Tuesday 8 November 2011

ibadah qurban di SKI 6/11/11

Pada 6 Nov 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 telah berlaku upacara  ibadah qurban sempena Hari Raya Ai'dil Adha.Upacara dilangsungkan di perkarangan surau Al Faizin Taman Sg Kapar Indah (SKI) selepas solat sunat ai'dil Adha.Ramai penduduk SKI turut serta bergotong royong supaya ibadah qurban menjadi lancar.Ibadah qurban diketuai oleh Ustaz Baharin yang juga imam dan pengurusi surau Al Faizin dan dibantu oleh beberapa ahli qariah surau berkenaan.


seekor lembu sedang dikorbankan

seekor lembu yang telah dikorbankan


kerja-kerja melapah sedang dijalankan

bergotong royong melapah daging kurban

penduduk SKI memerhati dua ekor lembu yang telah dikorbankan

suasana di perkarangan surau Al Faizin ketika ibadah qurban dijalankan

Tuesday 1 November 2011

My Cassette collections 3


HELLO JUMPA LAGI..MASIH ADA LAGI KOLEKSI KASET-KASET DI DALAM SIMPANANKU YANG AKAN KU PAPARKAN DI SINI BESERTA SEDIKIT ULASAN ATAU KOMEN MENGENAI ALBUM TERBABIT.

................................................................................................................................................................


ARTIS: IKLIM
TAJUK ALBUM:BULAN JATUH KE RIBA
PENERBIT: WAN ZUL
TERBITAN/EDARAN: SUARA CIPTA SEMPURNA (SCS)
TAHUN: 1991

LAGU-LAGU:
SIDE A:
1- Gerhana Cinta Luka (Umarul)
2-Bulan Jatuh Ke Riba (Nur Ehsan/Zurain)
3-Abadi (Muhalim/Maulana)
4-Pusaka Ibunda (King Shah/Camar Putih)
5-Sayembara (Mohalim/Kama)

SIDE B:
1-Misteri Si Bidal (Mohalim/Dol Syafiq)
2-Elusan Cinta (Syed Amran/Nur Ehsan)
3-Hidayah (Bong/Dores)
4-Dungun 12 Syawal 1411 (Mohalim/Maulana)
5-Selamat Tinggal Penderitaan (Wan Zul/S Amin S)

KOMEN:
Ini adalah album kedua Iklim selepas kejayaan album pertama mereka Suci Dalam Debu yang diterbitkan pada 1989.Kumpulan dari Terengganu ini masih mengekalkan konsep pop-rock seperti album pertama mereka dan Wan Zul masih diberi kepercayaan untuk menerbitkan album ini.Banyak lagu yang menarik dalam album ini seperti Gerhana Cinta Luka (hit),Bulan Jatuh Ke Riba.Sayembara dan banyak lagi.Vocal Saleem  memang diakui antara yang terbaik di Malaysia..Album yang sangat memuaskan.

=============================================================



Artis: Alfira
Tajuk Album:Alfira
Penerbit: Shanazron
Syarikat rakaman/Edaran: EMI
Tahun: 1997

Side A:
1-Tersirat Di Balik Dunia
2-Langkahku Kosong
3-Tapi Kau
4-Melayari Lautan Jingga
5-Suka Tapi Keras Kepala

Side B:
1-Pandangku Yang Terakhir
2-Segalanya Musnah
3-Tikus Basah
4-Jangan Ditanya Bilaku Berdua
5-KuTanya Pada Lalang
                                                

                                                  
KOMEN
Antara album yang paling teruk kualiti lagu dan persembahan.Alfira artis baru yang diperkenalkan oleh EMI ini ternyata memiliki vokal yang lemah tetapi ingin mencuba menjadi penyanyi rock seperti Ella tapi ternyata gagal.Album ini mungkin gagal di pasaran kerana tiada album susulan selepas album ini diterbitkan.Nama Alfira begitu asing dan mungkin tiada yang mengenali beliau dan mungkin beliau sudah bersara menjadi penyanyi kerana album ini tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.Entah mengapa syarikat rakaman besar seperti EMI sanggup mengambil artis yang tidak berbakat ini menjadi artis rakaman.Sebuah lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Ahmad Jais (Jangan Ditanya Bilaku Berdua) turut diselitkan dan lagu duet bersama Addy Cradle (Kutanya Pada Lalang) juga dimuatkan.Addy Cradle dan Shanazron turut mencipta lagu di dalam album yang teruk ini.Sangat Teruk!!
========================================================

Artis: K'rabat
Tajuk Album:Tak Mahu
Penerbit: Manan Ngah & Artcellas
Syarikat Rakaman: Mananngah Music/Ciku Record
Edaran: BMG
Tahun: 1994

Side A:
1-Tak Mahu-Manan Ngah/Ajin
2-Keinsafan-Eyoi
3-Yang Selalu Dilupa-Harun BPR/Saidin
4-Pertama & Terakhir-Wan Zul/Baiduri
5-Kedatangan-Rosli Selasih/Rozek

Side B:
1-Rahsia Terpendam-To'ki/Rozek
2-Perdana Cinta-Ly/Baiduri
3-Harmoni-John Goh/Mahzan B
4-Cinta Memang Ajaib-Saari Amri/Adinda
5-Mira Edora-Wicitra


K'rabat adalah:
Man-Vocal
Zam-Gitar
Lan-Bass
Shah-Drums

KOMEN:
Agak pelik juga Manan Ngah seorang komposer hebat menerbitkan sebuah album poprock di mana selama ini beliau banyak terbabit di dalam penerbitan album-album pop dan balada nusantara.Melalui syarikat rakaman miliknya sendiri Manan Ngah memperkenalkan sebuak grup baru bernama K'rabat yang dulu pernah dikenali dengan nama Wicitra.Tak pastilah semua anggota band ini berasal dari grup itu tetapi yang pasti vocalisnya Man adalah bekas vokalis Wicitra.Ini terbukti bila mereka merakamkan semula lagu Mira Edora dendangan asal Wicitra yang popular sedikit masa dulu.Album pertama K'rabat ini boleh tahan dan banyak lagu-lagu menarik dan pernah hits seketika dulu.Lagu Keinsafan ciptaan & lirik Eyoi adalah lagu yang terbaik mengikut citarasa aku.Lagu Tak Mahu ciptaan Manan Ngah pernah hits sekejap kemudian dilupakan.Mungkin ini sahaja album mereka ..Aku pernah menonton persembahan mereka di tapak ekspo beberapa tahun dulu tetapi malangnya hanya lima orang sahaja yang menonton persembahan mereka.Man sebenarnya adalah seorang vocalis yang cacat anggota tetapi mempunyai suara yang baik.Kumpulan ini tidak mendapat perhatian dari media.Album yang bagus walaupun kurang publisiti.


*********************************************************************************


Artis: KRU
Tajuk Album: Canggih
Penerbit: KRU
Syarikat Rakaman/Edaran: EMI
Tahun: 1992

Side A:
1-Canggih
2-Hanya Kau
3-20/20
4-U Make My Day
5-Generasiku (Smoke on The Water)
6-Sempoi

Side B:
1-Get In2 The Hype
2-Cherrina
3-Perception of Love
4-Ain't Got No Soul
5-Tradisi
6-Sekali Lagi (Gadisku)

Semua lagu/lirik ciptaan/susunan: KRU kecuali lagu Generasiku-asal lagu Deep Purple -Smoke On The Water.

Komen:
Ini merupakan album pertama trio adik beradik KRU yang sekarang ini sudah mengecap nikmat kejayaan hasil kerja keras mereka di dalam industri muzik tanah air.Apapun album pertama ini sekadar boleh tahan dan banyak lagu-lagunya kurang popular.Bermula dari detik itu mereka tidak toleh ke belakang dan terus melahirkan album kedua mereka yang akhirnya menjulang nama KRU menjadi trio yang disegani dan dihormati dan banyak melakukan konsert-konsert besar seluruh Malaysia.Menampilkan imej muzik hip hop ala rap yang popular di era 90an dulu.Dalam album ini lagu yang dikira terbaik ialah lagu Hanya Kau dan Cherrina yang hits suatu masa dulu.Mereka juga banyak memuatkan lagu-lagu inggeris dan sebuah lagu yang diceduk dari intro lagu Deep Purple (Smoke On The Water) berjodol Generasiku.Lagu-lagu yang menarik dan puas hati memilikinya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Artis: Aris
Tajuk Album: Aris
Penerbit: Aris
Syarikat Rakaman/Edaran: EMI Malaysia Sdn Bhd
Tahun: 1994

Side A:
1-Lamunan Terhenti-Saari Amri
2-Matador-Aris/Adinda Amiro
3-Ngajat vs Tango-Aris
4-1,2,3,4-Asmin Mudin/Aris
5-Ada Rasa-Aris/Loloq

Side B:
1-Permaidani-Yusri/Manzali
2-Tepian Gelanggang-Natawira Sira (Aris Ariwatan)
3-Hanyut( ke Syurga)-Asmin Mudin
4-Dewi Asmara-Aris/Nurbisa
5-Sedari Azali-Aris/Nurbisa


Aris (Haris Fadzilah) bekas vocalis kumpulan rock Ariwatan

Komen:
Aku kurang pasti ini album Aris yang keberapa..secara jujurnya aku kurang mendengar album ini.Walaupun terdapat sebuah lagu hit iaitu lagu Lamunan Terhenti tetapi aku kurang berpuashati mutu kaset ini walaupun kaset ori..tak tahu salah kaset atau salah pemain kaset,soundnya agak tenggelam walaupun ada beberapa lagu lain yang menarik seperti 1234.Permaidani dan Tepian Gelanggang.Suara Aris memang memukau hebat dan merupakan salah seorang vocalis yang mempunyai mutu suara yang tinggi dan lantang.Aris menerbitkan sendiri album ini dan banyak juga mencipta lagu untuk albumnya ini.

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


Artis: M Nasir & Kembara/Search
Tajuk Album: -Kembara Seniman Jalanan
Penerbit: M Nasir
Syarikat Rakaman/Edaran: Polygram Records
Tahun: 1986

Side A:
1-Rupa Tanpa Wajah (M Nasir)
2-Siapa Orang Kita ( M Nasir)
3-Balada Pemuzik Jalanan (Search)
4-Duit (Kembara)
5-Sesat Di Kuala Lumpur ( M Nasir)

Side B:
1-Di Manakah Dikau (Kembara)
2-Cetak Rompak (Kembara)
3-Balada Osman Tikus (Kembara)
4-Harapan Terakhir (Kembara)
5-Rupa Tanpa Wajah (Instrumental)



Komen:
Album sountrack untuk filem Kembara Seniman Jalanan ini semuanya adalah ciptaan M Nasir yang juga teraju utama filem tersebut.Filem muzikal ini memaparkan kisah seorang seniman yang merantau untuk memburu impian menjadi insan seni diterbitkan pada 1985 dengan ramai artis terkenal tanahair turut terlibat.Lagu-lagu  yang dimuatkan adalah lagu-lagu baru dan lama yang dipetik dari album Kembara dan sebuah lagu Search juga turut dimuatkan.Lagu-lagu baru yang dicipta khusus untuk filem ini seperti Rupa Tanpa Wajah.Siapa Orang Kita,Sesat Di Kuala Lumpur dan Balada Osman Tikus.Lagu Balada Osman Tikus adalah yang paling aku suka sekali di dalam album ini.Watak Osman Tikus di dalam filem KSJ ini dibawa oleh PyanHabib.Album soundtrack yang memuaskan tentu saja kerana ia hasil tangan M Nasir.

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;


Artis: Aris Ariwatan
Penerbit: M Nasir
Terbitan: Prodaksi Aris Ariwatan
Edaran: IMI (M) Sdn Bhd
Tahun: 1991

Side A:
1-Sehari-Hari Nirwana (M Nasir/Loloq)
2-Di Kala Asmata Lepaskan Layarnya (Aris/Nurbisa)
3-Prajudis Irama (M Nasir/Usop)
4-Perang Dingin (M Nasir/S Amin Shahab)

Side B:
1-Korban Cinta (M Nasir/Keon)
2-He Ho Di Pulau Impian (Hattan/Aris/Loloq)
3-Eureka..Monyet Bukan Aku (Rastari/Loloq)
4-Imansipasi Cinta Yg Satu (Rastari/Loloq)
5-Kita Warnakan (M Nasir/Nurbisa)




Komen:
Album pertama Aris Ariwatan setelah meninggalkan kumpulan lamanya Ariwatan yang hanya muncul dengan sebuah album.Kemunculan Aris sebagai artis solo memang diduga kerana beliau seorang penyanyi yang mempunyai mutu vocal yang lantang.Album ini dikira berjaya menampilkan Aris sebagai artis solo yang punya identiti tersendiri.Jarang ada bekas vocalis rock yang menjadi artis solo setelah  mempunyai sebuah album sahaja bersama kumpulannya.Tidak seperti Amy(Search).Awie,Ella,Nash atau Ramli Sarip yang menjadi artis solo setelah bertahun bersama kumpulan asal mereka.Aris tidak perlu menunggu lama untuk merakamkan album solo dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Mungkin kerana Ariwatan tidak begitu aktif jika dibandingkan dengan band-band lain.Album ini mengandungi 9 lagu sahaja dan lagu yang dikira hits ialah lagu Korban Cinta yang sering diputarkan di radio.Album yang bagus.

###################################################################################################


Artis:Slam
Penerbit: Rahim Othman
Syarikat Rakaman/Edaran: BMG
Tahun: 1994

Side A:
1-Buat Seorang Kekasih
2-Warna Kehidupan
3-Nina
4-Leka Yang Lama
5-Semoga Kau Mengerti

Side B:
1-Rahsia Alam
2-Malam Dan Semalam
3-Emas Permata Kaca
4-Janji Di Pateri
5-Nina (instrumental)


Komen:
Album pertama Slam diterbitkan oleh Rahim Othman ini agak kurang menarik.Mungkin penampilan pertama mereka di pentas seni dan dikira masih belum berpengalaman di dalam industri seni di negara ini.Vocal Zamani pun masih lagi lemah dan muzik mereka biasa-biasa sahaja dan tidak ada lagu yang popular sekadar menjadi siulan seketika pada mereka yang membeli album ini.Lagu Nina bolehlah dikira terbaik dan pernah mendapat perhatian stesen radio.Album yang kurang menyengat.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Artis: Nike Ardilla
Tajuk Album: Duri Yang Terlindung
Terbitan:P.T Musica/Matahari
Edaran: BMG Pasific
Tahun: 1994

Side A:
1-Duri Terlindung (Saari Amri/Lukhman S)
2-Biarkan Cintamu Berlalu ( Deddy Dores)
3-Gengsi (Teddy/Wildan HS)
4-Ku Harus Melangkah (D Dores)
5-Meraih Rembulan (Vally CL/Jimmy)

Side B:
1-Baruku Sadari (Wisnu)
2-Beri Daku Kepastian (Dadang S Manaf)
3-Keraguan (Yonni/Ricki)
4-Tak Mungkin Bersatu (Herry Arnas/Deddy M)
5-Aku Tak Akan Bersuara (Saari Amri)



Komen:
Ini merupakan album terakhir Nike Ardilla yang dirakamkan pada tahun 1994.Setahun kemudian Nike telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya yang meragut nyawanya.Allaryarham Nike adalah seorang penyanyi pop rock yang mempunyai reputasi besar di Indonesia dan namanya harum juga di Malaysia lewat album-albumnya yang terdahulu.Allahyarham sering bekerjasama dengan komposer Deddy Dores dan sering menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau.
Menerusi album ini terdapat dua buah lagu ciptaan Saari Amri dari Malaysia iaitu lagu Duri Yang Terlindung dan Aku Takkan Bersuara dan kedua-dua lagu ini menjadi hits di Malaysia pada pertengahan era 90an dan hingga sekarang ini.Selain itu lagu-lagu dicipta oleh komposer dari Indonesia.Ini antara album terbaik Allahyarham Nike.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.Amin.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Artis: Teacher's Pet
Tajuk Album: Eh! Keras Tu
Penerbit: Shanazron
Terbitan: Legend Musik
Edaran: Warner Music (M) Sdn Bhd
Tahun:1994


Side A:
1-501
2-Warisan Wanita Terakhir
3-Dakapkan Ku Ke Syurga
4-Talipon Punya Pasal
5-Eh! Keras Tu!
6-Malas

Side B:
1-Ku Buktikan Segalanya
2-Warna Hidupku
3-Kibarkan
4-Meruntuh Harapan
5-Warisan Wanita Terakhir (akuistik)

TEACHER'S PET:

Maman-Vocal/Gitar
Eddie-Gitar
Jaybon-Bass
Salleh-Drum

KOMEN:
Band dari Singapura ini menunjukkan kebolehan mereka bermain musik dengan agak baik dan lagu-lagunya ada yang sedap ada yang tak sedap langsung.Vokalisnya Maman (juga seorang pelakun & pernah muncul dalam filem Layar Lara) mempunyai suara yang menarik dam unik.Maman juga turut merakamkan lagu runut untuk filem Layar Lara.Didalam album Teacher's Pet ini mereka mempersembahkan musik pop rock.Lagu Warisan Wanita Terakhir adalah lagu mereka yang popular dan meletakkan nama band ini sebaris dengan band-band baru yang berbakat dan berpotensi.Tapi malangnya tiada album seterusnya di dalam koleksi aku..tak tahulah album keduanya ada atau tidak.Album yang sederhana mutunya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%






Artis: Amy (Search)
Tajuk album: Camouflage
Penerbit: Amy
Terbitan/Edaran: BMG (M) Sdn Bhd
Tahun: 1997

Side A:
1-Apa Saja -Zulkifli/Khirin
2-Tinggal Sepi-Steve McClingtock/Dandiar/JoeyHuang
3-Kau Kepala Sotong-Amy/Loloq
4-Kerja Gila-Amy/Abdullah Romany
5-Apakah Kau Sedar-Dandiar

Side B:
1-Malangkoli-Amy/Usop
2-Naluri-Afri/Seth
3-Ilham Dalam Perjalanan-Amy/Abdullah Romany
4-Ala Hollywood-Art Fadzil
5-Jangan Musnahkan Cinta Ini-Amy/Amy



KOMEN:
Album kedua Amy (Search) ini masih mengekalkan elemen rock yang lari dari imej rock kumpulan Search yang pernah disertai Amy dahulu.Ia tidak kedengaran seperti album-album Search kerana Amy mahu lari dari bayangan lagu-lagu Search.Antara lagu menarik seperti Tinggal Sepi.Kerja Gila,Ala Hollywood dan Apa Saja memang menghiburkan.Ini adalah album terbitan Amy sendiri dan hasilnya memang berbaloi.Cover album ini juga menarik dan jarang ada pada album-album lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Artis:Juliza Adzlizan
Tajuk album: Saksi
 Penerbit: Zulkif
Terbitan/Edaran: BMG (M) Sdn Bhd
Tahun:1991                                                                                 

Side A:
1-Saksi-Saari Amri
2-Apa Guna Berjanji-P Ramlee
3-Kejutan Budaya-Zulkif/Anak2 Tulang
4-Cetak Rompak-Zappa/Anak2 Tulang
5-Malam Minggu-Zulkif/Mario
6-Permainan Dunia-Zulkif/Mario

Side B:
1-Roboh Jua Kubu Cinta-Saari Amri
2-Tiada Lagi Bicara-Zappa/Farrah
3-Tragedi Semalam-Zulkif/Farrah
4-Biarkan Berlalu-Zappa/Mario
5-Cinta Pertama-Zulkif/Mario

Komen:
Juliza Adzlizan adalah bekas juara Bintang RTM 1980 dan beliau memang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi penyanyi yang bagus.Lontaran suaranya memang memukau dan tidak hairanlah Juliza dinobatkan sebagai juara Bintang RTM dan beliau juga melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di dalam bidang musik dan vocal.Hasilnya Juliza kini dikenali sebagai seorang guru vocal yang berkaliber dan sering dijemput menjadi juri di pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh berbagai stesen TV di Malaysia.Namun begitu album album beliau tidaklah sehebat mana..banyak albumnya kandas di pasaran dan gagal meraih perhatian peminat dan tidak ada satu lagu pun yang boleh dibanggakan.Maksudnya Juliza tidak mempunyai sebuah lagu pun untuk dikenang oleh peminatnya,kalau adapun mungkin lagu Kuda Hitam dari album pertamanya di tahun 80an dahulu tetapi itu adalah lagu cover dari lagu Hetty Koes Endang-lagu yang Juliza bawakan di final Bintang RTM yang membawa kejayaan padanya.Dalam album ini cuma lagu Saksi ciptaan Saari Amri dikira terbaik dan hit seketika tetapi kini lagu itu sudah basi..Album terbitan Zulkif (bekas gitaris Headwind) kurang menarik dan lagu-lagunya alakadar sahaja mutunya dan tidak meransangkan peminat seni muzik untuk memilikinya.Kurang Mantop!!

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$




Artis: MEL
Tajuk Album: Mencari Enigma Lagu
Penerbit: MEL
Terbitan/Edaran: Sony Music Ent
Tahun: 1996

Side A:
1-Di Batasan Masa
2-Mimpi
3-Kenangan Dan Kenangan
4-Belum Pasti Lagi
5-Bunga Batu

Side B:
1-Persinggahan
2-Liar
3-Titisan Akhir
4-Ku Pilih Bebas
5-Amukan Cinta-M Nasir/S Amin Shahab



Komen:
Mel adalah bekas vocalis Wings dan sempat muncul di dalam sebuah album bersama Wings dan popular dengan lagu Lena Di Ulit Intan ciptaan Saari Amri dan dari situ nama Mel mula dikenali.Setelah disingkirkan dari kumpulan Wings,Mel beralih kepada karier solo dan cuba mencuba nasib dengan menerbitkan sendiri album solo pertama beliau tetapi album ini mempunyai mutu yang amat teruk dan lagu-lagunya membosankan.Hanya lagu Amukan Cinta ciptaan M Nasir dikira lagu yang terbaik dan menjadi lagu kegemaran aku dan aku pernah memuji kehebatan lagu ini di hadapan M Nasir sendiri dan beliau hanya tersenyum.Walau bagaimanapun lagu tersebut tidak hit dan gagal menjulang nama Mel di persada musik di Malaysia.Sepatutnya Mel yang masih mentah di dalam dunia rakaman memerlukan mereka yang berkelayakan untuk menerbitkan albumnya dan hasilnya album ini musnah di tengah jalan.Mutu rakaman yang mendukacitakan dan lagu-lagunya kedengaran bising di sana -sini.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Artis: MEL
Tajuk Album: Sukma
Penerbit: Yan (Lefthanded)
Terbitan/Edaran: Sony Music Entertainment
 Tahun:1998

Side A:
1-Tinggi Cinta Rohani
2-Perjanjian
3-Lentera Percintaan
4-Cinta Mesiwalan
5-Wati

Side B:
1-Raslan Semalam
2-Soja
3-Nak Cakap Apa
4-Di Mana-Mana Ada Asmara
5-Sukma



Komen:
Album ini adalah lebih baik mutu rakamannya dari album pertama Mel di mana Yan Lefthanded diberi mandat untuk menerbitkan album Mel yang kedua ini.Hasilnya sungguh memuaskan kerana adunan muzik yang lebih bertenaga dan berkualiti dan vocal Mel pun nampaknya lebih baik dari album yang pertama dulu.Namun begitu album ini tidak mendapat jualan yang memuaskan dan hakikatnya album ini dikira gagal.Tidak ada lagu-lagu yang mempersonakan pendengar dan seolah-olah dibuat untuk koleksi peribadi Mel sahaja dan tidak ada lagu yang menarik untuk dihayati.Tiada jua lagu ciptaan M Nasir yang boleh mencuri perhatian peminat untuk memiliki album ini.Ramai juga komposer hebat seperti Ramli Sarip ,Mohd Khir Mohd Yassin dan Yan turut mencipta lagu selain Mel sendiri jua turut mencipta namun kesemua lagu-lagu mereka tidak berjaya membantu melariskan jualan album ini dan ternyata peminat musik tidak begitu memberi fokus akan kehadiran Mel di arena musik tempatan.Begitulah mungkin.


*********************************************************************************







Artis: Nash
Tajuk Album: Nash 1993
Penerbit:Jay Jay
Terbitan /Edaran: Warner Music Malaysia
Tahun: 1993

 Side A:
1-Zahir Tak Terucap-Din/Saari Amri
2-Ya Maulana-Jay Jay/S Amin Shahab
3-Warkah Terakhir-Ramli Sarip
4-Segitiga Bermuda-Pat
5-Nur Hidayah-Nash/Azam Dungun

Side B:
1-Juvana-Pak Pandir
2-Tak Mungkin Jadi-Ramli Sarip/S Amin Shahab
3-Selamat Pagi Dunia-Ramli Sarip
4-Kalut-Jay Jay/Nash
5-Tiada Lagi Kidungmu-Arie Wibowo

Komen:
Inilah satu-satunya album solo Nash bekas vocalis Lefthanded yang aku miliki dan ia memuatkan lagu-lagu yang sederhana sahaja kualitinya.Masih mengekalkan elemen rock tetapi agak ringan jika hendak dibandingkan ketika Nash bersama Lefthanded yang membawakan irama rock berat.Bagi aku hanya dua buah lagu sahaja yang mendapat tempat di hati pecinta seni di tanahair iaitu lagu Zahir Tak Terucap dan Tiada Lagi Kidungmu sebuah lagu yang pernah dirakamkan Nash bersama Lefthanded dahulu.Lagu ini adalah sebuah lagu gubahan dan ciptaan Arie Wibowo dari Indonesia dan Nash/Lefthanded telah memberi nafas baru terhadap lagu ini.Nash berduet dengan penyanyi Shanty Rein dari Indonesia membawakan lagu ini.Gandingan duet yang mantap dan dikira berjaya dan membantu melariskan album ini.Lagu-lagu lain sekadar biasa sahaja sekadar melengkapkan sepuluh lagu di dalam sebuah album.

*********************************************************************


Artis: Dewa 19
Tajuk Album: The Best of Dewa 19
Terbitan/Edaran: PT Aquarius Musikindo
Tahun:1999

Side A:
1-Elang-Dhani Ahmad
2-Kirana-Erwin
3-Aku Milikmu-Andra,Dhani,Ari
4-Cukup Siti Nurbaya-Dhani Ahmad
5-Cintakan Membawaku Kembali-Dhani

Side B:
1-Kangen-
2-Aku Di Sini Untukmu-Dhani
3-Kamulah Satu-Satunya-Erwin/Dhani
4-Satu Hati-Andra & Dhani
5-Persembahan Dari Syurga-Dhani Ahmad

DEWA 19:
Ari Lasso-Vocal
Dhani Ahmad-Vocal/Keyboard
Andra Junaedi-Gitar
Erwin Prasetya-Bass
Wawan Abi-Drum
Ronald-Drum
Rere-Drum
Aksan-Drum
Tyo Nugros-Drum

Komen:
Mungkin inilah album yang memperkenalkan band DEWA 19 di Malaysia yang sebelum ini kurang dikenali di sini.Mereka telah bergiat aktif di Indonesia pada awal 90an tetapi tiada album mereka yang dipasarkan di sini ketika itu.Ini merupakan album koleksi lagu-lagu terbaik Dewa 19 yang dihimpun di dalam sebuah album.Mulai saat album ini dipasarkan di Malaysia nama Dewa 19 terus menjadi sebutan dan album-album mereka mula mendapat perhatian masyarakat di sini.Tetapi semua lagu yang terdapat di dalam album koleksi ini adalah nyanyian vocalis pertama mereka iaitu Ari Lasso dan Dhani Ahmad sebagai penyanyi kedua.Ari Lasso tidak bersama Dewa 19 lagi setelah disingkirkan kerana masaalah disiplin.Setelah mendapat vocalis baru,Dewa mula memasarkan album terbaru mereka bersama Once vocalis yang menggantikan Ari Lasso.Lagu terbaik di dalam album ini ialah Elang,Cukup Siti Nurbaya,Kangen,Cintakan Membawamu Kembali dan Persembahan Dari Syurga.Album yang menarik dan lagu-lagu yang hebat.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^