINTA PUDAR (ZAINOL ALI/BAKRI JOHARI)
4-FIKIR PUNYA FIKIR (BAKRI JOHARI)
5-HEY NYAMUK (BAKRI JOHARI)

SIDE B:
1-SIAPA DIA ( M NASIR/BAKRI JOHARI )
2-JUWITA KU ( ZAINOL ALI/BAKRI JOHARI )
3-YA MUJJAHIDIN (AIMEN )
4-TAUBAT SEBELUM TERLAMBAT ( M NASIR/S AMIN SHAHAB )
5-NASI BUNGKUS ( A ALI/S AMIN SHAHAB )

KOMEN:

ALBUM KEDUA dR SAM RASPUTIN YANG KEKAL DENGAN IMEJ RAGGAE YANG DITERBITKAN OLEH M NASIR.ALBUM INI ADALAH ANTARA ALBUM TERBAIK dR SAM DAN MENGANDUNGI LAGU-LAGU HIT SEPERTI DANGDUT RAGGAE.,SAYANG OH SAYANG & FIKIR PUNYA FIKIR.MEMANG BERBALOI AKU MENYIMPAN KASET INI KERANA ALBUM INI SUSAH LAGI HENDAK DICARI.LAGU-LAGU dR SAM SENDIRI JARANG DIPUTARKAN DI RADIO KECUALI LAGU SAYA ANAK MALAYSIA YANG DIPETIK DARI ALBUM KETIGA dR SAM BERSAMA MUSAFIR.TAPI SAYANG ALBUM ITU TELAH TIADA LAGI DI DALAM SIMPANAN AKU.TAK TAHU KE MANA PERGINYA.SECARA PRIBADI AKU PERNAH BERTEMU DENGAN BELIAU DI TAMAN PERMATA K LUMPUR KETIKA AKU DAN BELIAU MENYERTAI SHARIKAT JUALAN LANGSUNG.MEMANG TAK DAPAT DILUPAKAN KENANGAN KETIKA BERBUAL DENGANNYA YANG SUNGGUH PERAMAH.WALAUBAGAIMANAPUN KINI dR SAM TELAH MNGUNDUR DIRI DARI SEGALA AKTIVITI SENI DAN MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA AMAL DAN IBADAH.

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
ARI LASSO


ARTIS: ARI LASSO
TAJUK ALBUM: SENDIRI DULU
SYARIKAT RAKAMAN: PT. AQUARIUS MUSIKINDO
PENERBIT: ARIE S WIDJAJA
TAHUN DITERBITKAN: 2001


LAGU-LAGU:


SIDE A:
1-PERCUMA
2-SELAMAT JALAN MAMA
3-AMPUNILAH
4-MISTERI ILAHI
5-NELANGSA


SIDE B:
1-RELAKAN AKU PERGI
2-PENJAGA HATI
3-JIKA (DUET DENGAN MELLY GOESLOW )
4-PERBEDAAN


KOMEN:
iNI MERUPAKAN ALBUM PERTAMA ARI LASSO SETELAH DISINGKIRKAN DARI KUMPULAN DEWA 19.ALBUM INI MEMANG BERMUTU DAN MENEPATI CITARASAKU.LAGU 'AMPUNILAH' ADALAH LAGU TERBAIK MENGIKUT PILIHAN AKU SENDIRI TETAPI LAGU YANG MENJADI HITS ADALAH LAGU 'PENJAGA HATI',PERCUMA DAN LAGU 'JIKA' YANG BERDUET DENGAN MELLY GOESLOW.LAGU INI JUGA DIKARANG OLEH MELLY GOESLOW DAN DIMUATKAN JUGA DI DALAM ALBUM MELLY.AKU JUGA MEMILIKI ALBUM MELLY INI YANG MEMUATKAN LAGU 'JIKA' TETAPI ALBUM INI TELAH DIAMBIL ORANG TANPA PENGETAHUANKU.

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
RAFFI

ARTIS:RAFFI HUSSIN
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
PENERBIT: OOI EOW JIN
TAHUN DITERBITKAN: 1981

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI (OOI EOW JIN/JUWIE)
2-DANSA AYUH DANSA (R.RAFFI)
3-MAAFKAN DAKU (OOI E JIN/M NASIR)
4-SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA (M SHARIF)
5-SUNGGUH ANEH (CC/M NASIR)

SIDE B:
1-KAU TEMAN ISTIMEWAKU (OOI/JUWIE)
2-SAMPAI HATI KAU BUATKU BEGINI (OOI/JUWIE )
3-TANGISAN DI WAKTU MALAM (M BAKRI)
4-LAGU UNTUK SEBUAH NAMA (EBIET G ADE)
5-MARI MENARI ROCK N ROLL (CC/M NASIR)

KOMEN:
Ini adalah album pertama Raffi Hussin (Allahyarham) yang berasal dari Kelantan.Sebelum diberi peluang merakamkan album beliau dikenali sebagai artis yang meniru style dan gaya Elvis Preisley.Album pertama beliau diterbitkan oleh Ooi Eow Jin ini menampilkan lagu yang berbagai genre,ada rock n roll,pop melayu dan pop rock juga mendapat sentuhan M Nasir yang bertindak sebagai pembantu penerbit.Album ini sebagai percubaan bagi Polygram untuk memperkenalkan Raffi sebagai penyanyi serbaboleh.Mungkin album ini tiada lagi di pasaran dan kurang dikenali oleh peminat-peminat muzik tempatan.

LAGU-LAGU MENARIK:
LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI
SUNGGUH ANEH
MARI MENARI ROCK N ROLL

jjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj
RAFFI

ARTIS: RAFFI HUSSIN
TAJUK ALBUM: MEMBARA (ALBUM KEDUA)
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: PHILIPS
PENERBIT: M NASIR
TAHUN DITERBITKAN: 1983

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SATU PERCINTAAN (A Ali/S Amin Shahab)
2-MENCARI (A Rahim Muhamad/Amir Hamzah)
3-JURUGAMBAR (AAli/Eunossasah)
4-GADIS PENARI BUDAYA (M Nasir/S Amin Shahab)
5-KALAU BERCINTA DI KOTA (M NASIR/S Amin Shahab)

SIDE B:
1-MULA JELINGAN MATA (A Rahim Muhamad/ M Nasir)
2-PENGORBANAN ( AAli/S Amin Shahab)
3-KU MENANTI (A Ali)
4-KENANGAN MASA LALU (AAli)
5-SELAGI MIMPI MASIH MEMBARA (M Nasir/Eunossasah)

KOMEN:
Inilah album terbaik dari Allahyarham Raffi Hussin yang merupakan album kedua dan terakhir Allayarham.Beliau juga melibatkan diri dalam bidang lakunan dan pernah muncul di dalam filem Azura dan Mr Os.Album ini memang mantap dari segi susunan lagu kerana mendapat sentuhan sepenuhnya dari komposer M Nasir dan dibantu oleh lagu-lagu hebat dari A Ali dan A Rahim Muhammad.Banyak lagu yang menjadi popular ketika itu dan kerap diputarkan di corong-corong radio.Tapi sayang album ini masih belum disalin semula di dalam format CD jadi peminat musik tempatan mungkin kurang mengenali penyanyi ini.

LAGU-LAGU POPULAR:
1-SATU PERCINTAAN
2-MENCARI
3-KENANGAN MASA LALU
4-SELAGI MIMPI MASIH MEMBARA
5-MULA JELINGAN MATA
6-KALAU BERCINTA DI KOTA

 555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555555
LAGENDA ROCK

ARTIS: BERBAGAI
TAJUK ALBUM: LAGENDA ROCK
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: MSO SDN BHD
TAHUN DITERBITKAN:1997

MENAMPILKAN 7 KUMPULAN ROCK YANG BERTARAF SEDERHANA.LIMA KUMPULAN TERBABIT IALAH MEDICINE,HANDY BLACK,GET,HIDAYU,ARYAN,SYJ DAN CROSSFIRE.

SIDE A:
1-KERANA CINTA (MEDICINE)
2-TANGAN HITAM (HANDY BLACK)
3-PERTAMA DAN TERAKHIR (GET)
4-BAIDURI CINTA (ARYAN)
5-INI NASIB KITA (SYJ)
6-TAMAN KENANGAN (HIDAYU)
7-REALITY DAN FANTASI ( CROSSFIRE)

SIDE B:
1-KETIKA SEKETIKA (MEDICINE)
2-SUATU ISHARAT (CROSSFIRE)
3-SENJAKALA (SYJ)
4-IMPIAN LAIN WARNA (HIDAYU)
5-JAMBANGAN DI PUSARA (ARYAN )
6-TERIMAKASIH CINTA KEDUA (GET)
7-HANYA DALAM LAGU (HANDY BLACK)

KOMEN:
Kompilasi terbaik dari kumpulan rock yang berkonsep pop-rock.Album kompilasi ini sekadar boleh tahan dan berpuashati.Pilihan lagu-lagu pun agak menarik kerana tiada lagu yang membosankan.

QQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQQ


HATTAN

ARTIS : HATTAN
TAJUK ALBUM : ANA PERMATA TIMUR
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: WARNER MUZIK MALAYSIA (WEA)
PENERBIT : M NASIR
TAHUN DITERBITKAN: 1993

LAGU-LAGU

SIDE A:
1-RONA-RONA CINTA -M NASIR
2-BERLIAN -M NASIR/LOLOQ
3-MALAM YANG PANJANG-M NASIR/NURBISA
4-DIABLO-M NASIR/KRISTO BIMBO
5-ALEESYA-M NASIR/BOB

SIDE B:
1-ANA PERMATA TIMUR-M NASIR/LOLOQ
2-JANGAN JADI HERO-M NASIR/USOP
3-SIN CITY -M NASIR/LOLOQ
4-SINDROM POPI TINGGI-M NASIR/KRISTO BIMBO
5-HUJAN BERAPI DI BANJARAN ASIA MINOR-M NASIR/NURBISA

KOMEN:
Aku tak pasti ini album Hattan yang ke berapa-hahaha Bersama Warner muzik mungkin album ketiga atau keempat..tapi yang pasti ini album Hattan yang paling aku suka kerana lagu-lagunya agak pelik ,unik dan berunsur blues.Tapi kurang mendapat sambutan berbanding album-album terdahulu..mungkin kerana konsep dalam lagu ini agak janggal didengar,tapi apa yang menarik Hattan menyampaikan lagu-lagunya bersahaja.Lagu hits dalam album ini ialah Ana Permata Timur dan Rona-rona Cinta.MNasir mencipta semua lagu di dalam album ini.

Lagu-lagu yang menarik tapi tidak popular:
1-Berlian
2-Diablo
3-Jangan jadi hero
4-Sin City
5-Sindrom Popi Tinggi

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

HATTAN


ARTIS: HATTAN
TAJUK ALBUM: NOSTALGIA
SYARIKAT RAKAMAN: PUSAT MUZIKAL MUTIARA
LABEL: WARNA
PENERBIT: NASIR P RAMLEE
TAHUN DITERBITKAN: SEKITAR 1987/1988

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-NOSTALGIA CINTA (nasir p ramlee/mahzan b)
2-SANGKAR TERASING (nasir p ramlee & faizal aziz/mahzan b)
3-ISI KOTA (umarul/mahzan b)
4-PENCARIAN (rudy omar/nasir ibrahim/nasir jani)
5-KISAH REMAJA (nasir p ramlee/mahzan b/umarul)

SIDE B:
1-RENUNGAN (azman shamsudin/mahzan b)
2-AKU DEBUK (p ramlee/panchasitara)
3-MENCARI LEMBAH HARAPAN (nasir ibrahim/mahzan b)
4-EPISOD CINTA YANG HILANG (faizal aziz)
5-RINTIHAN PIATU (umarul/talha tukimin)

KOMEN:
Ini adalah album pertama Hattan.Diterbitkan oleh Nasir P Ramlee dan dibantu oleh Umarul Mahdzar .Pada waktu album ini diterbitkan Hattan belum lagi dikenali ramai.Terdapart sebuah lagu duet bersama Rima Rashidi berjodol Sangkar Terasing cipt. Nasir P Ramlee/Faizal Aziz yang menjadi hits ketika itu,namun populariti lagu ini tidak berkekalan kerana banyak disaingi oleh lagu-lagu rock ballad yang sedang mengganas ketika itu.Ini adalah penglibatan pertama komposer FaizalAziz yang merupakan sahabat aku semasa di kampung dahulu.Album solo pertama Hattan ini kurang mendapat sambutan menyebabkan Hattan memilih untuk menjadi vokalis rock untuk kumpulan FRU yang juga hanya muncul dengan sebuah album.Sebelum ini Hattan juga pernah bersama sebuah band rock bernama Pratayuda dan berjaya menghasilkan sebuah album kompilasi lagu-lagu rock bersama 4 kumpulan rock yang lain termasuk kump Medicine.Kualiti kaset tidak berapa baik namun lagu-lagunya sedap didengar.

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



SWEET CHARITY
( album pertama )

ARTIS: SWEET CHARITY
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: WEA (WARNER MUSIC)-S'pore
PENERBIT: A HUSAINI AJMAIN
TAHUN DITERBITKAN: 1979

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-BINGUNG
2-BERTEMU DAN BERPISAH
3-BERSENDA
4-TAK SEPERTIMU
5-MASAALAH
6-SENIMAN DI RANTAU

SIDE B :
1-BAYANG-BAYANGKU
2-SAMA-SAMA MERASA
3-ANAK
4-HUJAN -(M NASIR)-lagu pertama cipt M Nasir
5-TERATAI
6-ANGAN-ANGAN SAJA

KOMEN:
Ini adalah album pertama kumpulan rock lagenda dari Singapura Sweet Charity menampilkan Ramli Sarip sebagai vokal utama dan Ahmad Jaafar sebagai vokalis kedua.Komposer terkenal A Ali bertindak sebagai pemain gitar utama dan mengundurkan diri untuk album seterusnya.Didalam album ini terdapat sebuah lagu ciptaan pertama komposer M Nasir bertajuk Hujan tetapi lagu ni tidak menjadi hit sebaliknya lagu Teratai yang asalnya adalah lagu Indonesia yang menjadi kegilaan hingga kini.Ada beberapa lagu lain yang menjadi popular ketika itu seperti lagu Bersenda dan Sama-sama Merasa.Terdapat juga lagu saduran yang popular ketika itu yang bertajuk Anak yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi Filipina Freddie Aguilar.Album ini menjadi pemangkin untuk kejayaan album-album Sweet Charity seterusnya.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


KUGIRAMA 1

ARTIS: VARIOUS ARTIS
TAJUK ALBUM: KUGIRAMA 1
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : EMI (M) SDN BHD
ARTIS-ARTIS:
CAREFREE
SWEET SEPTEMBER
BLACK DOG BONE
DISCOVERY
TERBITAN: 1984/1991

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-RINDU BAYANGAN-CAREFREE
2-NAK KAWIN DUET TAK ADA ( SWEET SEPTEMBER)
3-JOGET TERUNA DARA (CAREFREE)
4-DI GANGGU KENANGAN (BLACK DOG BONE )
5-JANGAN LUPA (SWEET SEPTEMBER)
6-KATAK LOMPAT (DISCOVERY)

SIDE B:
1-MINYAK URUTAN (BLACK DOG BONE)
2-BINGKISAN HATI (CAREFREE)
3-MALAM SEPI (DISCOVERY)
4-ADIKKU SAYANG (BLACK DOG BONE)
5-PENGHIBUR (DISCOVERY)
6-HATIKU KAU GURIS LUKA (SWEET SWEPTEMBER)

KOMEN:
Album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu pop terbaik era 70an & 80an yang pernah diterbitkan oleh EMI suatu ketika dulu.Kesemua lagu-lagu yang terkandung dalam album ini yang terbaik dari EMI.Boleh mengubat rindu pada kenangan lalu.Kesemua lagu adalah lagu-lagu evergreen.Album yang menarik.

ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss



SOUNTRACK FILEM ROZANA CINTA 87


ARTIS: M NAIM
TAJUK ALBUM: LAGU-LAGU DARI FILEM ROZANA CINTA 87
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
LABEL: POLYDOR
PENERBIT: M NASIR
TAHUN DITERBITKAN: 1987

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-CINTA..BERBAGAI KEANIHAN ( M NASIR)
2-DENDANG SEMASA (M NASIR)
3-GADISKU (M NASIR)
4-PELANGI SENJA (M NASIR/S AMIN SHAHAB)
5-KU SEDARI ( M NASIR/YUSUF WAHAB)

SIDE  B:
1-CINTA..INDAHNYA PERASAAN ( M NASIR)-duet dgn Bibiyana Layola
2-DIARI ( MNASIR)
3-CINTA REMAJA (M NASIR/SISO)
4-CARILAH PEDOMAN HIDUP (REDZUAN/YUSUF WAHAB)
5-SEMALAM SATU CERITA (M NASIR/S AMIN SHAHAB)

KOMEN:
Ini adalah album terbaik yang aku miliki.Lagu-lagu dipetik dari filem ROZANA ..CINTA 87..yang menjadi box office pada tahun 1987.Suara penyanyi lelaki yang digunakan di dalam filem ini adalah milik penyanyi dari Singapura, M Naim (pernah menyertai kumpulan rock Aces dari Singapura)..suaranya dipinjamkan untuk hero filem tersebut Elby Husaini adik kepada Jamal Abdillah yang bergandingan dengan Bibiyana Layola sebagai heroin yang turut sama berduet menerusi lagu Cinta..Indahnya Perasaan.Tidak semua lagu ini dipetik dari filem tersebut ,selebihnya adalah lagu baru yang dicipta bagi melengkapkan album ini.Lagu Gadisku kemudian dirakam semula oleh kump Search dalam rentak rock ballad dan dimuatkan di dalam album Mentari Merah Di Ufuk Timur.Lagu ini pada asalnya dinyanyikan sendiri oleh M Nasir untuk promosi filem tersebut dan M Naim menyanyikannya di dalam filem.Lagu Semalam Satu Cerita di track akhir album ini kemudiannya dirakam semula oleh Zaitun Sameon di dalam album Kabut Serangkai Mawar tetapi hancur.Saya cukup kesal bila Zaitun Sameon merakam semula lagu yang indah ini.Apa nak buat.Ini adalah lagu terbaik dari keseluruhan lagu di dalam album ini.Ia adalah lagu baru dan bukannya dipetik dari filem Rozana..Cinta 87,sekadar dimuatkan bagi melengkapkan album ini.Kesemua lagu ciptaan M Nasir kecuali lagu Carilah pedoman hidup.

Lagu-lagu dari filem Rozana Cinta 87
1-cinta..berbagai keanihan
2-Dendang semasa
3-Gadisku
4-Cinta..indahnya perasaan
5-Dairi
6-Cinta Remaja

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


AZMAN WAN AIDIL

ARTIS: AZMAN WAN AIDIL
SYARIKAT RAKAMAN: ZIMAN RECORD SDN BHD
EDARAN : EMI
PENERBIT: MAN SENOI
TAHUN DITERBITKAN:1997

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-HUJAN CINTA
2-KE MANA KEKASIH
3-RENTAK AZMANWANAIDIL
4-TERIMALAH KASIH
5-DILAMUN CINTA

SIDE B:
1-JIWA & RAGA
2-ANDAINYA KU MILIK SEGALA
3-HARI INI DAN SEMALAM
4-INIKAH ASMARA
5-KE MANA KEKASIH (instrumental)

KOMEN:
Tak tahu mengapa Man Senoi memilih tiga lelaki yang tak tahu menyanyi ni menjadi artis rakaman.Kesemua lagu nyanyian mereka dikira hancur dan gagal  walaupun ada sebuah lagu menjadi hits seketika iaitu lagu Hujan Cinta.EMI yang menjadi pengedar album ini sudah tentu menanggung kerugian besar di atas kegagalan album ini.Kaset album ini pun aku beli ketika berkunjung ke sebuah pasaraya dan aku dapati kaset-kaset artis trio ini dijual murah dan dijual secara lambak di dalam kotak.Sengaja aku beli untuk mendengar lagu-lagunya ,mana tahu ada lagu yang sedap..tapi akhirnya aku kecewa,semua lagu-lagu mereka langsung tidak menarik.Vokal mereka agak sumbang dan amat menyedihkan.

wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

FANCY

ARTIS: FANCY
TAJUK ALBUM: FIKIRAN
SYARIKAT RAKAMAN: VARIA MUZIK SDN BHD
EDARAN: PERDANA MUZIKAL INDUSTRIAL SDN BHD
PENERBIT: EDDIE MARZUKI & FANCY
TAHUN DITERBITKAN: 1992
GENRE: ROCK

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-DIARI HITAM
2-AKU INGIN BEBAS
3-KELUHAN CINTA
4-KEMBALI
5-PERSIMPANGAN

SIDE B:
1-BAD GIRLS
2-BAYANGAN CINTA MISTERI
3-RANJAU
4-ENGKAULAH GADISKU
5-KAKI PINJAM

KOMEN:
Sebab utama aku beli album ini kerana vocalisnya adalah teman aku ketika sama-sama bekerja di sebuah syarikat perindustrian di Pelabuhan Klang.Vocalis grup ini bernama SHAM (sam) berasal dari P Pinang dan menetap di Klang.Band yang berasal dari Klang ini pada mulanya bernama Roses tetapi pada waktu yang sama ada sebuah band dari Kelantan yang bakal memasuki studio rakaman juga menggunakan nama yang sama.Perkara ini akirnya dibawa ke mahkamah untuk menentukan siapa yang berhak menggunakan nama Roses.Akhirnya band dari Kelantan tersebut telah berjaya dan kumpulan Roses dari Klang ini menukar namanya kepada Fancy.Tapi album  ini ternyata gagal memikat peminat musik rock tempatan begitu juga album kumpulan Roses dari pantai timur itu juga gagal dan akhirnya kedua-dua kumpulan ini membawa haluan masing-masing.Selepas kegagalan album Fancy,Sham membikin sebuah album solo terbitan Pony Canyon tetapi tetap juga gagal mencipta nama.Mempunyai lagu-lagu yang menarik tetapi tidak popular walaupun mendapat sentuhan komposer hebat Eddie Marzuki.Bagi aku album ini istimewa sebagai penghargaan kepada seorang bekas sahabat yang kini tidak tahu di mana berada.

########################################################################



CHRIS VADHAM


ARTIS: CHRIS VADHAM
TAJUK ALBUM: KITA ADALAH PELAKUN DUNIA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS
PENERBIT: ERIC YEOH & EDDIE SEET
TAHUN DITERBITKAN: 1985

LAGU-LAGU

SIDE A:
1-KITA ADALAH PELAKUN DUNIA (chris vadham/bakri johari)
2-CINTA PUNYA PASAL (gabriel vadham/s amin shahab)
3-SEBELUM MENUTUP MATA (dan/zainol ali)
4-PENDUSTA ATAU PENCINTA (bakri johari)
5-KAU BUTA DGN ERTI CINTA (hector ho/bakri johari)

SIDE B:
1-BERSAMAMU (chris vadham/s amin shahab)
2-SETITIS DUSTA SETAHUN DERITA (chris vadham/s amin shahab)
3-BUAIAN MIMPI (bakri johari)
4-BUKALAH RUMAH CINTAMU (chris vadham/s amin shahab)
5-KU INGIN PULANG (chris vadham/bakri johari)

KOMEN:
Ini adalah album ketiga penyanyi bukan melayu yang berasal dari Singapura,CHRIS VADHAM.Sebelum ini beliau telah berjaya dengan dua album terdahulu yang mendapat sambutan cukup menggalakkan.Lagu Hanya Nyanyian Dalam Sepi yang dipetik dari album pertama telah meletakkan nama beliau setanding dengan artis-artis melayu ketika itu dan lagu ini telah menjadi siulan ramai hingga kini dan menjadi lagu evergreen.Album ketiga Chris ini kurang mendapat sambutan dan tidak terdapat lagu-lagu yang menarik kecuali lagu Kita Adalah Pelakon Dunia yang dikira terbaik.Walaupun beliau tidak aktif lagi menyanyi nama beliau terukir di persada seni melayu sebagai seorang penyanyi yang sering membawakan lagu-lagu bercorak puisi romantis.Dua album Chris yang terdahulu pernah aku miliki tetapi telah hilang ditelan arus masa.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


URGENT

ARTIS: URGENT
TAJUK ALBUM: WAJAH MISTIKAL
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: FAMILY GROUP MUSICAL INDUSTRIES
PENERBIT : M NASIR
TAHUN DITERBITKAN: 1988

ANGGOTA KUMP URGENT:
AZHAR-vokal
LAN-gitar utama
JOE - gitar kedua/keyboard
HASYIM-bass
AMIR-drum

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-MENCARI KEJUJURAN (m nasir/nasir jani)
2-MELODI SERIBU MIMPI (urgent/sani sudin)
3-HENTIKAN SAJA (m nasir/s amin shahab)
4-KOTAKAN HARAPAN (js kevin)
5-KHILAF (lan hashim/sani sudin)

SIDE B:
1-KESEORANGAN (lan hashim/sani sudin)
2-KAU TELAH PERGI (lan hashim/sani sudin)
3-MISTERI (m nasir/usop)
4-RUSNANI (lan hashim/sani sudin)
5-WAJAH MISTIKAL (m nasir/sani sudin)

KOMEN:
Album terbaik bagi sebuah group baru yang pertama kali merakamkan album.Mendapat sentuhan emas komposer M Nasir sebagai penerbit album dan beberapa sumbangan lirik yang hebat dari Sani Sudin.S Amin Shahab dan Usop dan sebuah lagu dari komposer misteri JS Kevin (Allahyarham).Lagu terbaik adalah lagu Melodi Seribu Mimpi ciptaan Urgent sendiri dan ia merupakan lagu yang cukup aku minati sehingga kini kerana melodinya yang sungguh indah.Lagu-lagu M Nasir di dalam album ini memang hebat dan menjadi penyebab mengapa album ini berjaya mencuri perhatian peminat rock.Selain itu lagu Mencari Kejujuran (M Nasir) dan lagu Khilaf (Lan) adalah lagu yang dikira hebat dan memukau sukma.Setelah kejayaan album ini Urgent menghasilkan album kedua tetapi albumnya gagal mendapat sambutan dan akhirnya kump Urgent terus berkubur tanpa nisan.Tetapi sekurang-kurangnya mereka berjaya meletakkan nama mereka sebaris dengan kumpulan -kumpulan rock yang diminati ketika itu.

*****************************************************


HELMI GIMMICK

ARTIS : HELMI GIMMICK
SYARIKAT RAKAMAN : HELMI RECOURCES SDN BHD
EDARAN: NAR RECORDS SDN BHD
PENERBIT: S ATAN & ADIN
TAHUN DITERBITKAN: 2000

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-DI AKHIR NOKTAH
2-PETALING STREET
3-INANG MENCARI JODOH
4-WARNA KEHIDUPAN
5-JOGET GEMBIRA
6-KOPI GINSENG TONGKAT ALI

SIDE B:
1-MINACHEE
2-PULANG KE DESA
3-OH MALAYSIA
4-DILEMA REMAJA
5-WARKAH
6-KOPI GINSENG TONGKAT ALI

KOMEN:
Ini adalah album percubaan dari seorang penghibur serba boleh yang juga seorang pengacara.penyanyi,pelawak,pakar motivasi,dj dan seorang ahli perniagaan yang berjaya khususnya dalam bidang Multi Level Marketing (CNI).Secara peribadi aku memang pernah sama-sama berada di dalam perniagaan ini dan mendapat beberapa tips untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan MLM di dalam kursus yang dianjurkan oleh CNI.Album ini dikira baik sebagai percubaan Helmi yang pertama tetapi sayang tidak ada album susulan.Suaranya boleh tahan dan lagu-lagunya sekadar hiburan ringan dan santai.Lagu Kopi Ginseng Tongkat Ali adalah lagu yang dibuat khusus untuk menyampaikan mesej mengenai produk CNI yang cukup popular ketika itu.

########################################ooooo######################################


GENERASI

ARTIS: GENERASI
SYARIKAT RAKAMAN: MUSICLAND PRODUCTION SDN BHD
EDARAN : PMC
PENERBIT: S ATAN
TAHUN DITERBITKAN : 1987

GENERASI:
FAIZAL AZIZ & AZMAN SHAMSUDIN

LAGU-LAGU

SIDE A:
1-HITAM PUTIH (s sahlan/fadzil hj abdullah)
2-KEAMPUNAN (faizal aziz)
3-PERSOALAN HIDUP (generasi/zainal baharom)
4-MENCARI JALAN KEMBALI (seri bayu/fadzil hj abdullah)
5-TITIAN SERIBU (generasi/mahzan b)

SIDE B:
1-WAJAH SIAPA DALAM INGATAN (faizal aziz/abu shah)
2-DARI SUARA HATI ( s sahlan/seri bayu)
3-AKU DAN KUALA LUMPUR (generasi/mahzan b)
4-SYAIR BUAT KEKASIH (faizal aziz/mahzan b)
5-BUKAN LAGI MILIKKU (s atan/seri bayu)

KOMEN:
Album kumpulan duo GENERASI ini diterbitkan oleh komposer S Atan.Faizal Aziz yang menganggotai duo ini merupakan sahabat karibku di kampung suatu keika dulu.Masih teringat setiap petang kami akan lepak di bawah pokok sambil bermain gitar dan menyanyi.Faizal memang seorang yang mempunyai bakat yang luar biasa.Suaranya gemersik dan merdu dan petikan gitarnya sungguh mempersonakan.Dengan bakat anugerah Allah itu akhirnya membawa beliau ke dunia hiburan tanahair dan mendapat peluang menjadi artis rakaman dengan seorang temannya di K Lumpur,Azman Shamsudin dan lahirlah Generasi.Album tunggal Generasi  walau bagaimanapun gagal memikat hati peminat musik tempatan dan akhirnya mereka berpecah.Azman memilih untuk menjadi artis solo dan hit dengan lagu Terlena dan Faizal memilih untuk menjadi komposer dan artis manager.Beliau berjaya memperkenalkan beberapa artis baru yang akhirnya menjadi popular seperti Roy.Hattan dan Crossfire.Lagu-lagu ciptaan beliau juga pernah dinyanyikan oleh Ziana Zain.Hattan.FRU,Zariha Yusuf,Crossfire,Roy dan lain-lain.Tetapi kini beliau telah menyepi diri dan membawa diri ke Indonesia (sememangnya Faizal berasal dari Riau dan menetap di kampungku).

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


SHAM

ARTIS : SHAM
SYARIKAT RAKAMAN: PONY CANYON
PENERBIT: PURNAMA BOOTY & ISKANDAR
TAHUN DITERBITKAN: 1996

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-ANGAU
2-KERANA ENGKAU
3-KU TITIP HARI
4-BIARKAN BERLALU
5-TERTIPU KASIHMU

SIDE B:
1-RATU
2-ANGELIA
3-KETULUSAN HATIKU
4-RINDU
5-DUHAI KEKASIHKU

KOMEN:
Album tunggal bekas vocalis kumpulan rock dari Klang,FANCY yang pernah muncul dengan album terdahulu.Setelah band berpecah beliau menghasilkan album solo yang pertama dan terakhir di bawah label Pony Canyon.Tetapi album ini tidak mendapat sambutan ekoran dari kekurangan promosi dan publisiti dan mungkin ada faktor lain yang menggagalkan album ini.SHAM merupakan bekas sahabat aku ketika sama-sama bekerja di sebuah sharikat perindustrian di Port Klang.Aku beli album ini sebagai tanda sokongan pada seorang teman yang dulu pernah bergurau senda bersama.Mengenai lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini tidaklah membosankan cuma vokalnya yang tidak terkawal membuatkan ada lagu-lagu yang kurang enak didengar.Setakat boleh tahan dan album ini gagal meraih simpati peminat nusik tempatan.

.............................................................................................................................................................



INKA CHRISTIE

NAMA ARTIS: INKA CHRISTIE
TAJUK ALBUM: GAMBARAN CINTA
SYARIKAT RAKAMAN:  PT MUSIKA RECORDS
EDARAN: BMG PASIFIC MUSIC
PENERBIT: TIDAK DIKETAHUI
TAHUN DITERBITKAN: 1991

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-GAMBARAN CINTA (saari amri/nanee/adit ob)
2-BIAR (rummy aziez)
3-ANTIK DAN ROMANTIK (ithinx)
4-KATAKAN (andi mapajalos)
5-DI BATAS KEGELAPAN (tommy merie)

SIDE B:
1-RELA (rahim othman)
2-USIL (rudy rampengan/heirie buchaeri)
3-PERAWAN DI LORONG MALAM (heirie buchaeri/iwang noorsaid/pakis)
4-DITAKDIRKAN KU TERBARING (rahim othman/saari amri)
5-AKU HAUS (deddy dores)

KOMEN:
Inka Christie mula dikenali di Malaysia menerusi album ini di mana komposer dari Malaysia seperti Rahim Othman dan Saari Amri turut terlibat di dalam penerbitan album ini.Inka juga turut berduet dengan Amy Search di dalam album berikutnya.Di dalam album ini terdapat sebuah lagu ciptaan Saari Amri yang dinyanyikan oleh Inka berjodol Gambaran Cinta yang juga nama jodol album ini.Beliau turut menyanyikan semula lagu Rela ciptaan Rahim Othman yang asalnya lagu ini dinyanyikan oleh Thila seorang penyanyi Malaysia yang sudah menyepi diri.Paling menarik bila Inka turut menyampaikan lagu cipt. Rahim Othman/Saari Amri bertajuk Ditakdirkan Ku Terbaring yang berentak fast-rock.Ini adalah lagu yang paling aku sukai di samping lagu-lagu yang lain.Deddy Dores jua menyumbangkan lagu Aku Haus salah sebuah lagu yang cukup indah dan puitis.Secara keseluruhan aku memang berpuashati akan kesemua lagu di dalam album ini.Inka adalah salah seorang artis Indonesia yang cukup aku minati dan nama beliau aku kenali menerusi album ini.MANTAP!!

LAGU -LAGU PILIHANKU:
1-GAMBARAN CINTA
2-RELA
3-DITAKDIRKAN KU TERBARING
4-AKU HAUS
5-ANTIK DAN ROMANTIK
6-USIL

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


ROY

ARTIS: ROY
TAJUK ALBUM: DAIRI MIMPI
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : MSO
PENERBIT: M NASIR
TAHUN DITERBITKAN: 1987/1988

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-NYOROK-NYOROK (M Nasir)
2-DAIRI MIMPI (Manan Ngah/Jeff)
3-KATAKANLAH (Roy/Nuri)
4-PERMATA CINTA (M Nasir/Faizal Aziz)
5-TANTANGAN (Roy/Rizal/Wan Zul)

SIDE B:
1-BISIKAN NURANI (M Nasir/Loloq)
2-BERSATU DAN ABADI (Roy/Rizal/Jeff)
3-TENSION (Roy/Nuri)
4-SEPANJANG PERJALANAN (Roy/Halim Din)
5-MISTERI KEHILANGANMU (Faizal Aziz)

KOMEN:
Album pertama Roy yang pernah diiktiraf antara penyanyi lelaki yang mempunyai mutu vokal yang cukup hebat dan mantap.Bekas vokalis Lefthanded ini tampil dengan album sulungnya yang dikira antara album beliau yang terbaik.Diterbitkan oleh M Nasir,sudah pasti album ini sebuah album yang dinanti.Di dalam album ini juga Roy menyanyikan sebuah lagu ciptaan sahabatku Faizal Aziz yang bertajuk Misteri Kehilanganmu.Menurut apa yang aku ketahui Faizal telah memperkenalkan Roy kepada M Nasir dan lahirlah album ini.Mempunyai mutu vokal yang mantap tidak hairanlah album ini memuatkan lagu-lagu terbaik ciptaan M Nasir.Roy sendiri juga mencipta beberapa lagu.Lagu yang menjadi hit adalah lagu Dairi Mimpi ciptaan Manan Ngah yang juga nama judul album ini dan sering diputarkan di radio ketika itu dan Roy menyanyikan semula lagu ini di dalam album keduanya Ratnaku.

LAGU-LAGU PILIHANKU:
1-DAIRI MIMPI
2-NYOROK-NYOROK
3-TENSION
4-MISTER KEHILANGANMU
5-PERMATA CINTA

================================================================ 



JATI

ARTIS: JATI
TAJUK ALBUM: CENGKAMAN
SYARIKAT RAKAMAN: ZIMAN PRODUCTION
EDARAN: SINAR MUSIC PRODUCTION
PENERBIT: MAN SENOI
TAHUN DITERBITKAN: 1991

ANGGOTA JATI:
SHARIRAN (VOKAL)
ROSLI (GITAR)
SYAM (BASS)
DINN (DRUM)

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-ATHIRA ( M NASIR/S AMIN SHAHAB)
2-HARAPAN SENIMAN (JATI)
3-LALU TERTAWA (JS KEVIN)
4-MAINAN DUNIA (JATI)
5-BERHIBUR SEJENAK (MAN SENOI)

SIDE B:
1-DELIMA KEPULANGANMU (MAN SENOI/RAHMAT)
2-PESANAN UNTUK TEMAN  (MAN SENOI)
3-KESESATAN (JATI)
4-IMPIAN SEMALAM (JATI)
5-BITARA CINTA (MAN SENOI/AMAN KHAIR)

KOMEN:
Kumpulan ini muncul dengan satu album terbitan Man Senoi.Album mereka bertaraf sederhana dan mempunyai sebuah lagu hits ketika itu ciptaan sifu M Nasir/S Amin Shahab yang bertajuk Athira.Lagu ini memang merdu dan cukup aku sukai.Kumpulan Jati bolehlah dikategorikan sebagai kumpulan rock yang bertaraf sederhana dan masih mengekalkan ciri-ciri rock asli.Selain lagu Athira dua buah lagu lagi yang agak menarik ialah lagu Harapan Seniman dan Bitara Cinta.Album ini boleh tahan tetapi mungkin tidak dikenali oleh peminat rock masa kini.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


CHAPTERS

ARTIS: CHAPTERS
TAJUK ALBUM: PRAJUDIS
PENERBIT: JOHN GOH
SYARIKAT RAKAMAN: CAPRICORN RECORDS ENT.
EDARAN: PERDANA MUSIKAL INDUSTRIAL SDN BHD
TAHUN DITERBITKAN: 1991

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-DOSA CINTA (isa/siso)
2-SEKEPING ROTI (chapters/ummi)
3-TITIAN RINDU (fancy/gebeng)
4-SOSIAL FUNK 91(john goh/jozad)
5-REALISTIK KOTA (chapters/jozad)

SIDE B:
1-KONTROVERSI (chapters/ummi)
2-TAKDIRKAH INI (chapters)
3-RANTAI-RANTAI (fancy/gebeng)
4-PESONA (john goh/siso)
5-LAUT DAN MISTERI (chapters/jozad)

KOMEN:
Chapters hanya meninggalkan sebuah album sahaja untuk dikenangi.Inilah album tunggal Chapters dan dikira bermutu dan mantap.Diterbitkan oleh John Goh (Pelangi) yang mempunyai sentuhan ajaib dan banyak menerbitkan album-album kumpulan rock di awal 90an.Lagu yang cukup popular ketika itu ialah Dosa Cinta ciptaan Isa Graviti/Siso dan menjadi hits di waktu itu.Sentuhan gitar Edrie Hasyim memang ternyata memukau.Terdapat sebuah lagu yang diselitkan berunsur rap iaitu lagu Kontroversi..ia sesuatu yang baru ketika itu dan Chapters telah melakukan yang terbaik.Mantop!!tapi sayang album ini mungkin tiada lagi di pasaran.Memang berbaloi memiliki album ini kerana hampir semua lagu-lagunya menarik.

Lagu-lagu menarik pilihanku:
1-Dosa Cinta
2-Sekeping Roti
3-Titian Rindu
4-Kontroversi
5-Takdirkah ini

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


DREAMS

ARTIS : DREAMS
TAJUK ALBUM : IMPIAN
PENERBIT : YAN (LEFTHANDED)
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN : SONY MUSIC ENT.
TAHUN DITERBITKAN: 1997

DREAMS:
AZUL (vokal)
ADIK (gitar)
JAI (bass)
LANANG (drum)

LAGU-LAGU

SIDE A:
1-KE PINTU SEJAHTERA (YAN/AMRAN OMAR)
2-CINTA TERHALANG (NGEP/LILA)
3-BUKTI KARMA (ACID/LILA)
4-REMAJA YANG HILANG (UMI AIN/JABBER BOY)
5-VIRUS EGO (DREAMS/ELIN & LILA)

SIDE B:
1-FANTASI NORA (AIN/LILA)
2-SYAITAN KETAWA BAYI MENANGIS (XPDC/JABBER BOY)
3-KECUNDANG BUKAN ALASAN (ROM/AMIR)
4-CUCI TANGAN CUCI KAKI (IZO XPDC/JABBER BOY)
5-DALAM LIPATAN SEJARAH (AIN/AMRAN OMAR)

KOMEN:
Secara jujur aku mengakui album ini tidak ada kualiti dari segi musik atau nyanyian.Vokal Azul banyak kelemahan walaupun pernah menjadi penyanyi undangan bersama Wings & Superfriends.Bekas penyanyi jalanan ini mempunyai vokal yang baik tetapi belum cukup mantap untuk membawa kumpulan ini bersaing.Cuma dua buah lagu sahaja yang aku sukai ciptaan XPDC yang bertajuk Syaitan Ketawa Bayi Menangis dan Cuci Tangan Cuci Kaki.Tidak pasti adakah Dreams yang bermain musik atau dimainkan secara total oleh XPDC tambahan pula Yan adalah juga pemain bass XPDC ketika itu.Lagu-lagu lain semuanya hancusss..

ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo


REDANG

ARTIS: REDANG
TAJUK ALBUM: QASIDAH NURAISHA
PENERBIT ALBUM: KEMAT & ZALEE
SYARIKAT RAKAMAN: REDANG MUSIK PRODUCTION (RMP)
EDARAN: AMBANG KLASIK SDN BHD (AKSB)
TAHUN DITERBITKAN: 1998

LAGU-LAGU:

 SIDE A:
1-PELAYARAN
2-RAHSIA DALAM RAHSIA
3-CINTA PENGHUJUNG RINDU
4-NASIB KULI
5-KONTRAS

SIDE B:
1-REDANG
2-PERJALANAN
3-CINDAI JIWA
4-MENANTI PUTERI HIJAU
5-QASIDAH NURAISHA

KOMEN:
Sesungguhnya kemunculan album ini tidak berti pada aku kerana lagu-lagu mereka kurang menepati citarasa aku.Tidak ada lagu yang menarik dan hampir semuanya membosankan.Artis orbitan TV3 ini sekadar muncul di TV3 dan jarang membuat persembahan di stesen TV lain dan lagu-lagu mereka tidak pernah didengar di radio ketika itu.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


TENGGARA

ARTIS : TENGGARA
TAJUK ALBUM: SPEKTRA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: POLYGRAM RECORDS SDN BHD
LABEL: VERTIGO
PENERBIT: MOHD AKIB/ ZUL CHE MAT
TAHUN DITERBITKAN: 1993

TENGGARA ADALAH:
ZULKIFLI MUHAMAD (ZUL CHE MAT)
DAUD RAHMAN

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-TUAN INSPEKTOR (zul)
2-SITI PAYUNG ( zul)
3-SI MANIS 17 (sha)
4-INTAN TERPILEH (zul/hs rosidi)
5-MEREDAH RIMBA (zul/al rahim)

SIDE B:
1-SUARA HATI (zul)
2-SELINGAN BICARA 6 TALI BESI (hs rosidi)
3-DI PERSADA IMPIAN (zul/mas)
4-INILAH AKHIRNYA (hatta/lukhman s )
5-BALADA SANG BIDAK LUKA (saari amri/nurul asyiqin)

KOMEN:
Kumpulan Tenggara berasal dari Singapura dianggotai oleh Zul Che Mat atau lebih dikenali sebagai Zulkifli Muhamad iaitu adik kepada komposer terkenal M Nasir dan Rahman Daud.Vokal utama untuk duo grup ini ialah Zul Che Mat sendiri.Zul mungkin berhasrat menjadikan Tenggara ini seperti kumpulan Kembara yang pernah disertainya sebelum berpecah.Namun album ini gagal meraih sokongan peminat musik tempatan dan menjadikan album ini gagal di pasaran.Tidak ada lagu yang menjadi hits walaupun mendapat sentuhan Saari Amri menerusi lagu Balada Sang Bidak Luka.

000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000



DILLA HUSSEIN

ARTIS : DILLA HUSSEIN
TAJUK ALBUM: VIVA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: SURIA RECORDS SDN BHD (SRC)
PENERBIT: HATTAN
TAHUN DITERBITKAN: 1993

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-BEKU DI LANTAI KAMAR (hattan/loloq)
2-TAK MUNGKIN MINDAKU TERLENA (awang bpr/dilla)
3-SEKEPING KARTU UNDANGAN (salman/nurbisa)
4-VIVA ATLANTISKU (salman/loloq)
5-TAKHTA (hattan/astria)-duet bersama Fairuz Hussein

SIDE B:
1-PAMIRAN DALAM KACA (zulkifli nadzar/astria)
2-HADIAH BULAN MADUMU (zul nadzar/dilla)
3-UNTUK WILLIS (hattan/nurbisa)
4-NISTA (hattan/azida ns)
5-APA LAGI (fauzi marzuki/azam dungun)

KOMEN:
Anak kepada seniman Hussein Abu Hassan ini memang berbakat besar tetapi sayang album ini kurang memuaskan dari segi pemilihan lagu walaupun mendapat sentuhan hebat dari Awang BPR.Fauzi Marzuki.Salman dan Hattan sendiri yang menjadi penerbit album.Kurang menarik dan tidak ada lagu-lagu hits dan kadangkala Dilla seolah menjerit ketika mendendangkan lagu bernada tinggi.Mungkin beliau ingin menjadi pencabar kepada ratu rock Ella.Kurang mantop!!

************************************************************************


SAMUDERA

ARTIS: SAMUDERA
TAJUK ALBUM: TERMINAL CINTA
SYARIKAT RAKAMAN/EDARAN: PUSTAKA MUSIK SCS
PENERBIT ALBUM : WAN ZUL
TAHUN DITERBITKAN: 1994

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-BOSNIA HERZEGOVINA (SAMUDERA/ARIS ARIWATAN)
2-TERMINAL CINTA (WAN ZUL/DOL SYAFIQ)
3-SUDAH TAKDIRNYA BEGITU (AWANG BPR/JUWIE)
4-DIAGNOSIS SOSIAL (ARIS/DORES)
5-MUTIARA KACA (WAN ZUL/SISO)

SIDE B:
1-KERANA KASIH PADAMU (ADINDA AMIRO/SYARUM SAIDIN)
2-KARIKATUR ROCK N ROLL (BONG?NUR EHSAN)
3-KHUTUM KHAZAM (SITI FAMAH/PENA EMAS)
4-EKSTREMIS (SITI FAMAH)
5-SALAM SEJAHTERA (NUR EHSAN/ZURAIN)

KOMEN:
Kumpulan Samudera mula dikenali melalui lagu Salam Sejahtera yang dipetik dari album ini.Yang peliknya,lagu ini kerap diputarkan di radio saban hari atau di komplek beli-belah atau di mana saja..tetapi kumpulan Samudera itu sendiri kurang dikenali.Jarang foto-foto grup ini terpampang di dada akhbar atau majalah apalagi membuat persembahan di tv,muzik-muzik adalah..Siapa vokalisnya pun tiada siapa yang kenal.Popular dengan lagunya saja sedangkan penyanyinya dilupakan.Album ini kira boleh tahan kerana ramai komposer besar terlibat tetapi kurang publisiti.

SAMUDERA:
vokal-Ujang
gitar: Tajul
bass: Jimmy
drum:A'ai
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
NADIA

ARTIS: NADIA
SYARIKAT RAKAMAN: SKY MUSIC
EDARAN: SONY MUSIC
PENERBIT: ADIN,JIMMY
TAHUN DITERBITKAN: 1996

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-UNTUK APA LAGI
2-HADIR
3-INGATLAH SAYANG
4-NEKAD
5-HANYA KAWAN

SIDE B:
1-ANGKARAMU
2-BAYANGAN PERASAAN
3-INGINKU KEMBALI
4-PERHATIKANLAH
5-SALAM UNTUK KEKASIH-(lagu/lirik:Nadia)

KOMEN:
Penyanyi berasal dari Serawak ini dikatakan berjaya mencuri perhatian peminat seni musik di Malaysia di pertengahan era 90an.Dengan hanya sebuah lagu hits Salam Untuk Kekasih ciptaan Nadia sendiri telah membuka mata beberapa pihak untuk mengenali artis baru ini.Nadia mempunyai mutu vokal yang istimewa yang jarang ada pada penyanyi wanita.Tetapi kemunculannya hanya seketika hingga namanya dilupakan orang.

HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH


B.A.B.A

ARTIS : B.A.B.A
TAJUK ALBUM: AKU BUKAN BADUT
SYARIKAT RAKAMAN /EDARAN: WARNER MUSIK MALAYSIA (WEA)
PENERBIT : B.A.B.A & MAN KIDAL
TAHUN DITERBITKAN: 1998
GENRE: ROCK

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-SHAZANA
2-LOVE..AKU BUKAN BADUT
3-SUPERMODEL DAN AKU
4-KIRIM SALAM
5-CICIR
6-WAJAH DAN WAJAH WAJAH

SIDE B:
1-GEMILANG
2-KL-KL
3-MANJA
4-APA
5-PUNTANG PANTING
6-HAMPARAN RINDU 

B.A.B.A adalah:
vokal: Badar
gitar: Aidit Alfian
bass-Aub
drum:Bed

KOMEN:
Cukup menghampakan.Pada mulanya aku sangka band rock ini mampu menggugat rock band yang sedia ada tetapi sebaliknya.Musik mereka kira ok kerana adanya Aidit Alfian sebagai pemain gitar utama yang sebelum ini bersama Arab muncul dengan album duo (Arab & Aidit).Lagu-lagu pun menarik tetapi vokal Badar cukup mengecewakan.Tak layak langsung untuk menjadi vokalis rock.Suaranya serak-serak basah membuatkan lontaran vokalnya begitu hambar dan tenggelam di dalam kebingitan gitar Aidit.Andainya beliau mempunyai vokal yang lantang dan nyaring aku kira album ini menjadi dasyat.Langsung tak mantap!!

11111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111


CRK

ARTIS: CRK
TAJUK ALBUM: ANUGERAH
SYARIKAT RAKAMAN /EDARAN: WEA RECORDS SDN BHD
PENERBIT: MAN KIDAL
TAHUN DITERBITKAN: 1990

LAGU-LAGU:

SIDE A:
1-MAYANG MENGURAI (man kidal/baba)
2-CITA DAN AIRMATA (aidit alfian)
3-RATU PENTAS CINTA (samad/baba)
4-KITA YANG BERNAMA MANUSIA (syam/baba)
5-HULURKAN TANGAN TANDA PERSAHABATAN (man kidal/arab)

SIDE B:
1-ANUGERAH ..PROLOG (arab/aidit)
2-PANDANG PERTAMA(man kidal/wan zul)
3-KRISIS (syam/wan zul)
4-WARNA SUTERAS INDAH (syam/loloq)
5-ANUGERAH..EPILOG (awang/arab)

KOMEN:
CRK-mula dikenali menerusi album pertama ini terbitan Man Kidal.Lagu Cita dan Air Mata yang terdapat di dalam lagu ini telah menaikkan nama band ini dan mula dikenali ramai.Lagu-lagu lain dikira biasa sahaja tiada yang istimewa.Mereka muncul lagi dengan sebuah album selepas ini dan kemudian band ini berpecah.

kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

4 comments:

  1. Saya berminat ke atas 2 album Raffi Hussin.. bagaimana jika saya ingin mendapatkan salinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang susah nak dapatkan album (kaset) Rafi Hussin,cd pun tiada,,2 kaset ini saya dpt di sebuah kedai kaset di Port Klang tetapi kini kedai tersebut sudah terbakar beberapa tahun yg lalu.kesemua lagu dlm album arwah Raffi cukup hebat terutama album kedua yg berjodol 'satu percintaan'.Lagu ini boleh di download di internet.

      Delete
  2. Saya amat meminati lagu2 dari album kumpulan Chapters' sudah puas mencari di mereta tempat tapi masih tidak berjumpa' dulu saya ada menyimpan keset dari kumpulan ini tapi telah hanyut semasa banjir besar melanda'
    bagaimana jika saya ingin mendapatkan salinan tak kira dalam bentuk apapun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kerana sudi reply,album Chapters ini memang ada lagi dlm simpanan tapi kualitinya tak boleh diharapkan,tambah lagi pemain kaset pun tiada dlm pasaran..kalau nak pinjam boleh juga tapi bunyinya amat menjengkelkan..hahaa..terimakasih kembali.

      Delete